FLASH BACK

Waktu drive nak ambik kakak (tutup mata).. tetiba flash back tu datang balik.

That was 4 years ago.. when I was an Environment, Safety and Health Officer at one of a giant company (GLC) in Malaysia.

 

Waktu balik mengajar dari kampus Sime Darby Asahan.. Ingat lagi hari tu hari Jumaat yang mulia. Tetiba dapat call dari colleague yang emergency. Mira kena ganti mengajar kelas dia hari Isnin. Pagi-pagi pulak tu kelas dia. So Isnin tu nanti, 5.30 am pagi dah kena gerak dari rumah ke Asahan semula. Pulak tu, ade beberapa training material nak kena ambik kat office. Waktu tu dah tak fikir pulak boleh mintak member tu send by email aje training material tu in PDF dan print out siap-siap kat Asahan.

So Jumaat yang mulia tu Mira drive keluar awal sikit dari kampus Asahan lah, sebab pikir nak kejar balik ke office kat Ara Damansara semula. Niat hati, sampai office aje, nak ambik something then nak balik ke rumah cepat-cepat sebab nak elak jem ke Banting.

Di pertengahan jalan melepasi hentian sebelah kat Pedas, Linggi tu… hujan turun lebat sangat.

 

Drive sampai kat area mana tah tak ingat dah..  Sampai kat highway sebelum R&R Seremban tu hujan dah renyai sangat. Ada gak kawasan yang kering tak kena hujan (Mira panggil hujan jenis ni ‘hujan-shower’). Dalam dok drive tu tak perasan ada running water. Kebetulan kawasan tu tinggai hujan renyai-renyai aje..

 

Image result for running water at highway

Ni lah contoh running water tu.. -Gambar hiasan-

 

Nak cepatkan… Mira beralih ke lane laju dan bawak laju sikit ke 90 km/h. Tup-tup terlanggar ‘running water’. Ntah, terpanic pun ada.. sebab tahu tak boleh tekan brek kat running water. Tapi kann.. entah macamana kaki tekan jugak pedal brek. Bukan laju pun.. 90 km/h jugak ku bawak. Waktu tekan brek tu, memang separuh hati dah jangka apa bakal berlaku tapi dah terlewat. Ketera Mira berpusing 360˚ … 3 kali pusing. Mira lepaskan brek dan control stereng aje supaya tak kena kereta lain. Allahhhhh… panic betul waktu tu sebab dalam dok pusing 360 darjah tu..ternampak kereta terbalik kat bahu highway tu..huhu

 

Dalam hati kata..”habis lah aku…..”

 

Tapi..tetiba kereta berhenti dari pusing. Lega. Tapi 2 saat lepas tu kereta pusing balik lawan arah.. stereng pusing sendiri. Mira kena kontrol balik stereng sekali lagi.

 

Panic tapi tawakkal. Pegang dan pusing aje stereng supaya kereta tak terlanggar divider kanan. Sambil berdoa moga Allah ampunkan dosa sebelum aku mati. Tak sedar bila masa Mira tutup mata. Buka je mata dah lengang jalan dan takde kete (kereta yang accident tadi pun tak nampak dah). So dalam hati kata memang kereta Mira pusing-pusing sampai bergerak jauh dari kawasan kereta accident tu.

So, waktu tu seingat Mira, kereta Mira melintang kat jalan highway tu dan dok betul-betul tengah lane. Bila kepala Mira paling kiri aje.. tetiba satu trailer in 200 meter hon kuat dan cuba elak kereta Mira yg dok tengah alam tu.

Cecepat Mira cuba gerakkan kereta untuk elak trailer tu.. Tapi malangnya kena jugak. Berdecit kereta Mira sebab ekor trailer tu terlanggar gak tepi kereta. Calar body kiri. Dari belakang sampai depan.. huhu. Macam orang garis ngan garfu dari rear left side to front let side.. huhu. Bayangkan lah, kalau lah trailer tu tak sempat nak kona sikit tadi, silap haribulan trailer tu tak terkawal, konfem banyak kereta dan divider kena langgar. Sekali kereta Mira terpelanting kuat.

Allahu.. seram bila ingat balik. Huh! Kalau jadi macam tu…agaknya dah pergi dah Mira ni ke rahmatullah.

 

Terus gerak kereta ke hadapan perlahan-lahan kat lane perlahan. In 200 m dari kawasan tadi.. ada 3 kereta sandwich (kemalangan bertindan-tindan). Ooo rupanya banyak kereta yang accident waktu tu dan nampak kereta polis peronda 2 biji kat area situ untuk kawal traffic. Dok sat baru kedengaran bunyi siren ambulans sampai kawasan tu. Traffic tak jem. Mira terfikir, agaknya kan…mungkin kereta pun tak banyak waktu tu. Mira rasa yang accident tu semuanya yang terlanggar ‘running water’ tadi tu kot..

Related image

Macam ni lah keadaan kemalangan lepas hari hujan tu. Agaknya semua pakat terlanggar air tadi kat jalan. –Ni bukan gambar sebenar. Ambik contoh kat internet aje. Tak sempat pun ambik gambar sebenar time tengah panic tu-

Bila hati dah reda, Mira drive slow-slow, masuk R&D dan parking kat R&R Seremban tu. Mira waktu tu rasa badan macam menggeletar sangat. Mira nangis puas-puas dulu. Buang rasa gugup tadi sungguh-sungguh. Pastu first thing Mira whatsApp husband “Hampir nak kemalangan tadi ni”. Pastu terus call boss bagitahu dia untuk hati-hati kat kawasan tu (Sebab Mira tahu haritu dia pun kena out-of-town kat area Johor-Melaka dan on the way back jugak ke Ara Damansara office).

In-short, balik aje ke rumah, hasben siap tanya itu ini.. cerita la bagai nak rak.. pastu report kerosakan.. “Lori tu terlanggat sikit”.. bila ngadu kat asben sambil mintak maaf?.. sudahnya asben kate takpe la nak buat cemana.. seb baik awak tak ape-ape.. huh.. lega asben cakap gitu. Bertuah diri ini dijodohkan dengan hasben baik gini.

Tapi Mira tahu, dalam hati mesti dia kata “terbanglah duit nak cat semula” ?. Maafkan sayang..

Sejak kejadian tu..Trauma tu.. 2-3 minggu gak takleh bawak keta dalam hujan. Suami bawak kereta dalam hujan pun ulang-ulang kali pesan kat dia supaya hati-hati dan jangan laju. Bila husband terlanggar ‘running water ke, lopak air ke kat jalan memang Mira jerit suh hati-hati atau suh suami stop drive. Mira jadi takot sesangat.

 

TRAUMA

Isnin tu Mira tak pergi kelas tu. Sebab pagi subuh tu tetiba Allah turunkan hujan.. so Mira call boss dan minta maaf sangat sebab tak dapat pergi mengajar kat Asahan pagi tu. Syukurlah ade orang pulak yang dapat menggantikan Mira. Kebetulan anak pagi selsema dan meragam tak nak ke rumah baby sitter.. Memang Allah Maha Kuasa dan Perancang Terbaik..

 

Sebab trauma tu. Memang tak boleh tengok hujan kat jalan. Entah nak cakap macamana.. kalau dalam kereta, tetiba hujan, badan rasa menggigil, berdebar sangat. Tangan gigil-gigil pegang stereng. Kalau tak drive pun waktu tu, akan rasa hati berdebar sangat sampai rasa penat. Haa…macam tu lah penangan trauma tu.

 

Sesekali, bila toleh kiri nak tengaok kereta ke, terimbas trailer yang dah dekat tu nak hentam kereta Mira. Terimbas diri sendiri boleh hancur penyek kalau trailer besar panjang tu gilis aje kereta Mira.. huhuhuhuuu… Now Mira faham, macamana orang yang trauma sepetutnya elakkan diri dari drive kereta. Sebab flash back tu kadang-kadang boleh membahayakan diri dan orang lain. Kalau tengok drama tetiba dia nampak flash back tu.. haa..macam tu lah situasi Mira. Hahahah..

 

Selama waktu trauma tu jugak, nak pergi office pun tak drive sendiri dah.. tumpang kawan. Bila trauma tu dah ok sikit, baru boleh drive. Tu pun kalau hujan sikit-sikit aje pun, Mira akan drive slow banget sampai bukak hazard lamp..hahah. Pernah Plus ronda datang dekat tanya kenapa kereta bukak hazard lamp.. kot-kot rosak ke? Mira cuma jawab kena bawak slow.. kan hujan ni (tak explain panjang kat officer tu, tapi nampak la mukanya yang pelik tapi angguk dan senyum jugak kat Mira)..hehe.

 

Conclusion nya kome jgn la langgaq ‘air berlari’ kat highway. Even waktu tu dah tinggal hujan renyai. Still bahaya.

 

BALIK KAMPUNG SAMBUT RAMADHAN

 

Surely ada antara kita dah excited nak balik kampung. Pulak tu dah start cuti sekolah dan budak-budak pun dah selesai exam. Jadi.. Nak balik kampung ni.. assess la risk dulu..

 

?check keta dulu mana yang patut.

?Rehat betul-betul jangan paksa diri kalau mengantuk.

?Kalau mengantuk, boleh ambik CINCH TEA MIX Shaklee. Daripada dok minum kopi aje sokmo..cubalah minum Cinch Tea Mix.. memang hilang la mengantuk, dan berkhasiat.. banyak antioksidan dan antipenuaan.. hehe.. promote nih.

 

Ok.. Mira ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kat semua umat Islam di dunia.

 

Kepada kome yang nak balik kampung. Dekat ke jauh ke.. hati2 lah sebelum, semasa kat jalan raya tu.

 

Kat perhentian jagalah anak-anak..jangan lari merata.. nanti hilang atau diculik.. masalah lain pulak.

 

SELAMAT BERPUASA. SEMOGA AMALAN KITA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI DITERIMA ALLAH DENGAN GRED A.. Ameen…??????

 

Kalau nak beli vitamin Shaklee boleh hubungi Mira melalui Whatsapp.. 😀

Shaklee Distributor

COD Area: Sijangkang (Kuala Langat), Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi

MIRA

019-2821775