Selalunya kita dengar tentang suplimen. Macam-macam jenis suplimen dijual di pasaran. Tetapi tak ramai yang cakna tentang suplimen Enzim Penghadaman. Kemungkinan bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman pun, tak selalu dengar tentang suplimen Enzim ini.

 

Apa itu Suplimen Enzim Penghadaman?

Enzim Penghadaman adalah suatu suplimen yang selain dari vitamin dan zat mineral, ianya berfungsi untuk memecahkan makanan yang anda makan. Bukan seperti suplimen lain seperti vitamin C, minyak ikan atau yang biasa kita dengar dan beli dari pasaran.

Enzim Penghadaman

Gambar: Jenis-jenis Enzim Penghadaman yang dikeluarkan oleh organ-organ tubuh manusia berfungsi untuk memecahkan makanan yang dicerna perut, kepada size yang lebih kecil seperti molekul, sebelum diserap oleh usus kecil

 

Sebenarnya Enzim Penghadaman adalah sejenis protein yang dikeluarkan oleh organ-organ seperti hati, pankreas, usus kecil dan air liur manusia. Namun, sekiranyanya seseorang itu mempunyai masalah penghadaman seperti GERD, Anxiety dan Gastrik serta IBS, Enzim Penghadaman yang dikeluarkan oleh sesetengah organ itu tidak mencukupi. Adakalanya sesetengah enzim tidak dapat dikeluarkan, oleh yang demikian sesuatu makanan itu tidak dapat dicernakan.

 

Enzim Penghadaman

Enzim sangat spesifik kepada zat makanan yang perlu dipecahkan

Ini kerana pengeluaran Enzim sangat spesifik kepada jenis zat yang kita makan. Misalnya, kita makan makanan yang mengandungi protein sahaja. Jadi, pankreas akan mengeluarkan enzim yang spesifik untuk memecahkan protein tersebut kepada struktur asid amino. Dalam bentuk struk asid amino sahaja lah yang badan kita dan serap dan digunakan semula untuk tujuan fungsi tubuh.

 

Jenis-Jenis Enzim Penghadaman

 

Amilase adalah Enzim yang spesifik untuk memecahkan makanan yang berunsur karborhidrat, kanji, molekul gula. Kekurangan Enzim ini boleh menyebabkan cirit-birit.

Lipase adalah Enzim yang berfungsi untuk memecahkan lemak. Sekiranya organ anda tidak mengeluarkan Enzim jenis ini dengan kuantiti yang cukup, anda sukar untuk menghadam makanan jenis larut lemak, seperti makanan yang mengandungi vitamin A, D, E dan K.

Protease pula adalah Enzim yang memecahkan makanan berprotein kepada molekul asid amino. Ianya juga memastikan sistem penghadaman kita bebas dariapda bakteria, protozoa dan yis. Sekiranya badan kurang menghasilkan Enzim jenis ini, akan menyebabkan seseorang itu mudah terkena alahan makanan atau ketoksikan di dalam usus.

 

Bagi yang mempunyai masalah Penghadaman, Enzim asal yang dikeluarkan oleh organ pankreas tidak cukup atau tidak spesifik untuk tujuan memecahkan makanan kepada zat. Oleh itu, suplimen Enzim Penghadaman sangat diperlukan untuk mempercepatkan reaksi bahan kimia dalam tubuh badan untuk menukar makanan kepada zat lebih mudah untuk tubuh kita serap.

 

Siapa Yang Memerlukan Enzim Penghadaman?

 

Mereka yang mempunyai masalah penghadaman seperti GERD, Asid Refluks, Gastrik dan IBS, kebanyakan sistem penghadaman mereka ini lemah, dan makanan tidak dapat dihadam sempurna setiap kali selepas makan.

Bagi mereka yang mengalami penyakit atau simptom-simptom di bawah, sangat disarankan untuk mengambil Enzim Penghadaman.

  • Kembung perut
  • Selalu rasa sesak dada dan pedih ulu hati
  • Diabetes
  • Selalu rasa perut terik atau kejang selepas beberapa jam makan
  • angin yang banyak
  • post-nasal drip
  • rasa loya atau sesuatu yang tersangkut di tekak
  • Sering pening kepala selepas makan atau sebelum makan
  • Berat badan yang tidak ideal (terlalu gemuk atau kurus) walaupun menjaga pemakanan
  • Cicit birit
  • Sembelit
  • Najis yang terapung
  • Bau najis atau kentut yang busuk
  • Ketiadaan hempedu atau simptom batu hempedu
  • Ekzema atau mana-mana jenis penyakit radang kulit seperti psoriasis
  • Mereka yang mengambil ubatan klinik untuk penyakit Hiatal Hernia, GERD dan Gastrik atau yang berkaitan dengannya.

 

Sekiranya memerlukan konsultansi berkenaan Enzim Penghadaman, boleh lah berhubung dengan Coach Konsultansi seperti nombor di bawah:

 

Mira Hamzah

Coach,

Konsultansi GERD, Anxiety & Gastrik

No Tel: 019-2821775

wasap.my/60192821775/EnzimPenghadaman