Program Pemasaran Perniagaan Usahawan – Tangani Kos Sara Hidup Rakyat Negeri Perak

 

Sejak kebelakangan ini kita selalu dengar tentang Kos Sara Hidup semakin tinggi, harga barang tinggi, dan taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat. Kadar pertumbuhan pendapatan pulak, jarang kita dengar selalu naik. Asyik malar saja. Sebab itu ramai orang dah mula jadi Usahawan Online.

Program Usahawan Asnaf

MAIPk dengan kerjasama YUCO Creations membuka peluang kepada pihak Peniaga Negeri Perak untuk lebih maju dalam perniagaan

 

Disebabkan ini, pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk) telah mengadakan inisiatif, dengan menggunakan duit kutipan zakat untuk membantu golongan Usahawan Perak membina Perniagaan Produk Makanan mereka.

Ini supaya mereka yang serius Menjana Pendapatan melalui perniagaan dapat menerima Bantuan Zakat ini, menggunakan bantuan kewangan ini dalam pernigaan mereka. Seterusnya berjaya dalam perniagaan mereka, lalu membantu pula golongan lain dengan Membayar Zakat.

Dalam Program Pemasaran Perniagaan Usahawan ini, MAIPk telah memilih 30 peserta yang layak, dan hadir ke kursus intensif.

 

 

Program Usahawan Asnaf

Peserta yang terpilih, berikrar, akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam perniagaan mereka, sekaligus membantu golongan lain.

 

Program Latihan Intensif selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh MAIPk dengan kerjasama syarikat YUCO Creations untuk MAIPk untuk membantu mereka yang terpilih.

 

Objektif Program

1.Memberi latihan kesedaran mengenai keusahawanan dan proses-proses perniagaan.

2.Memberi bantuan pakej pemasaran kepada usahawan

3.Memberi latihan dan bimbingan dalam orientasi perniagaan melalui 4 konsep pengurusan yang utama (Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Pengeluaran, Pengurusan, Pemasaran dan Pengurusan Kewangan).

4.Memantau prestasi Usahawan yang dipilih untuk program ini dari masa ke semasa dengan objektif meningkatkan hasil pendapatan dan ekonomi setempat.

Selain bantuan modal daripada Wang Kutipan Zakat, pihak MAIPk juga menyediakan khidmat latihan dan pemantauan berterusan, dengan kerjasama pihak YUCO Creations – menyediakan kepakaran membuat design, logo, kolateral dan Pemasaran Produk secara Offline dan Online.

 

Program Usahawan Asnaf

Sesi Bengkel Program Usahawan – menerangkan kepada para peserta tentang penjenamaan dan pengurusan kewangan – dikendalikan oleh pihak YUCO Creations (En. Nor Azhar Othman)

Program Usahawan Asnaf

Perbincangan kumpulan

Program Usahawan Asnaf

 

 

Semoga bantuan yang disalurkan kepada setiap peserta ini dapat menjadikan mereka usahawan yang berjaya dan membantu Golongan Peniaga Kecil yang lain. In shaa Allah usaha ini akan dapat memberi kesan yang baik kepada ekonomi umat Islam dan Negeri Perak.

Hubungi

Sebarang maklumat berkenaan dengan Marketing, Supply dan Penjenamaan Produk atau Servis boleh berhubung dengan pihak YUCO Creations di talian:

Encik Azhar (019-2891775)

Puan Effa (018-2554086)