KISAH DAN EMOSI – AKU SI PENGEDAR SHAKLEE

KISAH 2

Dalam tempoh buat Shaklee ni, banyak kisah-kisah beremosi yang buatkan hati Mira nangis. Maklumlah hati tisu.

2 Minggu sebelum puasa haritu, Mira terima mesej dari seorang kawan baik Mira waktu Mira masih di universiti dulu. Kawan ni adalah kawan yang agak rapat sejak dulu. Mesejnya masuk dalam inbox SMS, tapi Mira tak sedar pun.

Sebenarnya kan, Mira tak perasan mesej tu sebab sejak ada whatsapp, telegram dan FB, maka 3 yang ini aje lah yang active notification nya. Selain 3 tu, memang ‘mute’ dan off notification lah..huhu. Bukan ape, banyak-banyak sangat notification kat atas headbar phone tu, buat rimas mata tengok.

Kembali kepada kawan yang mesej tu. Senang cerita panggilannya Soman. Lama kawan ni tak mesej Mira. Tetiba pagi tu ada misscall dari dia. Eh, kenapa pulak dia misscall ni? Tersalah tekan ke. Sekali aje misscall tu. Mungkin tersalah tekan agaknya…atau ada anak-anak yang tertekan secara tak sengaja waktu main telefon ayah atau ibunya. Macam tu lah anggapan Mira.

Tapi entah kenapa, sejam kemudian, tangan belek henfon dan tetiba hati rasa nak clear unread messages kat dalam inbox mesej. Memang kalau ikutkan jarang ada perasaan macam tu. Tapi pagi tu Allah Taala lalukan hasrat tu kat hati…tangan bingkas bukak phone dan cari icon inbox SMS.

“Ira, please call balik, urgent!”

Yang tu terpapar paling atas kat inbox SMS. Bila bukak.. Allahuakbar, memang kawan yang misscall tadi tu, dia yang bagi mesej tu dan rupa-rupanya misscall tadi bukan misscall yang tak sengaja.

Sembang dekat 10 minit, baru tahu keadaan sebenar. Soman mintak tolong untuk jumpa bersemuka. Dan mintak untuk nasihatkan tentang nutrisi supplement Shaklee untuk wifenya yang tercinta. Tapi kenapa dengan wifenya?

Berat hati dia nak ceritakan, tapi terpaksa juga bukak berita yang wife dia tengah sakit. Diagnosis penyakit belum tahu tapi sakit menunjukkan macam sakit kronik.

Dah banyak rawatan pergi cuba, tapi tak berhasil. Last-last pergi kepada rawatan kampung yang melihat kepada dalaman tubuh isteri. Isterinya dikatakan kena sihir santau. Badan yang sihat jadi kurus kering. Muka yang tembam dah cekung dan badan yang dulunya kuat bekerja dah lesu dan sering terbaring. Allahukabar… kesiannya, tabahnya dia dan isterinya menghadapi ujian Allah ni. Banyak yang Mira cuba tanya…tentang keadaan isterinya sebelum ni, dan situasi anak-anak juga.

Cut it short… sepanjang malam, mencari dan cuba membaca info-info, supaya dapat suggest set yang sesuai dengan keadaan wife Soman ni dengan bajet yang diberikan.

Hari ni, setelah 2 minggu dari phone conversation di atas, Soman beri satu mesej. Mesej umum yang dia blast untuk semua kenalannya untuk beritahu wife nya dah pun terlantar di ICU. Aduhai…sedih.

Waktu tu, tak ada yang lain yang dapat Mira bayangkan, melainkan anak-anaknya yang masih kecil, yang masih perlukan ibu mereka.

Selesai anak-anak buat solat magrib, Mira yang tak puasa hari ni sebab uzur, sambung makan, dan sambil-sambil tu mencari info-info berkaitan. Niat Mira nak membantu keluarga ni, supaya dapat jalan penyelesaian dengan apa jua ikhtiar yang termampu.

Setelah selesai suap makan pada anak-anak cilik Mira.. Mira terus tak buang masa, call si Soman untuk tahu keadaan isterinya.

Seperti yang dijangka, Soman mengangkat call dihujung sana. Suara lesu. Macam letih dan susah hati bunyinya. Soman cerita dia terpaksa tinggalkan wife dia di ICU keseorangan, kerana Soman terpaksa pulang ke rumah menjaga anak-anak.

Selepas bertanya khabar.. kami end up conversation. Mira terduduk dan terbayang lagi. Keadaan wife dia. Anak-anak Mira pulak masih aktif. Mira pandang wajah anak-anak Mira satu persatu. Kalau situasi macam Seman ini yang berlaku pada Mira, macamana keadaan anak-anak Mira? Sungguh ibu mana sanggup tinggalkan anak mereka walaupun 1 jam cuma. Tak sanggup Mira! Ya Fattah!!

Hati Mira rasa pilu sangat. Nangis dan menjerit dalam hati. Macamana nak tolong Soman dan wife nya ini. Apa yang boleh Mira tolong?

Sejam dah berlalu. Mira tekad.. apa yang Allah lintaskan di hati Mira tadi perlu Mira beritahu pada Soman. Supaya ikhtiar dengan Vivix dan ESP, walaupun apa juga masalah, cara ini perlu Mira beritahu.

Ya, Mira faham.. mungkin Soman dapat banyak petua dan cadangan dari ahli keluarga sekeliling, tapi Mira mesti beritahu. Andaikata Mira tahu ikhtiar dengan Vivix ni in shaa Allah boleh membantu, tapi Mira lewat beritahu, apa yang Mira akan jawab nanti di akhirat kelak. Ap yang Mira akan jawab nanti dengan anak-anak Soman.

Pukul 11.00 pm nak call suami orang. Tak apa kah? Getus dalam hati. Tapi nak buat macamana, info yang kita dapat perlu kita beritahu segera. In shaa Allah jalan seterusnya Allah yang akan tunjukkan. Sembang dekat 10 minit, dengan suara Soman yang lesu tu. Mungkin memikirkan keadaan isterinya yang kini terlantar pengsan tetapi sangat perlukan nutrisi untuk kembalikan sistem tubuh yang baik.

Semoga Allah buka jalan yang terbaik untuk kedua suami isteri ni. Semoga hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka dan seluruh keluarga mereka.

PENGALAMAN BEREMOSI LAGI

Malam ni,

Satu lagi pengalaman orang lain yang Mira empati dalam hati. Sungguh. Mira memang hati tisu. Apa pun, tanggungjawab kita sebagai peniaga, dalam masa yang sama bantu semampunya kita, pada orang yang memerlukan.