Masalah Susah Tidur
Tahun 2020 tahun yang getir bagi semua orang. Hampir setiap orang mendapat kesan dari ujian Allah yang 1 kali ini. Ingatkan sementara cuma, bersambung lagi tahun 2021.
Kesan daripada ujian ini, datang pula Masalah Susah Tidur atau Insomnia. Lagi-lagi yang sudah sedia masalah kesihatan lain seperti gastrik, GERD, anxiety.
Masalah Tidur yang saya sebut ini, bukanlah masalah biasa². Tapi Masalah Tidur yang khusus bagi mereka yang BENAR² Sukar Tidur.
Golongan ini, walau macam-macam ikhtiar yang mereka lakukan, tetap Tak Boleh Tidur. Diberi ubat tidur, dah boleh tidur. Tapi masalah lain pula yang datang. Bahkan ada juga yang masih susah tidur.
Dicuba lagi macam-macam cara. Segala saranan petua dibuat. Tak kisah berhabis duit dan tenaga, tapi Masih tetap Tak Boleh selesai masalah Tidur. Jika dapat Tidur walau Sekejap, bagaikan diberi hadiah yang tak ternilai kepadanya.
Begitu lah yang saya dapat gambarkan golongan ini. Betapa sukarnya mendapat semula nikmat Allah nan 1 ini. Terpulang ikhtiar masing-masing. Janji Dapat Tidur.
Bab Tidur Kali Ini
Tahu sebab apa saya sengaja bangkit bab tidur kali ni? Bukan lagi bab Gastrik atau GERD?
Sebab,
Tidur adalah satu proses yang Allah beri kepada makhluknya untuk sihatkan semula tubuh badan yang lemah, yang rosak. Banyak metabolisme tubuh terganggu kesan dari kurang tidur.
Tanpa proses tidur yang Azza Wajalla buat khas untuk kita, kesihatan kita akan terganggu. Mental illness. Anxiety dan Depression boleh menjengah. Bahkan kembali pada masalah perut seperti Gastrik dan GERD dan penyakit autoimmune dan penyakit-penyakit kronik lain.
Bukan itu sahaja. Orang sekeliling pun terasa tempias akan masalah kita tu. Urusan rumah tangga tak terurus baik. Kualiti kerja di tempat kerja menurun. Fokus pembelajaran terganggu. Malah emosi diri dan keluarga menjadi sangat sensitif hingga segala urusan dunia kita, mahupun urusan akhirat kita terkesan daripada masalah tidur ni.
……………………
Menulis Ebook Dari Pengalaman Susah Tidur
In shaa Allah, jika Allah beri rahmatNYA dan izinNYA tak lama lagi saya akan terbitkan ebook ini.
Doakan saya supaya ilmu yang Allah berikan kepada saya melalui ujianNYA saya TAK BOLEH TIDUR, dapat saya hurai panjang solusinya dalam ebook ini.
MiraHamzah,
Pengalaman & Perjalanan kepada Solusi Insomnia
Recent Comments