Orang Anxiety Risau Melampau

Ramai ke mereka yang alaminya?

 

Kalau kome klik entry ni, mesti kome pun pernah alami Kerisauan Melampau atau orang putih sebut Overthinking.

Atau kalau bukan kome yang alami overthinking ni, mungkin ada family member kome yang alami.

 

Jom baca entry ni. Sebab bila kome faham. Kome tak lagi menyalahkan diri kome atau keluarga kome yang mengalami masalah Anxiety yang membuatkan mereka seringkali Risau Melampau.

.

Banyak Fikir sangat adalah sebab badan kita on mode fight or flight. Jangan kata kat tempat kerja, atau kat rumah…

 

Tapi, kalau disuruh pergi vacay pun.. bagi duduk free hotel yang ada scenery cantik bagai pun.. tetap jugak fikir bukan2.. Terlebih Fikir, Risau yang berlebih-lebih dan, macam-macam lah.

 

Ada yang bila fikir nak keluar rumah pun, meremang bulu roma, sebab fikir macam┬▓ akan jadi kat diri.

 

Banyak simptom dia..

 

Nak hurai kat sini pun letih, belum lagi orang yang mikir tu.. lagi lah 400% letih.
.

 

Switch Mode

 

Biasanya kalau kita kena kejar dengan pakcik rimau ke, cik boya ke,.. badan kita on mode berjaga-jaga atau Fight (nak lawan balik) atau Flight (cabut lari).

 

Saya tak perlu cik boya. Cik cicak lompat kat kaki pun saya dah lari satu rumah, ngelupur macam kena elektrik.

 

Semua orang macam tu kan… Apa yg dia takut, dia risau.. response akan overreaction atau berlebih-lebih.

 

Itu memang badan kita secara fitrah. Sebab badan kita ada dua mode. Mode ni macam switch la.

 

­čöî Switch 1 – kita sebut simpatetik. Time ni, badan kita banyak keluar hormon stress atau kortisol. Gula spike dalam darah sebab nak bagi tenaga.

 

Heartbeat pun laju semacam. Tenaga semua pi kat otot.

 

Disgestive system semua kena slow down sekejap, pinjamkan tenaga diorang jap kat body dan muscle.

 

Deria sakit kurang. Fikiran jadi super alert. Super sensitive. Super creative. Sebab seluruh anggota badan kita nak sedia lawan, atau sedia cari segala peluang untuk cabut lari.

.

Tapi bila kita tengah rest, semua hormon harmoni, digestive sistem pun active. Yang ni..

 

­čöî Switch ke2 – parasimpatetik.

 

Jantung tenang, nafas tak laju, aliran darah smooth, disgestive system aktif. Senang cakap, kita dalam mode rileks lah. Kalau kawan sebelah tampar nyamuk kat lengan kita, rasa sakit betul. Deria sakit kita lebih aktif bila kita bertenang.

.

Tapi, kalau kita jenis orang yang #Anxiety.. memang badan susah nak switch mode dari Simpatetik kepada mode Parasimpatetik.

 

So kalau jadik camtu, situasi badan kita tu adalah berjaga┬▓ dan sedia nak cabut lari.

 

Rasa┬▓ kome lah… boleh agak tak kenapa kita banyak fikir? Cepat panic dan cepat mengah, nafas tak tentu. Bukan saje mengada┬▓ buat camtu tau.

 

Tapi sebab badan kita ‘tak pandai’ switch mode.

 

Simpatetik mode tu dok onz aje.. 24 jam. Macam kena kejar pakcik rimau 24 jam lah.. Mau tak letih…

 

Semoga kita sama┬▓ dapat pasang balik mode parasimpatetik tu kat badan kita.

 

Saya dah buat terapi. Alhamdulillah. Dan in shaa Allah saya sangat nak tolong mereka yang belum dapat ‘pasang’ sendiri switch tu.

 

Mira
-Anxiety survivor-
2009 – 2019

 

Kalau nak hubungi saya, better wasap terus senang.

019-2821775

019-2891775

wasap.my/60192821775/KakMiraSayaNakSembangPasalAnxietyRisauMelampau

 

wasap.my/60192891775/KakMiraSayaNakSembangPasalAnxietyRisauMelampau

 

FB saya: Mira Hamzah

 

#anxiety #banyakfikir #superalert #stress #overthinking #gastrik #gerd #anxiety #bangkitSemulaWahaiMerekaYangAnxiety