Hilang Rasa Percaya Diri – Bangkit Semula
Ikutkan hati, memang Kak Mira tak mahu pergi ke mana-mana tanpa suami dan anak-anak di sisi. Entah, bukanlah kerana too attached, manja sangat sampai tak boleh nak lepas lengan suami walaupun sekejap. Bukan begitu. Tapi disebabkan kak Mira mengahadapi Low Self-Esteem atau bahasa melayunya adalah Rendah Keyakinan Diri atau Berkurangnya Rasa Hormat Diri.
Hormat diri dalam konteks ini bukanlah bermaksud tak menghormati diri sendiri, atau sampai memperkecilkan atau menghina diri sendiri, tidak.
Senang faham kalau satu individu ni sangat menghormati seorang tokoh ilmuan misalnya, dia akan suka apa yang tokoh itu lakukan, atau admire segala kata-katanya dan mengikuti segala tindakan yang baik tentangnya. Namun jika Hilang Keyakinan Diri, semua benda kecil nampak begitu besar yang menakutkan serta merisaukan. Begitulah low self-esteem dari fahaman kakMira di sini.
Mengunci Diri, Elak Dunia Luar
Sejak anak kak Mira meninggal dunia 4 bulan yang lalu kak Mira mengunci diri. Sebab mengunci diri ni adalah, banyak sangat benda yang kak Mira tak boleh tengok, tapi tertengok dan kesannya sangat mendalam.
Antara yang kak Mira elakkan diri untuk nampak adalah:
- baby kecil,
- ibu tengah hamil,
- ibu cium anak kecil,
- ibu atau ayah tengah dukung anak,
- kedai jual barang baby,
- berita orang meninggal.
- Warna pink.
- Post-post di FB tentang baby yang sakit,
- thermometer
- kartun baby
- Klinik Kesihatan,
- lalu depan signboard ‘H’ iaitu hospital,
- Vicks
- Stroller
- Baby wear
- ke kedai runcit nampak susu baby,
- baby wipes,
- botol susu,
- kasut-kasut kecil yang comel,
- anak kambing
- bahkan bunga-bunga hiasan yang banyak yang berwarna-warni (waktu raya kat kedai banyak jual bunga plastik kan?!).
Dan banyak lagi yang related dengan arwah anak baby kak Mira yang meninggal waktu umurnya 101 hari tu. Semua list itu boleh bikin kak Mira triggered !!! And guess what? Nobody cares for sure! Takkan lah kak Mira nak explain teremosi disebabkan semua benda-benda kecil tu. So sebab tu kak Mira memilih untuk mengunci diri.
Dunia Jadi Kecil, Akhirat Jadi Besar
Hanya suami dan anak-anak sahaja dunia kak Mira. Keluarga terdekat dan orang luar nampak biasa-biasa, tapi dalaman hati ini, bila kena berjumpa dengan orang luar kak Mira rasa sangat gemuruh. Kadang kala bila tahu nak kena keluar ke rumah ahli keluarga dan rakan taulan pun kak Mira rasa tak selesa. Kak Mira cuba praktis depan cermin berkali-kali supaya diri nampak cool dan tak burst into tears bila orang ucap takziah pada kak Mira. Tak dan sekejap sampai rumah ahli keluarga, kak Mira nak cepat-cepat balik.
Malahan kak Mira juga keluar dari banyak group whatsapp yang kata-kata mereka boleh menyentap tangkai jantung hati kak Mira ini. Kak Mira sangat-sangat mudah tersentuh, padahal jika orang lain mungkin tak perasan langsung kata-kata mereka itulah punca hati kak Mira retak, terbelah, terluka parah. Adoiii over kann.
Tapi itu lah hakikatnya. Mungkin geng-geng kak Mira yang ada masalah Anxiety Disorder dulu faham masalah ni. Bila emosi kita menjunam terus ke dasar paling dalam, Bila cinta hati kita hilang sekelip mata, diambil sang Pencipta Alam Semesta, begitu lah jadinya. Cuma, kita orang Islam wajib beriman dengan Qada’ & Qadar.
Bila kita beriman dengan senipisnya Iman kita, memang kita yakin dan percaya, namun kita masih nak terbuai dengan memori lama dan enggan bangkit semula. Kita biar diri dan emosi hanyut, namun kita kata kita yakin beriman dengan Qada’ & Qadar.
Bila kita beriman dengan iman yang lebih nipis dari lapisan membran bawang, kita ambil masa untuk bangkit semula. Di rumah sekalipun kak Mira kawal waktu menangis. Hanya di karpet sejadah kak Mira menghamburkan rasa berat di hati yang kak Mira kumpul seharian atau berhari-hari. Begitu lah.
Kak Mira dekatkan diri pada Allah. Itu lah pengubat hati duka lara kak Mira. Kak Mira mula berkenalan dengan ahli-ahli surau di sekitar kampung kak Mira. Kalau dulu hanya kenal 1 surau sahaja. Tapi kali ini kak Mira gagahkan diri berkenalan dengan orang luar dan ahli surau-surau lain. Sekarang ni kalau orang tanya kak Mira surau nama ini kat mana, surau nama sekian-sekian kat mana, hafal dah jalan boleh bagi direction. Wahhhaha!
Segala program ilmu akhirat dan dunia kak Mira kutip semula satu persatu semampu yang mungkin. Dan kak Mira cuba buat yang terbaik semula pada Rukun Islam kedua dan ketiga, selain memperbanyakkan sedekah dan selawat.
Satu demi satu kak Mira nampak kesan baiknya, atau Hikmah tragedi pemergian arwah anak baby kak Mira. Dan sedikit-demi sedikit kak Mira kutip semula keberanian untuk berkongsi rasa dengan mereka yang pernah juga kehilangan. Kali ini kak Mira tak lah berhati tisu sangat macam dulu. Apabila mereka ucap takziah dan bertanya detail berkenaan kematian anak, kak mira sudah mampu menjawab dengan redha. Alhamdulillah segala kekuatan yang ada ini bukanlah terbina sendiri, melainkan Allah Taala Ar-Rahman yang mahukan begitu. Segala Puji-Pujian hanya Allah Al-Haq yang berhak ke atasnya
Tawaran Datang Mengetuk Keyakinan Diri
Lama menyimpan skill di rumah. Satu demi satu tawaran kak Mira terima demi untuk keluar dari kepompong. Yang pertamanya adalah menjadi pembantu guru di TABIKA anak Kak Mira. Melihat anak-anak TABIKA, teringat arwah di syurga. Kak Mira cuba sehabis baik menyantuni anak-anak ini kerana mereka semua bunga taman syurga.
Kedua, datang lagi mereka-mereka (Puan Rosnah jika dia membaca namanya di sini, dan Cik Fazira) meminta konsultansi bagi menyelesaikan masalah mereka iaitu sukar tidur dan Anxiety.
Kemudian, demi permintaan suami pula, Kak Mira memberanikan diri menghadirkan diri semula ke training bersemuka. Selalunya hanya zoom class semata-mata.
Sebenarnya pertama kali keluar jauh daripada suami dan anak-anak. Dengan kuasa Allah subhanawataala, kak Mira rasa training ini dijodohkan untuk kak Mira. Sebabnya, 2 hari sebelum training ini kak Mira mendapat tawaran kerja yang berkait pemasaran online. Untuk menolak tawaran tu, rasa serba salah sebab dahulunya kak Mira yang buat. La Qhaulawala Quwata Illabillah.
Kali ini apabila diamanahkan untuk melakukan sekali lagi, nak tak nak, kak Mira perlu update semula ilmu-ilmu online ini. Hadza min fadhli robbi.
Sebenarnya kak Mira takut sangat nak drive ke tempat training tu. Padahal event tu buat kat Serdang aje pun. Telok Panglima Garang dengan Serdang, bukan lah jauh sangat. lagi pun berdekatan dengan UPM dan MINES Serdang. Tempat waktu dulu-dulu selalu lepak dengan kawan-kawan sekuliah dan satu tempat kerja sehabis belajar di Uni dulu.
Namun, sebab self-esteem kak Mira yang sangat-sangat rendah waktu itu menyebabkan kak Mira menangis bila dapat tahu kena drive seorang diri, dan ditinggalkan seharian di situ tanpa suami dan anak-anak menemani. Allahuakbar !! Perangai macam budak-budak. Kelakar kan.
Kalau korang baca pun rasa mengada betul kak Mira ni. Lagi yang pernah mengenali kak Mira dan mengetahui bagaimana lasaknya kak Mira travel seorang diri dan drive waktu kerja dulu.
Demi Allah yang mengiizinkan, dan demi suami dan anak-anak kak Mira nak bangkit semula. Doakan kejayaan kak Mira untuk akhirat dan dunia ya.
Salam sayang dari kak Mira,
– masih seorang blogger walau sudah menginjak usia –
Recent Comments