Vitamin Lengkap Untuk Rambut Gugur
Kebanyakan wanita dan lelaki, tak mengira usia mempunyai masalah kekurangan nutrisi dalam pemakanan harian hingga menjadi salah satu faktor penyebab masalah Rambut Gugur. Selain nutrisi dari makanan harian, adalah penting untuk kita tambah nutrisi yang diperlukan melalui suplimen. Berikut adalah suplimen yang sangat bagus untuk Melebatkan Rambut.
Vitamin A
Semua sel dalam badan memerlukan vitamin C untuk fungsi pembaikian, manakala vitamin A pula sangat penting untuk pembinaan dan pertumbuhan sel-sel tubuh, termasuklah Membina dan Menyuburkan Rambut. Vitamin A yang cukup juga penting untuk memastikan lapisan lemak di permukaan Kulit Kepala Sihat.
Vitamin B
Salah satu vitamin B yang sangat berkait dengan Pertumbuhan Rambut adalah biotin. Fungsi utama biotin adalah menukarkan nutrisi kepada bentuk tenaga yang diperlukan untuk Kesihatan Rambut, kuku dan kulit. Kumpulan vitamin B juga menggalakkan pembinaan sel darah merah. supaya dapat membawa oksigen dan nutrisi yang cukup ke folikel rambut. Dengan ini dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.
Vitamin C
Radikal bebas yang ada diluar dan di dalam tubuh kita berpotensi untuk membunuh akar rambut baharu dan juga membuatkan rambut yang sedia ada menua dengan lebih cepat.
Vitamin C mempunyai antioksidan yang sangat kuat, berfungsi untuk memperbaiki sel-sel rambut yang rosak dengan cara menggabungkan protein kolagen hingga membentuk struktur rambut. Vitamin C juga penting untuk menyerap garam mineral yang lain termasuklah zat besi untuk pertumbuhan rambut.
Vitamin D
Fungsinya menjurus kepada pembinaan folikel rambut. Iaitu vitamin untuk membina dan memegang kuat akar rambut kita.
Vitamin E
Sama seperti Vitamin C, Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang sangat bagus untuk melawan radikal bebas dan kesan stress. Dalam masa yang sama melembapkan permukaan kulit dan Menjaga Kesihatan Rambut supaya tidak kering dan rapuh.
Zat Besi
Zat besi sangat penting dalam mengekalkan oksigen di dalam sel-sel darah merah. Sel darah merah yang cukup oksigen dapat membantu kawasan akar-akar rambut lebih sihat dan bertenaga. Justeru sel-sel rambut aktif membuat Pertumbuhan Rambut baharu dan menyingkirkan segala radiakal bebas.
Zink
Zink juga sangat penting dalam Pembinaan Struktur Rambut, dengan caranya tersendiri. Ia juga membantu memegang folikel di tempatnya dengan lebih kukuh. Zink juga memastikan oil gland di bawah folikel rambut akan sentiasa dirembeskan dengan cukup dan tidak keterlaluan.
Protein
Protein adalah asas untuk membuat segala sel-sel rambut, termasuk sel-sel darah, hormon, enzim dan segala proses metabolisme. Kekurangan protein akan menyebabkan kelompongan nutrisi paling asas iaitu keratin. Keratin adalah elemen utama pembinaan rambut.
Bagi mereka yang sedang hamil, berpantang atau pun menyusu, perlulah mengambil lebih protein supaya khasiat protein yang cukup dapat disalurkan bukan hanya kepada tubuh si ibu dan susu ibu, tetapi juga dapat disalurkan dengan cukup kepada pertumbuhan rambut.
SUPLIMEN UNTUK LEBATKAN RAMBUT
Dalam Shaklee, saya mencadangkan supaya mereka yang mempunyai masalah rambut dapat menukar cara hidup yang lebih sihat, menjaga pemakanan yang lebih sihat dan mengambil suplimen keperluan untuk tubuh.
Suplimen penting juga untuk membantu mengatasi kelompongan nutrisi akibat banyak faktor dalam tubuh kita dan juga persekitaran. Lihat artikel menarik Dah Makan Ikut Piramid Nutrisi, Tapi Kenapa Tubuh Tidak Dapat Cukup Nutrisi
Vitamin Lengkap yang dicadangkan oleh Shaklee Set Rambut Sihat adalah:
- Vitalea Iron Formula
Dalam Vitalea, kesemua Vitamin yang diperlukan termasuk garam mineral ada di dalam 1 tablet.
- Vitamin C Plus
- Carotomax
Kaya Vitamin A dan antioksidan yang lain
- Zink Plus
Sangat berkesan bantu pertumbuhan rambut lebih baik
- Protein ESP
Nutrisi asas dimestikan ambil sepanjang program pemulihan rambut
- Penjagaan Rambut
Shampoo, Perapi dan Serum Rawatan Kulit Kepala Shaklee
PERINGATAN MESRA
Pemilihan dan pengambilan vitamin Shaklee adalah sangat perlu melalui konsultasi dari Pengedar Shaklee yang sah. Pengambilan tanpa konsultasi yang sesuai dikhuatiri boleh menyebabkan ketidaksesuaian kepada individu, kebaziran wang, malah lebih buruk jika mengganggu kesihatan.
Hubungi saya Mira, Pengedar Shaklee yang mempunyai pengalaman dalam Nutritionist, serta dengan bimbingan doktor pakar dan pakar pemakanan, akan membantu anda dalam membuat pemilihan vitamin yang sesuai dengan keperluan tubuh anda.
Shaklee kawasan:
Lembah Klang:
Sunway, Bandar Klang, Hospital Klang, Shah Alam, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Jenjarum, Banting, Morib, Olak Lempit.
Perak:
Manjung, Setiawan, Lumut
Utara:
Kulim, Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Mira Hamzah
019-7503775 atau whatsapp: wasap.my/60197503775
Recent Comments