Diari Detoks Parasit

Hari pertama soft detox parasit..

Pagi:

Lepas subuh amalan biasa, minum air kosong dangan 10 biji alfalfa.

Suami belikan nasi lemak, tapi belum berani nak makan sebab ada santan.. ingatkan tak boleh..(dah konfem, boleh sebenarnya).

Lepas 1 jam.. baru makan nasi, ikan goreng dan telur cincang, sama cili potong tanpa kicap. Minum air kosong suam-suam panas.. fuh segar rasa badan.

Badan still relax.. ok aje.. ye lah cacing dan parasit lain belum terasa puasa mereka.

Tghari.. selalu time ni jarang makan awal.. tapi air milo dan roti selalu jadi pujaan time tengahari ni..

Jam 4 baru korek periuk nasi, makan dengan ikan goreng sup kosong sama sayur pegaga. Banyak jugak pegaga.. 10 batang. Nasik campur sikit lada hitam halus.. (rasa macam time pantang pulak)

 

Malam.. biasanya tak makan sangat.. sebab tghari dah makan lewat. Malam tak rasa macam lapar. Shake milkshake dengan susu fernleaf. Selalu mesti biskut HupSeng dengan milo panas 2 gelas.. huhuh.

Tgh malam pukul 3 pagi, bangun buat susu anak..perut berkeruk-keruk. Selalu tak macam ni.. Cepat-cepat minum air kosong (tahu dah cacing dah mula rasa lapar).

Pukul 3.45 pagi mata tak boleh tidur sebab perut berkeruk. So letak balm coughcold kat hidung dan pelipis.. wangi.. calit sikit kat pelipis baby dan abang cik… so selesa, mama boleh tidur..

 

Day 2 soft detoks parasit

Bangun pagi ni tak rasa segar macam biasa. Ingatkan sebab semalam kurang tidur. Tapi kat breast rasa gatal. Ku garu dengan baju.

 

Terus bangun solat subuh, dan kemudian ke dapur. Minum air kosong dan 10 biji alfalfa. Bingkas buat sarapan mudah sementara abg cik dan baby iman masih tidur.

Pukul 9.30 baru makan nasik + ikan goreng + karot celur seinci + pegaga 3 helai.

 

Lunch:

Nasi putih panas-panas tabur lada putih sikit (huii sodappp), sup bawang putih (bawang putih 2 ulas, lada hitam dan cili kecik) + telur dadar.

Kesan semasa:

Breast sudah gatal teruk.. kenapa agaknya kat breast yg dirasa dulu aku pun tak pasti? Apakah selama ni breast banyak cacing? Haaa…macamana menyusu anak selama 8 bulan lebih ini? Ayooo…

Petang:

Rasa lapar.. minum milkshake + susu fernleaf.

Malam:

Tak lapar.. tapi sangat dahaga.

Minum 1 tumbler rooibos tea panas-panas.. badan rasa segar.

Kesan semasa:

kentut banyak kali.. especialy time nak rukuk waktu solat dan sujud.. uissshhh.. memang sengsara kepit tahan kentut.. wakakaka..

Nak tidur malam rasa gatal-gatal belakang lengan.. pegang, rasa macam kasar. Rupanya naik macam rashes setompok.

Tidur.. tapi tak berapa lena sangat, macam biasa bangun buat susu anak. Gatal kepala.

Hari ke3 soft detoks parasit

Pagi:

Macam biasa, bangun subuh dan minum air masak dengan 10 biji alfalfa.

Lepas masak nasi goreng dan roti canai frozen tu. Anak-anak makan dengan berselera. Abang cik biasanya kene kejar bila sesi makan. Tapi pagi ni dia ok..tak payah mama.nak.kejar.. agaknya dia tahu mama tengah berdetoks dan.ada rasa a bit stress sikit pagi ni. Sabar mira.. sabarrrrr…

(Untuk pengetahuan readers, rasa gatal, nak.marah, tertekan adalah symptom healing proses semasa berdetoks. Cacing tengah tak tentu arah).

Lunch:

Macam biasa.. rasa tak lapar sangat.. sebab asyik tonggak air kosong aje. Vitamin C pun kutelan sekali untuk membantu sistem pertahanan badan lebih kuat. Makan lunch pukul 4 iaitu nasi putih suam dan kari ayam serta ulam pegaga 5 helai.

Malam:

Makan nasi lemak.

Kesan semasa, kegatalan semakin terasa. Paha kanan dan peha kiri asyik digaru dengan berlapikkan kain (taknak parut okey).

Mata terasa macam melekat.. rasa macam gatal sangat nak sakit conjunctivitis, tapi tak.. belakang telinga start gatal.

Tengah malam sebelum tidur, makan supplement biasa untuk malam iaitu omegaGuard dan ostematrix.

Cerita Detoks Vs Makanan

˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙˙

Semalam kan… mira anak2 n incik asben pegi pasar malam dekat ngan umah. Memang dah lama sangat tak keluar sama2.. serombongan pegi pasar malam. So, anak2 dan mak anak2 tu excited sangat. Nampak kuih tu nak beli, nampak agam goreng gunting nak beli, nampak CAKOI panas aduss… incik asben plak bleh offer.. “nak ke?”.. hehe…seikhlasnya, tulusnya wajah dia mengoffer.. sebab dia kelalan (lupa) Mira tgh detox mode. Huuu.. nanges hatiku.

 

Tapi.. sebab tekad membulat.. Mira tepis lembut aje offer incik. Ehee.. baru dia teringat #detoksparasit ku..

 

So, nak #detoksparasit kena lah bebetul kan.. takkanlah sebab CAKOI terbatal #detoksparasit mira. Korang, cer cabar diri untuk detoks parasit.. in shaa Allah.. nanti banyak dapat manfaat darinya.. boleh hilangkan resdung, boleh hilang sakit kulit, gatal2 badan, boleh buang toksin tubuh, badan jadi ringan, cergas, tak mengantuk, boleh kurus, mula flawless, lagi..lagi..lagi.. banyak nak list.. sampai esok tak habes.

 

Orang sakit kulit kronik e.g. scabies.. wajib buat detoks parasit.

 

Yang kat atas tu secubit aje dari program #detoksparasit detox? Nak tau byk2 tak leh citer sini. Panjang sangat nak explain. Sooo.. meh pm Mira..

 

Mira Hamzah

019-2821775