Detoks Parasit

Tak kenal maka tak cinta tau. Nak kenal dengan Detox Parasit ni, mestilah kena kenal istilahnya dahulu.

Apa itu Detoks Parasit

Perkataan Detoks ni ada dua perkataan iaitu de- dan Toxic maksudnya Membuang Toksik atau Menyah Toksik. Parasit pula bermaksud hidupan yang bergantung tempat tinggalnya dan makanannya pada host. Parasit ni juga membuang bahan perkumuhannya dalam badan kita.

Jadi Detoks Parasit adalah Satu Cara Untuk Membuang Toksik yang terhasil dari Parasit yang mendiami badan kita.

Badan kita ada parasit? Apa betul? Bukan ke parasit tu Cacing? Bukan ke cacing tu waktu kanak-kanak saja? Takkan dah dewasa, dah tua pun ada cacing dalam perut?

Ya tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian. Memang kita dah dewasa, dah tua-tua pun ada juga cacing dalam perut.

Itulah konsep yang kita difahamkan sepanjang hidup kita. Hanya zaman kanak-kanak saja ada cacing. Dulu kecik-kecik mak bagi ubat cacing. Bila dah sekolah rendah, cikgu bagi makan ubat cacing kat sekolah pulak. Tapi, bila kita dah besar panjang, dewasa ni, ubat cacing bukan tak beli, masih beli. Tapi bukan kita yang makan ubat cacing tu. Anak-anak kita yang kita kerah makan.

Macam mak-pak kita dulu-dulu lah bagi kita aje makan. Diorang tak makan sebab dah menginjak usia, cacing tak ada. Begitu konsep turun temurun yang kita fahami. Tapi sebenarnya fahaman tu silap. Dah tua-tua pun ada cacing tau. Dan bukan setakat cacing. Jom baca seterusnya.

Siapa Parasit Dalam Badan Kita?

Satu lagi, yang selalu kita faham, parasit ni cuma cacing sahaja. Dok kat mana cacing-cacing tu, dalam usus sahaja. Tenpat lain tak ada.

Sebenarnya kan, toksik dalam badan kita ni banyak. Bukan terkumpul dek kerana cacing sahaja. Cacing tu salah satu jenis parasit yang duduk dalam badan hostnya. Selain cacing, bakteria, fungus yang kita perolehi dari rutin harian kita. Hari-hari kita buang toksik dari badan (buang air kecil dan air besar, berpeluh). Hari-hari juga kita kumpul toksik masuk ke dalam badan. Dari mana kita kumpul toksik ni?

  1. Dalam makanan kita
  2. Dalam pernafasan kita
  3. Dalam sentuhan kita
  4. Dalam lifestyle kita
  5. Dari najis atau perkumuhan parasit dalam badan
  6. Perkumuhan bakteria baik dalam badan
  7. Proses metabolik dalam tubuh

OK, Parasit ni Duduk Kat Mana?

Lagi… parasit ni duduk kat mana aje? Kat usus aje kann? Selalu ubat-ubat cacing kan tunjuk gambar usus. Mestilah duduk kat usus.

Jawapannya Ya dan Tidak sebenarnya. Parasit ni memang duduk di usus paling banyak. Selain usus, parasit juga duduk di kawasan kulit, kepala, telinga, mata, sendi.

Parasit tu, paling banyak di usus tu sebab di usus itulah lubuk makanan mereka. Banyak lambakan nutrient yang usus perlu serap masuk ke dalam salur darah dan sel. Penat-penat proses pemecahan makanan dari kawasan mulut lagi, ke perut, ke deodenum, sehingga makanan tu bertukar kepada zat nutrient yang mudah serap. Tapi bila sampai kat usus sahaja, free-free aje parasit kaut ambik. Sebab tu lah zat tubuh tak cukup. Host tak cukup zat tubuh. Parasit pulak menggemuk dan membiak berkampung-kampung dalam usus, berpindah randah pula ke kawasan-kawasan lain dalam badan.

Ok tak?? Dari sini dah nampak kan? Kenapa topik kita ni menjurus kepada nak buang parasit?

Sebab fokus utama kita adalah perkumuhan parasit yang ada dalam badan kita lah yang major group yang buat toksin dalam badan. Mereka ni adalah kilang pembuat toksin terbesar dalam badan. Dan mereka cepat membiak tapi sukar untuk dimatikan.

Parasit ni Datangnya Dari Mana Pula?

Bukan dia datang dari jauh pun. Parasit datang dari laluan:

  1. Makanan kita
  2. Udara kita sedut setiap hari
  3. Sentuhan kulit kita
  4. Lifestyle kita

Semua ini Laluan Utama Parasit masuk dalam badan kita. Disebabkan banyak dalam badan kita, ia berkumuh dalam badan kita sehingga mengganggu tahap kesihatan kita, lantas menggugat lifestyle kita juga.

Sebab itu lah kita fokus toksin dari perkumuhan parasit.

Apa modus operandi detoks parasit ni?

  1. Detoks parasit ni akan buatkan parasit lemah dalam badan kita dan sukar membiak.
  2. Detoks ini juga membuatkan lama-kelamaan parasit berkurangan dalam badan kita
  3. Dan detoks ini juga menyediakan environment host yang kurang disukai oleh parasit
  4. Justeru, detoks ini akan buatkan badan kita kurang bahan kumuh toksin daripada parasit

Apa kelebihan modus operandi ni?

Simple sahaja. Jom kita fahami dulu kaitan toksin dan lemak dalam badan.

Lemak dalam badan terutamanya visceral fat (VF) sangat berkait dengan toksin. VF memang dijadikan akan banyak di kawasan yang banyak toksin.

Apabila toksin banyak dalam badan, risiko organ vital sangat tinggi. Untuk mengelakkan toksin kena atau meracuni organ vital, VF akan mengelilingi organ vital supaya dapat menjadi seperti penapis atau pagar yang mengelakkan toksin menyerang terus organ vital.

Toksin pula sangat sukakan lemak. Jadi semakin banyak toksin dalam badan, ia akan mencari tempat menempel iaitu lemak. Lemak yang paling utuh adalah di kawasan VF dan disitulah ia menempel.

Semakin banyak toksin yang menempel, semakin banyaklah VF yang perlu ada, untuk melindungi organ vital daripada terkena toksin.

Sekali Lagi Saya Tanya, Toksin Tu Datang Dari Mana?

Ia datang dari Laluan Utama Parasit tadi tu.

Jadi, nampak tak kaitan nya. Dah nampak ke betapa pentingnya kita singkirkan parasit ini?

Sebab bila kita buang parasit, tiada lagi perkumuhan toksin dari parasit. Bila tiada toksin dari parasit, berkuranglah toksin dari badan.

Jadi, kurang lah penempelan lemak VF, bila kurang lemak VF menempel, semakin senang metabolik dan proses-proses tubuh berlaku. Dan apabila semua sistem tubuh lancar dan harmoni, badan pun sihat. Nampak tak?? Aim kita untuk Sihat Tanpa Toksin tu, dan kaitannya dengan Detoks Parasit

Satu lagi yang ketara apa? Ada sesiapa nampak tak?

Jawapannya adalah BERAT BADAN. Semua orang paling suka nak bincangkan tentang Berat Badan ideal selepas kecantikan kulit muka. Semua orang tak suka Kurus sangat tapi sukan Berat Badan Ideal

Ya. Bila buat Detoks Parasit ni, secara tidak langsung Berat Badan Turun. Kenapa? Bagaimana berat boleh turun? Ada sesiapa sini boleh explain kenapa?

Sebabnya, lemak VF dah tak ada atau berkurang. Berat badan bukan berlebihan lagi. Cepat turun dan bukan YO-YO dah. Yo-Yo ni bermaksud, kalau dah turun berat, tapi cepat naik semula. Sebab toksin tubuh masih belum dikeluarkan lagi. Macam permainan yo-yo tu. Benda bulat yang ada tali tu. Kalau nak main yo-yo kita gulungkan tali tu sekeliling yo-yo dan lenggokkan tangan untuk yo-yo naik ke atas dan turun ke bawah. Korang pernah main yo-yo tak?

Ha. Itulah maksudnya diet yo-yo atau turun berat badan cara yo-yo. Sekejap saja kita nampak Berat Badan Turun Mendadak/Tidak Mendadak. Tapi selepas itu, berat badan kembali naik. Susah dah nak turun. Kita pun makan sungguh-sungguh pula. Ajak diet lai macam dah tak nak. Serik.

Pengalaman Sendiri

Saya sendiri dan suami saya buat Detoks Parasit, berat kami turun secara perlahan. 1-1.5 kilo pada minggu pertama sehingga 4 ke 5 kg dalam minggu ke-dua dan total loss inches pun banyak jugak di akhir protocol.

Dan yang paling best. Kami lebih bertenaga dan badan kami susah nak terima makanan lain dah, kecuali makanan yang kami buat sepanjang protocol.

Tu paling best. Tapi yang teramat BEST adalah, bila buat Detoks Parasit ni, sekaligus kulit muka nampak bersih. Kalau ada jerawat ke apa-apa ke, bersih dah kulit. Nampak lebih muda. Sekaligus muka nampak lebih cerah bersinar. Ada nur di wajah…hehe.

Rambut pun kurang gugur dan kulit kepala lebih sihat. Dah kurang rasa gatal dan miang.

Please fahami dulu ya, bila kita buat detoks parasit ni, kita lebih banyak bakar lemak, bukan bakar otot. Bila bakar lemak, berat badan akan turun, lemak berkurangan, tapi otot masih maintain tegap di tempat asal.

Tapi kalau kita paksa detoks cara KASAR atau mudah faham, kita tak singkir toksin dulu, badan kita mudah membakar otot dan sama-sama dengan lemak. Bakar otot lebih banyak dari lemak. Kerana ingat ya, toksin masih banyak, mana toksin nak duduk kalau bukan di lemak?? Jadi sebab itu badan memilih membakar otot.

Bila tubuh badan kita lebih banyak membakar otot, berat badan kita akan turun dengan sangat cepat. Dan kehilangan air dengan sangat cepat. Tapi malangnya badan kita penuh dengan lemak tinggal dan toksin. Ini semua akan melemahkan badan kita. Otot dah berkurang, lagi-lagilah badan semakin lemah.

Begitu.. boleh fahami ya?

Ok… ini lah tentang Detoks Parasit. Baru bab pengenalan sahaja pun dah panjang. Belum masuk protokol lagi.

Tapi bila dah fahami konsep detoks parasit, anda akan lebih mudah faham bagaimana tubuh anda lebih cepat turun berat badan dengan cara yang jauhhhh lebih sihat dan bermanfaat.

Ok, Boleh faham konsep Detoks Parasit ni? Senang saja kann…

Kenapa Kena Buat Detoks Parasit?

Badan kita ada sistem detoks sendiri yang akan detoksifikasi toksin dari dalam badan. Organ-organ detoks badan kita adalah kulit, peparu, sistem penghadaman, hati dan buah pinggang.

Malangnya, akibat daripada pemakanan gaya terkini yang terlalu banyak gula dan makanan terproses, lifestyle yang mendesak dan stress, serta kurangnya pergerakan dan senaman, menyebabkan sistem detoks badan kita semakin kurang efektif.

Tanda-tanda sistem detoks kurang effective adalah:

  1. Berat badan berlebihan
  2. Letih lesu
  3. Insomnia
  4. Sakit kepala / Migrain
  5. Kerap ingin makan makanan manis (craving for sweets)
  6. Kurang daya fokus / pelupa / fikiran kabur (brain fog)
  7. Cepat mengantuk
  8. Mood swing / Emosi tidak stabil – Cepat marah / sedih / gembira / cepat bosan
  9. Badan berbau
  10. Sembelit
  11. Buasir
  12. Sebu perut
  13. Kembung perut
  14. Resdung
  15. Gatal telinga
  16. Kerap stress
  17. Sakit sendi / otot
  18. Ruam / Gatal kulit / Sakit kulit / Jerawat / Eczema
  19. Selalu demam selsema
  20. Tekanan Darah Tinggi
  21. Tekanan Darah Rendah
  22. Diabetes
  23. HB Rendah
  24. Batuk berpanjangan (kering atau berkahak)
  25. Radang saraf
  26. Kaki dan tangan yang bengkak
  27. Makan kerap tapi kurus
  28. Makan sedikit / kurang makan, tapi lambat lapar

Ada sesiapa sini ada tanda-tanda di atas? Ada??

Siapa yang ada sekurang-kurangnya 2 tanda di atas?

Siapa yang ada lebih dari 2 tanda-tanda di atas?

Siapa yang dah pun pergi jumpa doktor untuk sakit / tanda-tanda yang dia alami?

Siapa yang sedang on medication?

Siapa yang rasa teruk sangat sampai perlu buat sesuatu?

Jom Buat Sesuatu ! Detoks Parasit JOMMMM !

mirahamzah,com

Nak belajar tak Cara Buat Detoks Parasit Sampai Berkesan??Pengedar Shaklee Shah Alam