TIPS & TRICKS NAK CANTIKKAN KULIT MUKA

TIPS CANTIKKAN KULIT MUKA

Bila teringat kulit cantik, tetiba Mira bayangkan pelakon Korea yang cantik-cantik kulitnya tu. Diorang ni memang ada tips dan tricks untuk cantikkan kulit muka diorang.

Kalau ikutkan semua orang impikan kulit muka diorang bersih, cantik, segar kan..? Lelaki atau perempuan, bahkan golongan muda dan berusia pun sama aje. Semua pun nak kulit muka cantik. Cumanya, adakah semuanya rajin untuk menjaga kulit muka supaya ianya cantik dan bersih…hehe.

Sebenarnya kan… kalau kita nak cantikkan kulit wajah kita dengan cara tradisional, boleh aje. Kita cuma kena tahu tips dan tricks dan kena rajin cari bahan-bahan nak cantikkan kulit kita tu.

Bahan-bahan semulajadi tu pun tak la mahal. Boleh aje cari kat dapur kita. Cuma kita kena rajin cari info, dan isitiqomah lah amalkan petua-petua best ni. Kalau setakat sekali dua aje buat, lepas tu dah malas..hehe. Tak menjadilah.

Jom kita tengok apa petua dan tips nak cantikkan kulit muka tu?

Tips cantikkan kulit muka
Tips Kulit Cantik – Macam Muka Orang Korea

 

TIMUN SEBAGAI CUCI MUKA

timun - tips kecantikan kulit muka

Senang je ni, guna timun untuk cuci muka kita setiap hari. Caranya ialah, ambik separuh biji timun, kisar dalam blender. Guna air suam dan campurkan timun dalam air tu. Lepas tu cucilah muka dengan campuran air timun ni. Buat 2 kali sehari, muka akan bersih dan rasa segar.

 

TOMATO SEBAGAI TONER SEMULAJADI

tomato - tips kecantikan kulit muka

Lepas kita cuci muka, selalunya kalau kita nak buang sisa kotoran yang kita tak nampak dengan toner, kann? Jadi, kalau nka gunakan tomato biji dalam peti ais tu pun boleh je. Tomato ni ada lycopene iaitu sejenis antioksidan yang bantu untuk melindungi kerosakan kulit dan bantu kulit muka jadi cantik.

Caranya, ambil 1 biji tomato dan blend sampai halus, lepas tu tepek lah kat muka kita sehari dua kali. Boleh buat waktu pagi dan malam sebelum tidur atau bila-bila masa terluang. Biarkan 10 minit kat muka sebelum dibasuh. Konsisten buat tips ni, akan buatkan muka kita lebih segar dan pori-pori pun mengecil.

 

NAK HILANGKAN PARUT

Nak hilangkan parut wajah ada dua cara. Satu gunakan kulit pisang yang baru, sapu di seluruh wajah. Bilas dengan air suam.

Satu cara lagi gunakan air hirisan lemon. Lemon ni bagus untuk buang kulit-kulit mati kat wajah kita. Bila konsisten ulangi tips ni, akan buatkan kesan parut berkurangan. Satu lagi air lemon ni sangat berkesan untuk hilangkan masalah kulit berminyak.

Cara menggunakan lemon ni adalah, ambik separuh biji lemon, campurkan dengan putih telur. Gaulkan dengan lemah lembut aje, tak payah pukul campuran ni. Bila dah sebati, sapu serata pada kulit muka dan biarkan kering 10 minit. Bilas dengan air suam. Buat 2 kali sehari atau sekurang-kurangnya selang sehari untuk parut yang ringan.

 

CERAHKAN KULIT

Sape lah yang tak suka kulit cerah bersih mulus flawless gitu…kan? Kalau nak guna cara moden dengan krim-krim yang ada di pasaran, seeloknya pilih lah yang bebas bahan kimia bahaya. Bukan apa, sekarang ni, banyak produk di pasaran yang menggunakan cara mudah tetapi bahaya untuk pengguna.

Boleh gunakan susu segar yang dicampurkan dengan buah tomato yang dikisar. Senang aje. Ambik campuran pes tu, sapu kat muka nipis-nipis. Lepas tu pergi tidur. Esok pagi baru basuh muka. Konsisten buat petua ni sampai kulit muka nampak cerah 1 hingga 2 tona. Hehe.

Opss..sebelum tu, boleh sediakan color ruler indicator dulu. Ukur warna kulit muka, sebelum buat petua ni. Selepas konsisten 2-3 bulan ukur semula dengan skin tone chart ni.

Kalau nak tahu, sebenarnya, untuk perbezaan kecerahan kulit muka, penggunaan ruler ni lebih jitu berbanding kalau kita ambil gambar muka sendiri.

 

HILANGKAN JERAWAT

 

Ambil kunyit hidup dan bunga cengkih. Tumbuh kedua-duanya hingga sebati. Campurkan dengan bedak sejuk asli. Buat macam pes, dan sapu kepada muka atau atau kawasan berjerawat tu semalaman. Basuh bersih-bersih keesokan pagi. Ulang petua ni sampai nampak jerawat makin mengecut dan hilang.

Kunyit ni banyak khasiat antioksidannya. Bunga cengkih pula bertindak sebagai antibakteria. Manakala bedak sejuk sebagai ‘soother’ ke atas kulit muka supaya tidak pedih sewaktu pakai pes tersebut.

  1. TANGGALKAN BLACK HEAD (BINTIL HITAM)

Eee…sape tak geram tengok blackhead dok kat kulit muka, nak-nak pulak banyak betul kat kawasan pipi, hidung dan dagu. Gerramm aje nak picit-picit supaya keluar satu-satu. Tapi cara ni sebenarnya bahaya kepada kulit muka kita. Secara tak langsung kita menggalakkan pembiakan bakteria dan buatkan kulit muka kita semakin radang. Akibatnya, silap haribulan nak buang blachead, naik pulak jerawat esoknya.

Jadi, cara nak cantikkan kulit dengan membuang blackhead pun senang juga. Ambil air hirisan lemon dan putih telur, kacau sampai sebati, kemudian sapu pada kawasan yang diperlukan dan biarkan kering di atas muka selama 10-15 minit. Bilas dengan air suam.

 

MENEGANGKAN KULIT

Boleh juga kalau nak gunakan serbuk kopi asli dengan madu. Kopi ni jarang orang guna sebab warnahnya hitam kann? Tapi sebenarnya khasiat kopi ni banyak sangat. Kopi ada antioksidan yang dapat memperbaiki tona muka supaya tak kusam. Selain tu, kopi juga dapat membantu pengaliran darah lebih lancar sekaligus dapat mencerahkan kulit muka, dan menegangkan kulit.

Caranya mudah aje. Ambil serbuk kopi asli dan campur dengan satu sudu madu. Adun sekata. Sapu pada muka dan biatkan mask mengeras di muka dalam 10-15 minit. Bilas dan ulang semula kaedah ni setiap hari. In shaa Allah kulit muka akan menegang dengan semulajadi.

 

KULIT BERSIH, CANTIK DAN LEBIH CERAH SEKATA HANYA DALAM MASA 14 HARI

Kalau Mira kan, bab nak cantikkan kulit ni, Mira memang jenis yang tak penyabor orangnya..haha. Bukan tak buat, Mira tetap amalkan juga petua-petua kat atas yang Mira share ni. Tapi Mira lebih suka amalkan petua hilang jerawat dan cuci muka tu. Yang tu memang kesannya nampak walaupun kita konsisten amalkan dalam seminggu.

Selainnya, Mira lebih suka kesan YOUTH Skin Care keluaran Shaklee ni. Skin care Shaklee ni sangat bagus sebab ianya bebas 1500 bahan kimia bahaya yang biasanya kita boleh detect dalam skin care yang berada di pasaran.

 

YOUTH ni skincare yang hanya berasaskan botani iaitu 100% tumbuh-tumbuhan. Bukan tu saja, skin care ni dah diuji secara klinikal oleh saintis Shaklee selama 8 tahun tau! supaya ianya selamat digunakan oleh semua golongan dan semua jenis kulit termasuk kulit lelaki, wanita, tua atau pun golongan muda.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Skin Care Semulajadi yang sangat berkesan ni, boleh baca di link sebelum ni iaitu: https://www.mirahamzah.com/youth-skincare-selamat-dan-berkesan/

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge