YOUTH – SKINCARE SELAMAT DAN BERKESAN

Assalamualaikum & Hai korang.

Hari ni Mira nak ceritakan sikit pasal YOUTHTM iaitu sebuah regime skincare Shaklee yang Selamat dan Berkesan.

 

Set Youth Shaklee yang membuatkan pengguna yakin Selamat dan Berkesan

YOUTHTM – SKINCARE SELAMAT DAN BERKESAN

 

Ok.. Lepas ni, Mira sebut YOUTH la ye. Senang sikit nak taip..hehe.

YOUTH ni adalah satu skincare dari Shaklee.  Part yang paling best adalah, skincare ni sangat membantu kulit kita nampak lebih muda dari dalam. Macamana tu? Ok, setakat yang kita tahu, dengar dan alami (bagi sesetengah orang) zaman sekarang ni banyak sangat pencemaran, penyakit dan sebagainya. Kulit kita pun mudah terdedah dengan banyak toksik yang kita pakai setoiap hari, seperti skincare, bedak, minyak rambut, shampu, deodoran, perfume dan banyak lagi lah. Semua tu sebenarnya sumber pencemaran untuk tubuh badan kita. Sebab tu kulit kita sebanarnya dari dalam lebih tua dari usia sebenar kita.

Actually Shaklee ada skincare yang nama dia Nutriwhite dan Enfusell, tapi kedua-dua ni telah digantikan dengan YOUTH. Tapi, bukan bermakna Nutriwhite dan Enfusell tak bagus. Tapi dengan zaman moden sekarang dan keselamatan dalam penggunaan skin care, Shaklee dah memperketatkan lagi teknologinya, supaya skin care yang kita pakai ni selamat dan berkesan.

Revolusi YOUTH Complex ni, buatkan kita nampak LEBIH MUDA daripada usia kita. Bukan lah maksudnya kita tak nak terima hakikat usia kita semakin meningkat. Tapi adakalanya zaman yang penuh dengan cabaran pencemaran ni, buatkan rupa kita, appearance kita nampak lebih berusia dari usia kita yang sebenarnya. Betul tak?

 

8 TAHUN PENYELIDIKAN

Dalam banyak-banyak skincare korang, ada tak skincare yang korang pakai, pembuatannya ambik masa sampai 8 tahun nak buat kajian klinikal?

Atau pun sebenarnya skincare korang hanya 1-2 bulan sahaja kajian klinikal nya. Atau sebenarnya takde, atau sebenarnya korang tak ambil tahu pun hal tu samada ada kajian klinikal atau pun tak.. hehe

Kalau anda nak tahu, Shaklee ambil masa selama 8 tahun untuk hasilkan Youth ni.. Korang imagine berapa lama Shaklee ambil untuk hasilkan skincare yang terbaik, selamat untuk kulit dan tubuh badan kita. Dua kerja serentak tau!

 

Setelah 8 tahun kajian klinikal dibuat ke atas pelbagai kulit wanita dan lelaki, Youth menjamin Keselamatan dan Keberkesanan yang 100%

 

KEBAIKAN YOUTH

 

YOUTH ni skincare yang berasaskan botani iaitu 100% tumbuh-tumbuhan. Ianya juga dah diuji secara klinikal, tanpa kompromi ye!. Sebabnya selama 8 tahun dia nak tengok pelbagai jenis kulit, peringkat usia dan pendedahan terhadap pencemaran luar yang sukar untuk kita elakkan. So, semua ni, Shaklee ambik masa selama 8 tahun nak kaji, nak pastikan skincare ni betul-betul SELAMAT dan BERKESAN. Bukan calang-calang ujian yang Shaklee buat untuk Skincare selamat ni.

Antara kebaikan Produk YOUTHTM ni ialah:

 

  1. 100% vegan, iaitu berasaskan tumbuh-tumbuhan
  2. Hipoalergenik, bermaksud tindak balas terhadap alergi adalah paling minimum lepas pakai skincare ni
  3. Non-Comedogenic, tidak menyumbatkan liang roma
  4. Diuji oleh ahli dermatologi
  5. Diuji oleh ahli oftalmologi, bermaksud selamat untuk mata

 

Antara polifenol semulajadi yang selamat dan dapat beri kesan terbaik adalah Anggur Muskat (satu antioksidan yang sangat berkuasa) ada dalam YOUTH skin care

RANGKAIAN YOUTHTM

 

  1. Luminous Gel Oil Cleanser
  2. Perfecting Skin TonerY
  3. Youth Activating Serum
  4. Age Defense Moisturizer SPF50
  5. Advanced Renewal Night Cream
  6. Radiance C+E

 

CLEANSER 3 DALAM 1 – LUMINIOUS GEL OIL CLEANSER

Tidak mengandungi sabun, pH seimbang.

Ni adalah pencuci muka. Yang bestnya ianya gel dan menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyusi dan menyediakan kulit kita untuk ke langkah seterusnya.

Yang Mira paling suka, cleanser ni tak pakai penutup bukak tanggal tu. Tapi kita Cuma pusingkan aje penutup. So memang takde masalah lagi lah penutup nak hilang, atau tutup tak kemas (senget), penutup yang kadang-kadang nampak tertutup, tapi rupanya tak tertutup rapat, menyebabkan bila kita letak balik cleanser tu, banyak facial foam/gel yang terkeluar tanpa kita sedar. Sedar-sedar bila nak guna balik, dah banyak yang tumpah atau overflow kat penutup. Rugi dah kat situ.

Image result for YOUTH CLEANSER

Bahan-bahan utama dalam Clenaser ni adalah:

Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

 

PERFECTING SKIN TONER

Image result for youth toner

Toner ni adalah salah satu cara untuk kita bersihkan kulit muka, sekiranya kita guna cleanser tapi tak nampak ada kotoran yang belum betul-betul bersih dari muka kita.

Dalam toner ni, ada campuran vitamin penting, iaitu polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang yang bersih dan berser-seri tau. Selain tu, toner ni bersihkan kulit mati, dan hidratkan, dan bekalkan nutrisi kepada kulit kita.

Mira suka toner ni, sebab bila lepas pakai, muka rasa fresh sangat! Blackheads pun tanggal tau, betulll! Kalau Mira memang la suka sangat gosok tang hidung dan dagu tu. Memang keluar la blackheads tu.

Lepas tu kita nampak ada lagi kotoran sikit-sikit kat facial pads kita tu. Haa…tu tandanya toner ni bersihkan sisa-sisa baki kotoran yang kita tak dapat nak bersihkan hanya dengan clenser sahaja.

 

Bahan-bahan utama dalam toner adalah:

Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

 

YOUTHTM ACTIVATING SERUM

 

Image result for Activating serum youth shaklee

Suka sangat dengan serum ni, sebabnya dalam serum ni, ada 10 kali ganda bahan aktif untuk kulit wajah kita perbaharui sel. Senang faham, melalui serum ni jugak, kulit wajah kita dapat nutrient dan mulakan langkah-langkah pemulihan dan pembaharuan sel.

Dalam Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol, dan Youth Complex untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit menjadi lebih muda remaja!

Bila kitab selalun pakai serum ni, kita boleh rasa kulit kita tegang tapi lembut. Kalau tengok cermin, memang nampak jelas, perubahan ketara pada tona warna kulit kita. Kalau dulu tona warna kulit tak sekata, sekarang jadi sekata dan lebih cerah. Tu yang best sangat tuh!

 

Bahan-bahan utama dalam YOUTHTM Activating Serum ni adalah:

Youth Complex dengan Apple cell, Lotus Japonicus, Vitamin A berkapsul

 

AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

 

Related image

Dalam banyak-banyak mosturizer, Age defense Mosturizer ni lah yang paling best Mira rasakan, sebab…dulu memang kulit muka Mira rosak disebabkan Mira pernah pakai skincare satu brand ni..

Tapi lepas pakai mosturizer ni, nampak jugak lah kulit lembap sekata. Kalau dulu kulit memang suka berminyak bahagian T-Zone. Tapi kali ni memang lembap, bukan berminyak. Satu lagi yang Mira perasan, kulit jadi macam glowing tau. Cerah dan ala-ala pinkish pakai blusher tu. Padahal takde plak pakai blusher kat dalam rumah. Hehee…

Mosturizer ni menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh dengan vitamin dan nutrien botani. Ia juga bantu lindungi kulit kita daripada sinaran matahari yang merbahaya dengan SPF 50.

Bahan-bahan utama  dalam Age defense Mosturizer ni adalah:

SPF 50, Vital Repair Complex, Muscadine Grape Extract

 

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM

Image result for Night cream youth shaklee

Krim malam yang membantu menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur. Part yang paling Mira suka tu sebab night cream ni tak berminyak. Pastu pulak kandungan dia ada campuran botanikal khas yang bantu kulit kita meransang penghasilan kolagen dan elastin. Bila bangun esok pagi tu, rasa la kulit kita lembutttttt gitu. Suka nak pegang-pegang muka. Pastu lepas cuci muka dengan cleanser dan toner dan ulang regim ni beberapa hari, ketara sangat kulit nampak licin dan cerah.

 

Bahan – bahan utama dalam night cream yang best ni adalah:

Vital Repair, Schisandra Chinensis, Lotus japonicus

 

RADIANCE C+E

Radiance C + E

Mengandungi kandungan VITAMIN C TULEN sebanyak 20% yang berpaten dan vitamin e serta ekstrak sel raspberi untuk membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan. Ia turut membantu mengurangkan kehadiran jeragat, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

 

Bahan-bahan utama : 20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

 

Kesan: Kulit jadi lebih cerah, tona sekata, nampak glowing dan tegang tapi lembut. Susah nak cakap. Bila sentuh muka..rasa best sangat. Yang paling best tu, nampak ketara eye bag atau dark circle ni berkurang. Parut-parut dalam dah semakin ‘cetek’ hehe… tu yang iol suka sangat YOUTH ni.

 

Jom tengok testimoni YOUTH mereka yang dah pun PAKAI skincare YOUTH ni, dan dah RASA dan NAMPAK sendiri kebaikan dan perubahan positif pada wajah diorang. Bestnya!!!

 

Ok, untuk dapatkan SET YOUTH ni, boleh terus hubungi Mira secara Whatsapp:

Whatsapp: 019-2821775

FB: Mira Hamzah

IG: Miravitashop

 

Atau boleh tinggalkan maklumat korang untuk Mira contact korang semula.. Okey!

Mira Hamzah

Hi. Saya Mira. Pengedar Shaklee Aktif Kawasan Klang, kawasan Banting dan sekitar kawasan Kuala Langat, serta kawasan sekitar Shah Alam dan Bandar Subang. Manakala, saya juga membuat perkhidmatan pos produk Shaklee yang ditempah, melalui kurier. Saya adalah seorang surirumah (Work-at-home-mother) dan ibu kepada 4 orang anak yang sangat sukakan bidang nutrisi dan suplimen. Pengalaman kerja dahulu, adalah, saya seorang Safety, Health and Environment Executive di sebuah syarikat GLC iaitu Sime Darby Plantation. Bagi sesiapa yang berminat dengan produk Shaklee.. boleh hubungi saya di 0192821775. Atau follow saya di FB Page: Pengedar Vivix & Produk Shaklee Klang, FB: Mira Hamzah IG: MiraVitaShop Website: mirahamzah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge