CARA NAK NAIKKAN REACH DI IG

MACAMANA NAK NAIKKAN REACH DI INSTAGRAM??

Haritu Mira ada kongsikan sikit pasal macamana nak Naikkan Reach di facebook dalam entry sebelum ni kan CARA NAK NAIKKAN REACH DI FB. Kali ni, Mira nak kongsi tips dan tricks macamana kita nak naikkan Reach di Instagram, atau orang selalu sebut Insta, atau IG.

 

Macamana nak tingkatkan Reach di IG

Tapi, biar Mira terus terang tau.. Mira bukan lah pakar instagram. Followers pun belum mencecah 100k..haha. Jangan kecam tau. Tapi sharing ni dibuat berdasarkan apa yang Mira belajar dari expert IG untuk naikkan REACH di IG.

So, kalau Mira dah belajar sesuatu yang bermanfaat dari orang lain, why not Mira share sekali dengan orang lain, supaya sama-sama dapat manfaat, pahala pun dapat kan! Ameen… In shaa Allah lepas ni, banyak lagi ilmu yang Allah berikan pada kita dengan mudah, Ameen YRA.

Bentukkan profile instagram yang bagus.

 

Dari mata turun ke jiwa.

 

Ni basic lah kan.. orang nak beli sesuatu, mesti tengok dulu sendiri.

 

Contohnya gambar kita kat profile kita tu. Bila orang nak beli sesuatu kat IG kita, orang akan tengok dulu profile picture kita, nama kita, dan semua setting awalan yang memaparkan apa yang kita jual, serta style kita.

 

Contoh, kalau memang profile kita tu jual barang kosmetik. So boleh je letak gambar kita yang dah siap-siap pakai kosmetik tu, cantik dan bergaya.

 

Kenapa kena letak model? Bukan barang kosmetik?

 

Sebab, letak model yang cantik dengan siap-siap pakai kosmetik lebih memukau mata shoppers untuk buka profile kita tu. Berbeza dengan kalau kita letak gambar produk, orang rasa biasa saja.

 

Gambar produk, boleh kita letak nanti kat dalam post-post kita.

 

Tingkatkan followers di instagram

 

Banyak cara kita nak kena buat sebenarnya untuk naikkan followers kita. Ada cara berbayar dan ada juga cara free. Masa ditentukan oleh kita atau dengan siapa kita bayar untuk IG kita lebih banyak REACH.

 

Salah satu cara yang mudah, ialah tekan button love kat IG following dan followers kita. Dan tinggalkan komen. Mereka yang kita like akan nampak post-post kita dan sekaligus, list following dan follower mereka pun nampak post kita.

 

Posting HARDSELL sebanyak yang mampu.

Tak macam FB, kat IG kita bebas untuk posting post-post hardsell. Takde limit berapa kita nak post dalam sehari. Sekurang-kurangnya 10 sehari. .. post lah sampai pengsan pun takpe..hehe.

 

Nama profile yang senang orang ingat

Guna nama yang senang orang nak ingat atau mencerminkan produk yang kita jual, atau style kita.

Ini ada yang kata terpulang. Atau subjektif. Tapi kalau anda seorang bisnes online personnel, pastinya nak orang kenal dengan lebih baik profile kita.

 

Banyakkan hashtag

Dalam IG, hashtag sangat penting. Selepas kita post gambar dan posting kita tu. Letaklah related hashtag yang kita perlu letak, supaya bila orang cari barang yang diorang nak, akan keluar related hashtag yang kita dan key-in tadi.

 

Gambar Menarik

 

Kalau FB, gambar dia kat bawah text. Tapi kalau IG, gambar dahulu barulah text.

Sebab itulah kita kena tarik perhatian pelanggan dengan gambar-gambar yang menarik. Boleh guna apps susunan gambar IG untuk susun gambar-gambar tu ikut kreativiti kita, supaya orang lebih tertarik tengok IG kita macam shelf kat kedai.

 

Instagram Insight

 

Macam Google Analytic juga, Instagram Insight berfungsi nak tengok statistik pengguna IG yang melayari posting dan follow profile kita.

 

Dengan cara ni, kita boleh tahu berapa kali post kita nampak oleh orang yang sama atau orang yang berbeza. Kita juga boleh tahu, berapa banyak impression, iaitu emosi mereka yang melihat posting kita.

 

Jangan tak tahu, tools ni jugak, kita boleh tahu, berapa ramai orang dah klik ke website kita, dan whatsapp link kita (walaupun tak jadi contact kita). Hashtag mana yang orang selalu guna, lepas tu jumpa posting kita tu. Ya, Ya! kita boleh tahu.

 

Penting ke??

 

Terpulang kalau kita nak tahu insight IG kita. Dari situ kita dapat tingkatkan segala kekurangan IG kita, misalnya, kita menambah hashtag yang betul, yang selalu orang guna berbanding bubuh hashtag banyak-banyak tapi semua hashtag tu orang tak guna pun.

Ok, semoga tips-tips IG ni bermanfaat untuk semua.

 

NAK TIPS LAGI??

Selain socmed IG, FB, banyak lagi socmed yang kita boleh cuba untuk ceburi seperti twitter, pintrest dan sebagainya.

Blog juga memainkan peranan yang sangat penting, kalau kita nak bawa bisnes kita pergi lebih jauh dan stabil untuk jangkamasa yang lama.

In shaa Allah Mira dalam proses buat e-book untuk kongsi lebih banyak lagi tips-tips menarik. Boleh Whatsapp Mira terus, 019-2821775 atau tinggalkan contact korang untuk Mira hubungi nanti.

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge