Cara Hilangkan Eye Bag

 

Aduhai !! macam mana Cara Nak Hilangkan Eye Bag mata ni??? Bangun pagi mesti rasa tak puas hati dengan muka sebab adanya Eye Bag ni. Eye Bag ni free je. Tak payah keluar duit beli. Hahaa.

Sebenarnya, Eye Bag ni kan sebenarnya buruk sangat. Selalu sangat tidur lewat sebab banyak kerja nak kena siapkan waktu anak-anak dah lena tidur. Lepas tu, esok pagi pula bangun awal, dan tak tidur sampai ke malam. Begitulah ulang-ulang setiap hari. Wanita dan Lelaki yang ada masalah macam ni mesti kena cari Cara Hilangkan Eye Bag. Kalau boleh nak kedut-kedut tepi mata ni hilang jugak tau. Hehe

Cara Hilangkan Eye Bag Mata

Cara Hilangkan Bengkak Bawah Mata atau Eye Bag

 

Eye Bag Mata

Eye-Bag ni, memang lah tak bahaya. Tapi kalau ada, menjejaskan seri muka kita. tapi ada juga aye bag yang menunjukkan seseorang tu ada sakit-sakit kronik. Sakit-sakit kronik tu lah menyebabkan bawah mata tu ada eye bag atau hitam. Itu kena jumpa doktor. itu cerita lain la.

Bila mata kita ada Eye Bag, mekap lah setebal mana pun, pakailah cecantik macam mana pun, tetap jejaskan seri wajah tu.

 

Kulit Mata Nipis dan Sensitif

Kulit Bawah Mata kita ni memang sensitif, sebab kulit sekitar mata 4 kali lebih nipis dari kulit muka bahagian lain. Kita pulak menggunakan otot-otot mata dan otot-otot sekitar kulit lebih banyak berbanding bahagian muka yang lain. Mata kita saja berkedip 15000 kali sehari.

Jadi boleh bayangkan lah kan, otot-otot sekitar mata kita seharian buat kerja. Sebab tu, kalau kita biarkan mata kita kerja tanpa rehat sekejap (afternoon nap) atau tidur terlampau lewat, mata kita akan bekerja lagi. Sedangkan waktu itu mata kita perlukan masa rehat. Sebab tu boleh timbul bengkak bawah mata atau Eye Bag tu.

 

Hilangkan Eye Bag Hodoh Bawah Mata –

Cara Tradisional Vs Moden

 

Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata

Mata kita menunjukkan kesihatan kita juga. Jom ketahui macam mana nak Hilangkan Eye Bag ni

BANYAK Cara Nak Hilangkan Eye Bag

Guna Buah Timun

Ambil buah timun (sejukkan dulu dalam peti sejuk). Hiriskan 2-3 hiris gitu. Lepas tu letak lah atas mata kita. Mata kenalah tutup dulu baru letak timun tu. Timun ni, memang banyak air.

Dengan sifatnya yang tinggi kandungan air, dan sejuk pula tu, timun tu dapat rehatkan otot-otot mata dan berikan ‘cooling effect’ supaya mata kita rasa nyaman.

Tekap kat mata dalam 5-10 minit. Sambil-sambil selawat gitu. Silap-silap tertidur 2-3 jam. Bila bukak mata nanti, rasa mata lebih segar. Dan anda akan nampak eye-bag akan berkurangan.

Amalan ni, kena buat selalu. Seminggu 3-4 kali. Dan jaga waktu rehat mata. Baru lah menjadi. In shaa Allah.

 

Tepek Ubi Kentang

Dalam ubi kentang ni ada banyak enzim yang boleh bantu metabolisme otot dan saraf mata. Ubi kentang ni fungsinya nak kurangkan bengkak bawah mata tu. Caranya sama je macam petua timun tu.

 

Lekap Uncang Teh

Pernah dengar kan, orang suka nak simpan uncang teh dalam satu bekas, bubuh sekejap dalam peti sejuk, tujuannya nak tepek kat mata. Pernah dengar kannn?

Ha.. kalau nak tahu, Mira pun suka sangat simpan uncang teh ni. Simpan sampai terkering uncang teh tu dalam peti sejuk tu.

Last-last buang je. Haha. Jangan jadi macam Mira tau.

Uncang teh ni sebenarnya bagus sangat. Lagi bagus kalau guna uncang teh green tea, atau white tea dan rooibos tea. Sebabnya teh-teh ni, adalah dari tumbuhan yang banyak antioksidan. Sangat membantu untuk nak Hilangkan Eye Bag huduh tuuuu.

Dalam pada kita niat nak buat air teh sedap kat suami kita, dah rendam uncang teh tu, jangan la letak gula lagi. Angkat uncang teh tu, simpan dulu dalam peti sejuk.

Tujuannya tak nak la anda letak uncang teh tu panas-panas kat mata. Karang melecet pulak kulit mata. Bila dah sejuk uncang teh tu, keluarkan la, tepek bawah mata.

Rasanya ummph sangat tau…

Uncang teh ni dia berikan kita ‘cooling effect’ kat sekitar mata. Aroma teh yang still ada kat uncang teh tu pun boleh buat kita rasa selesa sangat. Fefeeling dok kat Spa gitu.

Cara tradisional ni, kita kena rajin buat. Tak boleh malas-malas.

 

Guna Youth Shaklee Eye Treatment

Cara Moden pulak…

Mira ni, kalau cara tradisional kan, memang suka nak buat. Suka tu memang suka. Suka buat bila ada kawan satu geng nak buat cara tradsional ni sekali. Kalau tak ada kawan, perasaan tu mula lah nak jadi warm-warm-chicken-shit..hahah.

Kalau hari ni buat, lepas tu tahun depan pulak buat, baik tak payah buang masa… Hehe.  

So, alternatifnya, Mira lebih suka nak Cara Nak Hilangkan Eye Bag  ni menggunakan Youth Shaklee Eye Treatment. Krim Mata ni nama penuh dia – Youth Restoring Eye Treatment, keluaran Youth Shaklee Skin Care.

Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata

Kesan penggunaan Youth Restoring Eye Treatment Cream – Eye Bag dan Kedut HILANG SEKALIGUS!!!

 

Haaa… nampak perkataan treatment tu? Bukan aje Eye Bag Bawah Mata tu berkurangan. Tapi kedut-kedut kat mata, warna tak sekata, semua la krim ni bekerja.

Hasilnya, Eye Bag dah Hilang. Kedut-Kedut sekali hilang. Bestnyaaa!

Krim ni memang 100% vegan tau. Jadi jangan risau lah kalau nak gunakan krim ni. Memang Halal dan Sangat Berkesan.

Ramai dah wanita yang banyak kedut-kedut kat luar sana tu dapat hasil yang best selepas pakai krim mata ni. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Krim Mata ni, boleh baca entry Youth Shaklee Eye Treatment. Harga Shaklee dan Cara nak Beli Shaklee Online semua siap dah kat situ.

Bila dah cuba cara moden dan tradional ni. Pemakanan kenalah jaga jugak. Jangan hentam kromo kopi dan kafein aje. Air kenalah minum banyak-banyak. Vitamin B-Complex kena ada juga.

Tidur cukup. Dan satu lagi, jangan lah selalu-selalu sangat tengok Tv atau smart fon anda dalam gelap.

Kalau nak tahu, sebenarnyakan, smart fon anda tu pun jemu tengok anda. Kalau dia ada suara mesti dia bersuara kat anda. Haha.

Selamat mencuba untuk Hilangkan Eye Bag anda.

Pengedar Shaklee Klang – Aktif 2018

Pengedar Shaklee Ahli Shaklee

Hai Sayalah Mira – Pengedar Shaklee, Perunding Suplimen Kesihatan Anda

COD Kawasan Shah Alam- Klang – Banting Hubungi: 019-2821775 atau Klik gambar Pengedar Shaklee Klang di atas.