ASAL USUL KANSER

ASAL-USUL KANSER

 

Kalau selalu kita dok dengar perkataan KANSER, pernah tak kita terbayang dari mana datangnya ia? Apa asal usul kanser ni? Atau kalau kita dengar orang terkena kanser, dalam kepala kita tak fikir lain dah kecuali:

Kesian yang teramat pada pengidap kanser

Orang tu hayatnya tak panjang

Orang tu sebenarnya sakit tenat

Speechless (terdiam)

 

Kann? ….

 

PENGALAMAN

 

Macam tu lah Mira rasa waktu dapat tahu ayah sedara Mira yakni pakcik lah. Abang kepada ayah kandung Mira. Pakcik Mira kena kanser. Waktu Mira dapat tahu tu, orang lain dah ramai dah tahu. Mira tahu agak lewat, sebab Mira jarang-jarang jumpa dia. Mira tahu dia sakit-sakit. Tapi Mira tak tahu dia ada kanser. Yelah dulu mana nak ada whatsapp, telegram semua nih. Lambat sikit dapat tahu.

Bila waktu detik tahu berita tu, Mira tergamam. Tetiba rasa sebak. Terdiam dan tak tahu nak react macam mana. Dan… spontan Mira ternangis depan isteri (makcik Mira) dan anak-anak arwah.

Waktu tu, perasaan Mira sebak sangat. Baru Mira sedar, selama ni, arwah selalu batuk-batuk dan terpengsan, rupanya arwah dah sakit tenat. Lama juga Mira dengar dia selalu sakit. Kata orang kalau kanser ni, dah selalu sakit-sakit dah di tahap yang agak teruk. Semua tu mengimbas kembali saat Mira diberitahu berita tu, dan sebak tu masih ada hingga kini, waktu menulis ni.

 

ARWAH MENINGGAL DUNIA

 

Ya.. tak lama kemudian, memang arwah meninggal dunia. Meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. Syukur anak sulong mereka dah pun berkahwin dan mempunyai anak. Manakala yang lagi 3 anak perempuannya masih belum berumahtangga. Waktu tu lah. Sekarang dah kahwin.

 

Pakcik Mira yang baik hati dah meninggalkan kami, pulang ke alam barzakh. Sedihnya ahli keluarganya sehingga kini. Masih rindu tak terperi. Arwah pakcik ni memang waktu hidupnya adalah seorang yang sangat baik dan bertimbangrasa terhadap sesiapa pun. Dia ramah dan penyayang. Jadi, siapalah yang tak rindukan dia. Sedangkan kawan-kawan dan ahli keluarga yang jauh pun terkenang-kenang akan arwah. Inikan pulak ahli keluarga terdekat. Isterinya, anak-anaknya, cucu-cucunya. Lagilah terasa kehilangannya. Semoga Arwah dicucuri Rahmat oleh Allah s.w.t.

Eh, maaf. Meleret pulak bila cerita bab nostalgia. Sebenarnya Mira nak cuba berkongsi dengan pembaca semua tentang KANSER.

 

SEBENARNYA APA ITU KANSER?

 

Secara umumnya, asal usul kanser ni adalah sekumpulan sel-sel dalam badan kita yang ‘sakit’ yang tidak mati secara APOPTOSIS tetapi sebaliknya sel-sel kanser ni meradang hingga menjangkiti sel-sel sihat yang lain. Sel-sel ini kemudiannya membahagi dengan sangat pesat.

 

Bila sel-sel kanser ni dah banyak. Mereka akan membentuk sekumpulan tisu kanser yang dipanggil ‘lump’. Lump ini akan jadi sekumpulan sel-sel yang berbeza dari kumpulan sel normal. Jadi keperluan lump ini juga berbeza. Mereka akan memerlukan nutrisi, oksigen yang lebih tinggi, lebih dari biasa.

 

Orang yang kelihatan sihat pun boleh terkena kanser secara tiba-tiba sahaja, macam kisah si Ann ni dalam entry KISAH SEORANG WANITA yang sangat menjaga kesihatannya tapi masih terkena kanser.

Wanita ini terlantar selepas beberapa bulan dia disahkan kanser tahap 4 – gambar hiasan

 

Daripada asal usul kanser tadi, peringkat seterusnya disebut, LUMP akan membesar dengan lebih pesat dan menyebarkan sel-sel kanser yang lain ke tempat yang lain, yang lebih jauh. Dari sini, mereka sebenarnya mengambil segala oksigen dan nutrisi badan dan membentuk salur darah mereka sendiri. Ini semua sebab mereka nak buat salur darah sendiri, dan mendapatkan sumber makanan terus kepada tisu-tisu kanser ini. Sebab itu, kadang-kadang kita dah sedih bila dapat tahu seseorang tu dah terkena kanser tahap yang tinggi. Sebab walaupun rawatan kemoterapi dijalankan, kemungkinan masih ada sel-sel kanser yang terlah tersebar ke tempat-tempat lain. Keupayaan badan seseorang itu untuk pulih semula agak tipis.

 

SEBENARNYA BAGAIMANA KANSER INI BOLEH TERJADI DALAM BADAN KITA

 

Secara ringkasnya, asal usul kanser terjadi apabila badan kita akan sentiasa membuat pembahagian sel. Sel kanser terjadi apabila sel-sel membahagi tetapi tidak menyalin DNA yang tepat (sel termutasi) sewaktu pembahagian sel terjadi. Walaubagaimana pun sel ini adalah sel kenser yang yang ‘tidur’.

 

bagaimana sel kanser bermula
Sel kanser yang termutasi akan berkembang dan terus membahagi dengan cepat. Manakala, sel kanser juga melepaskan beberapa sel ke dalam salur darah untuk menjangkiti kawasan yang lain.

 

Apabila 1 atau 2 sel, atau lebih yang bercantum. Sel kanser akan menjadi aktif dan mula membahagi.

 

Sekiranya sistem pertahanan badan kita kuat, sewaktu sel kanser ini bergabung dan tubuh berupaya memberikan signal kepada sistem pertahanan badan, maka sel kanser pada tahap ini mampu di hapuskan oleh sistem pertahanan badan kita sendiri.

Tetapi, sekiranya kita terus-terusan membiarkan tubuh badan kita lemah imun dan biarkan tubuh badan terus-menerus menghasilkan sel-sel kanser. Sel kanser akan cepat membahagi (tanpa gangguan sistem pertahanan badan) dan seterusnya menjadi radang dan meluaskan ‘jajahannya’ ke organ tubuh yang lain.

 

JENIS-JENIS KANSER YANG PATUT ANDA TAHU

 

Banyak penyakit yang kita selalu kaitkan dengan kanser. tapi kan, tahu tak, sebenarnya ada 3 jenis basik kanser:

  1. Carcinomas
  2. Sarcomas
  3. Leukemias

In shaa Allah akan Mira share dalam post yang seterusnya. Terima kasih kerana membaca. Boleh la tinggalkan komen dan share artikel ni untuk faedah pembaca-pembaca yang lain.

Mira Hamzah

Hi. Saya Mira. Pengedar Shaklee Aktif Kawasan Klang, kawasan Banting dan sekitar kawasan Kuala Langat, serta kawasan sekitar Shah Alam dan Bandar Subang. Manakala, saya juga membuat perkhidmatan pos produk Shaklee yang ditempah, melalui kurier. Saya adalah seorang surirumah (Work-at-home-mother) dan ibu kepada 4 orang anak yang sangat sukakan bidang nutrisi dan suplimen. Pengalaman kerja dahulu, adalah, saya seorang Safety, Health and Environment Executive di sebuah syarikat GLC iaitu Sime Darby Plantation. Bagi sesiapa yang berminat dengan produk Shaklee.. boleh hubungi saya di 0192821775. Atau follow saya di FB Page: Pengedar Vivix & Produk Shaklee Klang, FB: Mira Hamzah IG: MiraVitaShop Website: mirahamzah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge