DILEMA PENGIDAP KANSER

KISAH ANN

 

Ann, (bukan nama sebenar), seorang wanita berusia 40 tahun yang disahkan menghidap penyakit kanser. Dia pada mulanya adalah seorang yang sangat aktif, dan menjaga kesihatannya selepas dia disahkan mempunyai tekanan darah tinggi yang merisaukan.

kanser

TEKANAN DARAH TINGGI

Sejak disahkan mempunyai tekanan darah tinggi, Ann, yang juga seorang wanita bekerjaya, dan juga ibu kepada 3 orang anak ini akan selalu menjaga berat badannya, dan sentiasa memastikan tekanan darahnya normal.

Ann sangat menjaga penampilannya. Dia bukanlah orang yang pemakan sangat hingga menjadi obesiti. Dia juga tidak merokok malah jauh sekali dia nak minum arak.

Cumanya Ann kadang-kadang terlewat makan, dan memilih untuk makan makanan segera sahaja. Terutamanya apabila dia sangat sibuk dengan urusan pejabat dan juga bisnes sampingannya iaitu dalam pengurusan salon rambut bersama-sama rakan niaganya. Jelas nampak, Ann memang sangat sibuk orangnya.

Pada suatu hari, Ann baru sahaja habis tempoh datang haid. Tapi Ann dapati masih ada darah pada seluar dalamnya. Ann anggap itu adalah darah haid yang belum keluar. Tapi dia agak pelik akan warna darah itu yang cerah seperti darah yang baru. Tak seperti pengalaman haid, apabila di akhir-akhir hari, darah haid mencoklat atau lebih gelap warnanya. Tapi, walaubagaimanapun, Ann tak kisah.

Darah itu hilang, tapi datang semula selepas Ann membuang air besar. Ohh..jadi Ann baru tahu, darah itu keluar dari bahagian dubur.

Nak diceritakan, Ann ni pernah mengalami masalah buasir 2 tahun dulu..tapi dah pun dirawat.

Jadi, Ann ingat kesan darah tu mungkin datang dari buasir. Lagipun kali ni tak sakit. Jadi Ann ingat ‘buasir’ yang dihadapinya kali ini tak lah serius sangat. Tak serius, sebab dia merasakan buasir yang dulu-dulu tu lebih teruk, kerana berdarah dan pedih.

 

SIBUK HINGGA TAK PEDULI SIMPTOM KANSER

Daripda masalah darah tadi, 2 minggu berlalu, Ann sangat sibuk persiapan Raya yang dah nak tiba. Jadi, Ann tangguh untuk pergi jumpa doktor. Sehinggalah, selepas 3 bulan, Ann merasa pelik. Setiap kali dia membuang air besar, akan ada darah. Semakin lama darah yang turun semakin banyak. Tapi dia tak sakit. Sedangkan kalau buasirnya yang dulu, dia tetap merasa juga sakit pedih walau sedikit.

Kali ni, darah yang turun berwarna seperti darah baru.

Ann mula rasa tak sedap hati, lalu terus pergi jumpa doktor. Sangkaannya bahawa sakitnya itu adalah buasir dan tak serius mana pun, ternyata MELESET.

Setelah melalui beberapa ujian, Ann disuspek menghidapi kanser kolon. Pembedahan segara diperlukan. Setelah selesai pembedahan, Doktor mengesahkan Ann telah pun menghidapi KANSER TAHAP 4 di mana sel-sel kanser telah merebak hampir keseluruh organ Gastro intestinal.

kanser

Elyana antara artis popular yang mengidapi Kanser tahap 4. Dia mengidap Kanser limfoma

Setelah beberapa kali sesi kemoterapi, badan Ann sangat lemah, sedangkan masih banyak lagi organ lain yang dah pun terkena kanser. Doktor mengatakan peluang Ann untuk hidup lebih lama amat tipis. Ann discaj, dihantar pulang ke rumah. Sebulan selepas itu, Ann meninggal dunia.

Tragik bukan? Ya, sangat tragik. Tapi itu lah yang berlaku pada Anna, dan ramai lagi pengidap kanser di Malaysia.

 

PERSOALANNYA ?

Bolehkah penyakit kanser ini dirawat sehingga pulih?

Jawapannya: Ya, boleh, dan dengan pelbagai teknologi perubatan terkini, dan pengambilan nutrisi tambahan, in shaa Allah BOLEH. Ikuti perkongsian seterusnya di entry NUTRISI YANG MEMBANTU MEREDAKAN KANSER