CARA NAK NAIKKAN REACH UNTUK FACEBOOK

MACAMANA NAK NAIKKAN REACH DALAM FACEBOOK?

Ini yang Mira nak kongsi ialah tips untuk naikkan ‘Reach’ atau ‘Engagement’ ni adalah untuk facebook personal tau. Bukan menggunakan FB Page atau FB Ads.

Sebenarnya banyak cara nak naikkan Reach atau engagement kat FB kita. Caranya adalah dengan memikat robot FB untuk buat dia suka, dan naikkan post-post kita kepada REACHABLE atau ENGAGED kepada orang lain.

 

Naikkan reach di facebook
Lebih ramai orang suka dengan facebook kita, nak buat mcamana ye??

PENTING KE?

Kalau korang ni orang bisnes, memang korang akan rasa tips-tips ni sangat penting. Sebabnya, di medan FB inilah kerja korang (yang buat bisnes online through FB) sebagai Marketier dan sales person untuk memasarkan bisnes yang korang buat, dengan kos yang rendah. Cuma berbekalkan data dan telefon pintar.

Ceritakan Pengalaman

 

Dalam FB Personal, kita seeloknya ceritakan pengalaman kita. Apa yang kita alami, atau effect atau testimoni menggunakan sesuatu product atau perkhidmatan kita tu. Inilah yang kita sebut ‘soft-sell’. Jangan nampak sangat kita menjual over-over sangat atau orang sebut ‘hard-sell’.

 

Penting, sebab kalau kita terus ‘hardsell’ akan menyebabkan robot FB tahu kita tengah menjual, lalu dia akan slow kan engagement post kita tu dengan orang lain. Senang faham, orang lain seolah tak nampak post-post kita tu.

 

Penat-penat tulis, buang masa pun banyak, tapi orang seolah ‘tak nampak’ post kita tu. Rugi kan??

Call to Action

 

Orang sebut-sebut “CTA” ini lah maksudnya.. call-to-action.

Senang cerita, kalau kita dah cerita macam-macam psal pengalaman kita tu, seeloknya kita ajaklah orang lain untuk ber respon pada kita. Contohnya? “Eh, korang faham tak ni, apa MakNdak bebel ni??” atau “Kalau korang suka dengan pengalaman MakNdak ni meh type ‘SUKA’ dalam ruang comment.

 

Ha… gitchewww! Ni contoh aje lah, boleh buat banyak lagi ayat yang menarik minat pembaca untuk berikan respon.

 

Gambar Yang Menarik

 

Pernah dengar kan peribahasa ‘Dari mata turun ke hati’.. Pernahkan?? Haa.. gitulah robot FB ni. Kalau gambar menarik pun, dia akan tarik engagement kita ke atas. Senang kan??

 

Like, Comment dan Share

 

Pernah tak kita nampak, sesetengah orang tu mintak readers dia belanja emotikon dalam bahagian komen. Ini maksudnya dia nak naikkan engagement jugak. Semakin banyak kita like dan komen pada post-post prospek dan potential customers kita, semakin mereka dapat nampak posting-posting kita.

 

Headline Memukau

 

Pernah baca surat khabar kan? Pernah kita nampak tulisan-tulisan yang besar-besar dan ada jugak yang sederhana kecil, berwarna atau yang bold besar hitam? Pernah kann?

Bila kita baca surat khabar, mata kita lebih tertumpu kepada tulisan yang besar dan tajuk memukau. Jadi kita kena letak tajuk memukau tu. Tak semestinya tajuk yang viral, yang simpel-simpel aje pun boleh. Janji dapat menarik perhatian orang lain untuk terus baca penulisan kita dalam FB kita tu.

 

Kerap Buat Posting

 

Waktu yang kita nak kena post iklan kita yang berunsur ‘soft-selling’ tu pada waktu yang sesuai. Peak hours. Dan semestinya kenalah kerap. Ada waktu-waktu yang sesuai untuk kita post panjang-panjang cerita kita, atau ada jugak waktu tertentu yang post kita cuma perlu pendek aje.

Sebolehnya kita plan apa yang kita nak fokus, dan post pada esok hari nya tu. Plan dan tulis siap-siap bagi yang bekerja atau suri rumah pun boleh buat macam ni.

Kalau takde masa nak post selalu-selalu sangat, seeloknya gunakan schedule apps seperti BUFFER.

 

Elakkan Post Marah-Marah

 

“Gossipping is tempting, but it can ruin your positive energy”

Yang ni extra tips yang Mira baru belajar hari ni. Alhamdulillah satu ilmu baru lagi.

Tahu tak, sebenarnya, bila kita buat posting kat FB, seeloknya buat post-post yang banyak memberi manfaat dengan kata-kata murni dan baik. Jangan asyik post membawang, post kata kat orang tu, sindir orang ni dan sebagainya. Memang lah kalau orang yang dekat-dekat dan kenal dengan kita akan mudah tertarik untuk baca dan mungkin akan mula bertanya. Tapi macamana dengan prospek yang selama ni dok follow kita, tetiba ada satu post yang kita maki hamun dan kutuk-kutuk. Terus customer tu lari. Silap hari bulan, tetiba dia block. Katakanlah prospek tu adalah satu prospek yang sangat berpotensi untuk kita. Tak kah rugi kalau dia lari macam tu aje.

 

Satu lagi, logarithm FB boleh dapat trace kata-kata yang baik dan kata-kata yang provoking. Semakin banyak post-post kita yang berunsur provoking dan marah-marah, sindir-sindir, post kita akan kurang Reach atau Engagement. Hey, jangan ingat robot FB tak pandai bahasa melayu, bahasa cina, tamil semua tu. Sedangkan bahasa jawa pun dia terer, lagikan bahasa membawang semua tu, petik jari aje si robot tu..hehe.

 

Banyakkan Friendlist

 

Friendlist memainkan peranan yang penting. Sekurang-kurangnya add lah potential prospek lebih kurang dalam 2500 friendlist. Lebih ramai friendlist, lebih ramai dapat lihat post kita, jadi lebih ramai potential prospek dan customer kita.

Untuk tips-tips hebat, boleh rujuk lebih banyak lagi korang boleh pergi jenguk-jenguk kat website: www.mirahamzah.com

Selain socmed FB, banyak lagi socmed yang kita boleh cuba untuk ceburi seperti IG, twitter, pintrest dan sebagainya.

Blog juga memainkan peranan yang sangat penting, kalau kita nak bawa bisnes kita pergi lebih jauh dan stabil untuk jangkamasa yang lama.

 

NAK TIPS LAGI???

Kalau nak tips untuk naikkan Reach di FB Page, boleh Whatsapp Mira di 019-2821775 atau follow notes-notes Mira dalam www.mirahamzah.com.

Atau isi ruangan kat bawah ni, untuk Mira respon dengan e-book Mira bila dah siap nanti in shaa Allah.

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]