Penuaan Sel dan Penyakit

Zaman semakin mencabar diri dan kesihatan kita. Antaranya adalah PENUAAN. Bukan setakat TUA usia, atau TUA fizikal dan paras rupa, atau orang suka jugak dok sebut TUA bangka, eh. tak sedap dengar. Penuaan Sel dan Penyakit – Itu hakikatnya.
 
Kita akan TUA, SAKIT dan MATI. Tapi orang sekarang ni, kebanyakannya terlalu banyak sel-sel MATI, sebelum mereka TAHU mereka SAKIT dan sebelum usia mereka TUA. Ini lah yang dipanggil Penuaan Sel dan Penyakit
 
Sel-sel badan kita bekerja tanpa henti. Setiap HARI, setiap MINIT, setiap SAAT. Waktu kita JAGA dan TIDUR, sel kita tak pernah berhenti bekerja.
 
Disebabkan tu, Ada WEAR & TEAR, dan ada sistem badan yang menggantikan bahagian-bahagian sel yang tear itu. Perlu ada wear & tear ni, untuk mengekalkan fungsi tubuh.
 
Misalnya sel-sel kulit muka, hayatnya maksimum 14 hari. Selepas tu dia BERGANTI dengan yang baru.
 
Manakala sel-sel perut pula hayatnya hanya 5 hari, sebab lasak disitu, makanan keluar masuk, penggunaan asid perut yang sangat membantu cernakan makanan dengan cepat.
 
Sel-sel hati pun ada jangkahayatnya untuk MATI dan MENJADI BARU semula. Tapi dia ambil masa yang lebih lama berbanding sel kulit, perut, usus dan lain-lain.
 
Bahagian-bahagian lain pun ada juga CELL REGENERATION atau pembaharuan sel. Semua ini perlukan satu sistem yang utuh.
 
Ada juga yang jangkahayat sel itu adalah SEPANJANG HAYAT dan TIADA PEMBAHARUAN SEL iaitu sel-sel OTAK. Jika rosak, tiada lagi sel baru untuk menggantikan yang rosak. Sebab itu boleh jadi Alzhemier.
 
Dan NUTRISI yang cukup sangat PERLU untuk semua sistem dapat buat REGENERATION CELL itu berfungsi dengan baik.
 
Jika tak cukup NUTRISI, atau nutrisi TAK LENGKAP. KEROSAKAN yang banyak boleh berlaku pada sel. Jadi, susah badan kita nak RENEW atau REGENERATE.
 
Akibatnya sel itu MATI SEBELUM USIAnya atau maksudnya sel mati, sebelum proses PENGGANTIAN yang baharu tiba.
 
Inilah yang kita sebut PENUAAN.
 
Dan jika kita biarkan lama-lama.. INFLAMASI yang MELEBIHI HAD akan terjadi, dan lebih banyak sel KURANG SIHAT dan MATI.
 
Itu lah permulaan kita sakit, dan badan semakin SAKIT DALAM DIAM atau kita panggilnya SILENT KILLER.