MACAMANA NAK TARIK ENERGY POSITIF

MACAMANA NAK TARIK ENERGY YANG BETUL?

Dok terfikir-fikir balik apa doktor gigi tu kata semalam:

Awak stress ke? Dah lama ke awak stress? Gigi mati awak ni menunjukkan saraf mati dari arah dalam, dan dah lama sangat. Saraf yang mati disebabkan tiada aliran darah beroksigen ke saraf. Kecelaruan tu mungkin boleh disebabkan oleh hormon yang tak seimbang atau kesan dari penggunaan ubat-ubatan..(boleh baca apa doktor ni kate, dalam entry sebelum ini).

Fikir balik memang takde stress pape pun, hepi-hepi go lucky je.. hehe.

Tapi bila tengok newsfeed FB.. kebanyakan posting yang lalu semua negative vibes.

Maybe ada sedikit negative energy yang Mira tak perasan or Mira perasan tapi it is in denial state.

Kalau yang tahu pasal LAW OF ATTRACTION atau LAW OF UNIVERSAL ATTRACTIONS...

Memang kita akan menarik energy yang banyak ada dalam diri kita waktu tu.

Misalnya.. kalau waktu ini, energy yang positif banyak dalam diri kita, kita akan menarik energy positif dari sekeliling kita dan akan menyebarkan energy positif kepada orang disekeliling juga. Begitu jugak sebaliknya.

Jadi.. Mira rasa Mira banyak absorb dan melepaskan negatif energy.

Negatif energy ni, adakalanya bagus untuk kita mencabar diri kita sendiri. Tapi kalau ia terlalu banyak..dan terlalu lama dalam diri, ianya tak bagus untuk kita.

So memang Mira kena sit down, pause 5 minit, fikir balik dan kena renew balik main intention.

Macamana nak renew main intention kita semula?

Biasanya hati kita ni berubah-rubah. Berbolak-balik. Jadi, mungkin jika kita nak check balik kenapa semua energy kita jadi negatif, kita kena rehat sementara dan tulis sekejap.

1. Check balik apa yang kita janji dengan Allah nak buat tahun ni, apa KPI kita dengan Allah.

2. Check balik apa janji kita dengan mak ayah, suami dan anak-anak, dan orang lain yang kita pernah buat janji atau peelu bertanggungjawab.

3. Check semula apa yang kita nak sangat buat untuk diri kita sendiri dan keluarga.

4. Bincang semula dengan ahli keluarga terutama suami atau isteri untuk kita capai segala yang kita inginkan sepertimana tertulis dalam ‘wish-list’ kita.

5. Beri ganjaran pada diri sendiri bila kita dapat mencapai apa yang ada dalam wish-list supaya kita terus termotivasi untuk mencapai wish list yang lain.

6. Buat senaman fizikal dan senaman pernafasan yang betul.

7. Kawan dengan orang yang positif.

8. Banyakkan istifar dan baca quran beserta bersedekah.

9. Makan makanan yang sihat dan suplimen yang boleh membuatkan minda lebih sihat dan fokus.

 

HIDUPNYA KITA UNTUK MEMBERI DAN MENERIMA

Semua ni adalah untuk kita tahu, betapa hidupnya kita kat dunia ni, bukan semata-mata untuk diri kita sahaja. Tapi setiap kita adalah khalifah yabg bertanggungjawab pada khalifah lain.

Kita mampu untuk jadi orang yang dapat memberi berbanding menerima dan duduk sajaaaaa aje..

Everything starts from you! Yourself!
👉🏻😊👈🏻

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge