Dah tinggal seminggu dah nak puasa. Mesti mak-mak dah tak sabar kan. Macam Mira ni, dah plan dah nak buat menu ape untuk berbuka dan bersahur supaya ayah dan anak-anak seronok nak makan.

Pengalaman Mengajar Kami

Pengalaman kami melatih anak untuk berpuasa memang menggelikan hati dan tak kurang jugak mencabar.

Waktu Kak Mia, iaitu kakak yang sulong dah nak puasa memang Allah beri kemudahan yang amat sangat. Syukur lah Ya Robb. Kak Mia ni memang orangnya dari kecil mendengar kata. Suka nak buat kerja-kerjanya sendiri. Pakai baju, mandi, lipat baju. Bahkan waktu nak makan dia nak cedok nasi dan lauk sendiri. Membasuh pinggan pun nak buat sendiri, padahal waktu tu dia belum masuk 2 tahun.

Dia suka nak solat. Dan bila umurnya 2.5 tahun dah tak sabar nak puasa pulak. Sebab suke tengok kakak sepupunya yang dah 5 tahun tu puasa. Kakak start solat penuh waktu 4 tahun dan puasa pun dah penuh waktu dia 5 tahun.

Waktu dia 3 tahun memang dia tekad nak puasa. Kami pun bagi lah dia puasa setengah hari. Tu pun lembik tapi degil tak nak berbuka. Haih! Ayah nya kata biar kalau dia nak belajar. Mamanye pulak yang geram sebab risau dia tak cukup nutrisi nanti.

Bila ada ibu bapa yang kata susah nak ajak anak bersolat, kami jadi pelik sebab Kak Mia memang senang pulak. Apa pun Alhamdulillah Allah bagi kemudahan kami menguruskan anak yang pertama ni.

Nak tahu Tips-Tips nak ajak anak puasa tanpa paksaan:

Tips Ajak Anak Berpuasa. Ha..klik sini deh kalau pakat nak tahu tipsnya.

Anak Liat Nak Puasa

Tiba anak kedua, si Kak Ngah Alya memang padat dengan ragamnya bila diajak solat, baca iqra’ dan puasa.

Kalau kita ajak dia solat iqra, dan puasa, nak tahu dia jawab ape?

Alya kecik lagi nak solat

Alya kecik lagi sebab tu tak pandai baca Iqra’

Alya kecik lagi mana boleh puasa nanti lapar, Alya mati nanti macamana

Adeh la.. geram jugak tapi bila mengenangkan jawapan dia tu memang nak tergelak mama.

Lepas tu mama bagi dia tengok cerita upin-ipin. Memang kegeraman dia pun kartun tu. Alhamdulillah, nak lah dia solat dan puasa jugak. Walaupun solat yang Alya nak solat sangat tu adalah terawikh aje. Haihs.. memang berkat pengaruh TV betul nih..haha.

 

Solat Tiang Agama

Apa pun Mira dan suami pentingkan anak-anak belajar solat dahulu sebab solat tiang agama. Rasulullah pun suruh kita ajar anak-anak solat sedari umurnya 7 tahun. Bukan paksa anak puasa dulu. Tapi solat dulu. Bila dia dah faham solat, in Sha Allah dia akan paham kenapa pentingnya dia nak puasa. Tapi kalau dalam kes senang nak ajar anak-anak solat dan puasa serentak. Maka tak salah lah. Lebih mudah belajar seiring. Setiap anak memang tak sama perwatakannya. Jadi kita kena lihat penerimaannya dan perkembangan mereka juga.

Apa pun Mira dan suami bersyukur sangat, Alya dapat puasa setengah hari selama 21 hari. dan dapat juga dia puasa penuh selama 2 hari pada tahun tu.

Tahun ni, Alya dah darjah 1. Mira dan suami takkan memaksanya. Kami akan cuba melatihnya supaya dapat lagi berpuasa dan pertingkatkan diri dalam solat dan bacaan dalam solat.