KISAH DAN EMOSI – AKU SI PENGEDAR SHAKLEE

KISAH DAN EMOSI – AKU SI PENGEDAR SHAKLEE

Kisah 1

Bebaru ni, awal bulan puasa haritu la. Ada satu customer yang Mira tak kenali sangat pun.. dapat nombor Mira dari google. Pastu dia bukak FB jugak.. dan entah macamana jumpa post-post lama Mira berkenaan #Nutriferon.

Memang dia nak sangat-sangat Nutriferon ni. Katanya untuk dirinya sendiri yang sering demam. Dia tak pernah gunakan Nutriferon lagi, tapi bila dia baca info dan testimoni dia tertarik untuk gunakan.

Dengan berat hati, terpaksalah Mira beritahu yang Nutriferon takde stok, dan akan berada semula di pasaran pada tahun 2019. Nutriferon sekarang ni dalam proses di ‘upgred’ daripada status ‘makanan tambahan’, kepada ‘ubat tradisional’.

 

3 BOTOL TERUS YA KAK

Sembang punya sembang, Mira suggest dia Vita C Plus, OmegaGuard dan Carotomax. Carotomax ni pun salah satu item dalam immune set. Jadi, adik ni decided nak ambik 3 botol carotomax terus.

Terkejut juga dia nak beli 3 terus. Rupa-rupanya, adik ni beli carotomax tanpa was-was sebab:-

  1. Dulu dia dah experience guna carotomax dan berkesan.
  2. Katanya Shaklee lebih murah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang dia pernah gunakan, tapi kurang atau tak berkesan.
  3. Dia beli 3 botol terus sebab baru dia tahu, carotomax jugak boleh digunakan untuk tingkatkan immune body dia yang seringkali demam dan jatuh sakit.
  4. Lepas dia tanya-tanya harga dengan Mira, dia terus setuju, sebab katanyanya harga sangat berpatutan, siap Mira bagi free gift lagi. Lepas tu dia terus screenshot conversation dia dengan SID lama dulu, nak beritahu Mira, yang harga Mira jauh lebih berpatutan dan dia rasa ada emosi “Trust” bila sembang dengan Mira. Alhamdulillah.

Tak sampai beberapa jam, sekejap aje adik ni sent payment proof untuk 3 botol carotomax.

 

CLOSE DEAL SAMBIL KHUTBAH FREE

Sambil sambung sembang-sembang lagi, Mira bagi sedikit khutbah tepian pantai kat dia. Nasihatnya adalah pasal keadaan lifesyle dia yang seringkali dalam keadaan stress. Stress ada 2 jenis. Ada jenis yang baik dan ada yang jenis kurang baik. Yang baik akan membuatkan diri kita berasa tercabar, dan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu.

Manakala stress yang kurang baik boleh melemahkan keyakinan kita, buat kita rasa sedih, muram dan kemurungan. Jika dibiarkan berterusan tanpa kita ambil tindakan, stress ini akan mengundang penyakit-penyakit kronik yang bahaya kepada tubuh badan kita.

Jadi, Mira nasihatkan dia supaya jangan terlalu bersedih. Ye lah, kalau adik ni asyik sedih dan stress, dia sebenarnya membuatkan sistem pertahanan badannya lemah. Ya!.. Stress boleh buatkan sistem pertahanan badan kita lemah.

Dia kena pandai kawal stress. Cuba untuk buat perkara-perkara yang boleh buatkan diri happy.

Sebab tu kalau kita stress, disebabkan masalah kat tempat kerja misalnya, kita kena bijak cari cara untuk atasi masalah itu. Tambahan pula adik ni, dia adalah sumber kekuatan keluarga jugak. Kalau dia asyik jatuh sakit, siapa yang nak cari rezeki dan punca pendapatan keluarga mungkin akan terjejas.

Bila dah siap sembang-sembang, Mira tarik nafas dalam-dalam. (Senyum) ter ‘flash-back’ zaman kerja dulu memang Mira pun pernah dalam situasi chronic stress. Stress yang dihadapi bukan sehari-dua, tapi bertahun-tahun dan Mira bukan atasi stress tu, malah Mira layankan aje stress tu.

Itu lah titik punca masalah chronic anxiety hadir, dan kemudian menjurus pulak kepada masalah sakit Fibromialgia yang Mira pernah hadapi suatu masa dulu. Dan sehingga kini, sakit tu masih ada, Cuma dapat dikawal.

(Senyum)

Kadang-kadang bukan kita saja syok-syok rasa hebat nak nasihatkan orang lain, macam kita ni bagus sangat. Tapi sebenarnya, bila kita mendengar masalah orang lain, kita dekati dengan nasihat yang baik, sebenarnya kita sedang mendidik orang itu dan diri kita sendiri.

Banyak cara Allah mendidik kita. Antaranya dengan memberikan kita sebuah pengalaman supaya kita belajar melalui pengalaman kita itu.

Cara yang lain juga, adalah Allah belajar dari pengalaman orang lain, ambil iktibar dan pedoman.

Cara yang lain pula, Allah hadirkan orang lain dan kita dengar masalah mereka. Cara ni adalah untuk kita kaji balik, fikir balik, apa yang Allah pernah berikan pada kita supaya kita jadi hambanya yang lebih bersyukur. –Sekian-

(Senyum).

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge