INSIDEN
Hari ni waktu mama masak sambal nasi lemak tadi, adik² kat luar rumah.
Manakala kak Alya gelak² dengan adik² sambil tangannya sibuk kapur kasut sekolah.
Kak Mia pulak baru selesai sidai baju kat ampaian, sambil lenggang-kangkung masuk dalam rumah. Heret bakul kosong.. sambil mata melirik jugak kat TV.
Hari elok panas. Memang bagus semua kerja dipercepatkan. Takut petang nanti hujan tak sempat kering semua.
Semua elok. Tetiba..
Abang nangis kuat sangat..darah kat hidung mengalir keluar.
Semua terpa kat abang. Jeritan abang makin kuat. Lagi ditanya kenapa, makin kuat dijeritnya. Mama datang seolah Bomba Penyelamat. terus suruh semua ketepi.
Mama terus minta abang bertenang. Sambil terus dukung abang. Letak kepala abang kat bahu Mama dan peluk-kuat-erat abang. Sambil baca bismillahillazi dan cuba ayat-tenangkan abang.
Abang masih nangis. Sedu sedan masih bunyi.. tapi dah kurang. Kakak yang prihatin cuba hampir tanya lagi abang.. tapi sebaliknya sedu abang kuat semula. Mama buat isyarat pada kakak supaya diam dan beredar. Mama dan abang aje kat dapur.
Sambil dukung, sebelah tangan Mama perlu juga godek sambal.. tak nak terhangit. Sambil mama tak putus baca bismillahillazi.
Sebenarnya dalam situasi macam ini apa yang Abang mahu waktu tu adalah Mama, dan semua orang perlu side dia. Tak perlu ditanya macam-macam pada dia seperti polis. Hanya empati keadaannya.
Bila Abang dah tenang dibahu Mama. Baru lah mama ambil kerusi ke singki, dirikan abang atas kerusi, dan cuba basuh muka dan hidung yang ada kesan darah beku.
Waktu tu Mama minta Abang pandang Mama. Minta dia ceritakan pelan² apa yang berlaku, supaya abang tak sempat pun nak tengok darahnya.
Siap selesai cuci. Mama capai cermin kecik kat sinki tu tunjuk pada abang. Luka sikit sangat. Dan pedih sikit bila kena air katanya.
“Abang kuat” Mulutnya pun dah becok semula cerita insiden tadi. Dan aduan disahkan oleh pelapor kedua.
Laporan menyatakan adik dan abang tereksiden. Abang dan adik berdiri rapat-rapat. Adik pulak ambik sesuatu kat lantai. Dan waktu adik teruja nak bangun, kepala adik terhentak kat hidung abang.
Boleh agak sakitnya macam mana. Mama tak tanya lagi atau salahkan sesiapa. Semua insiden berlaku sekelip mata. Dan bukannya sengaja.
Malah Mama tak heran atau nak panic, sebab pernah nampak kejadian sama beralaku sebelum ini bila kedua² insan cumel ni berdrama Ultroman Geed dan sorang lagi jadi Raksaksa atau Kamen Rider Wizard.
Mama cerita ni bukan nak buka pekung di dada, bukan nak self defense, age defense atau apa saja. Tapi..
Mama is Mama. Anak² nak membesar is anak-anak. Sebelum ni Mama akan cuba tanya sambil marah pada yang lain.. dan kali ini Mama cuba apply apa Mama belajar dalam kelas parenting tu.
Agak tenang sikit Mama dan anak² yang lain..
Itu lah dunia Mak-mak Mira, yang dah transform sikit dari pemarah, kepada penenang.
Bagi ibu² yang kadang kala timbul konflik dengan emosi dalaman dan dilema berdahapan dengan anak, TRUST YOUR INNERSELF. Sebab ibu² adalah ibu yang terbaik dan boleh jadi lebih baik
Mira
-Walau anak 4, masih cuba baiki teknik parenting-
o
Gambar:
Abang lepas tengok cermin, minta izin nak main kat luar semula.
Recent Comments