Ibu Meroyan Waktu Berpantang

Ibu ni jadi sakit hati pada anaknya. Sakit hati kerana terpaksa bersakit-sakit selepas melahirkan, tanpa rasa belas oleh suami, ahli keluarga, dan biarkan dirinya sakit, juga tak pedulikan keperluan dirinya, dan tak peduli emosinya.
BAYI KUNING PULAK
Ibu yang baru melahirkan ni, jangan dibuat main-main keadaan dirinya yang dalam keadaan baby blues. Dalam keadaan ni, si ibu tu walaupun sedih, marah dan segala emosi bercampur baur, tapi pasti di sudut kecil hati nya, masih dapat mengawal emosinya lagi.
Tapi jika dibiarkan, emosi yang makin membuatkan dia rasa sedih, marah dan sangat terganggu, boleh menyebabkan keadaan jadi lagi teruk. Kalau keadaan ni berlarutan, keadaan ibu boleh berubah kepada pospartum deppresion, atau lagi bahaya bila keadaan ibu tak dirawat, dan melarut sampai postpartum anxiety dan postpartum psychosis.
Bahan kimia dalam otak ibu ini semakin meracuni sistem tubuh badan si ibu sehingga si ibu boleh meracau, meroyan dan ada kes sehingga mencederakan diri sendiri atau bayi.
KE KECEMASAN
Pernah sekali saya ke bahagian kecemasan untuk rawat telinga anak kedua saya yang berdarah (ni cerita lain, kes anak kedua saya cungkil telinganya sendiri dengan cotton buds senyap-senyap, niat tak nak mintak pertolongan mama, tak nak menyusahkan mama). Waktu tu, nurse berlari-lari. Pelik dengan keadaan tu, sambil menunggu di ruang menunggu zon kuning, terdengar juga cakap-cakap nurse di situ, bahawa ada kes ibu meroyan dan shaken baby syndrome.
Waktu tu masih lagi tak tahu apa-apa. Hanya sibuk mengelap darah kat telinga si anak yang turun mata air pulak. Risau kat anak, tapi telinga ni masih boleh ‘bang’ apa nurse dok bercakap-cakap dalam ruangan menunggu tu. Aish telinga ni, tangkap sungguh cerita sensasi, macam lintah pula..haha.
Kesimpulannya, memang bukan abnormal kita dengar ibu meroyan dah zaman sekarang ni. Sebab keadaan yang memaksa si ibu mengumpul emosi sedih, marah, sakit dan semuanya tersimpan dalam dirinya. Bahaya. Kalau dah tahu isteri atau anak atau sesiapa yang dalam keadaan postpartum depression ni, eloklah bawa ke hospital secepatnya.
NUTRISI IBU SEJURUS SELEPAS BERPANTANG
Ibu yang melahirkan perlukan nutrisi seimbang untuk pulihkan dirinya, dan menjaga emosinya. Whatsapp Mira untuk dapatkan konsultansi berkenaan set nutrisi khas untuk ibu lepas berpantang, yang boleh diambil sejurus ketika lepas berpantang dan tidak mengganggu bayi yang kuning dan penyusuan.
Recent Comments