TIPS BERJIMAT

 

Dalam keadaan ekonomi tengah merudum, nilai ringgit jatuh, barang-barang naik harga, dengan GST lagi.. ramai yang kerapkali kita dengar rungutannya yang selalu tak cukup duit walaupun bergaji tinggi.

Ada yang mempunyai gaji bulanan suami isteri sebanyak RM 10k tapi masih belum ammpu membeli rumah sendiri, masih menyewa apartment. Ada juga yang kita dengar, buat kerja lebih masa, bukan 1 tapi 2, 3 4 kerja sampingan dalam masa sebulan. Itu sudah normal. Bayangkan keluarga yang beranak ramai, yang perlukan banyak dana untuk menyara keluarag, menyekolahkan anak-anak, sakit pening, simpanan balik kampung, maintenance kereta, motosika, basikal dan sebagainya.

 

Semua ni boleh memeningkan kepala sekiranya duit gaji bulanan dan / atau gaji side income tak diuruskan dengan baik.

 

Tips-tips jimat yang biasa kita dengar adalah:

 

  • Senaraikan barang-barang perlu, barang-barang kehendak, hutang dan komitmen setiap bulan.
  • Beli tunai, bukan hutang
  • Simpanan dahulu, baru agihan bahagian duit yang lain

 

Di bawah ini, ada beberapa tips penjimatan yang lain untuk semua seisi rumah, dan seluruh rakyat Malaysia.

 

Bercuti dalam negara.

  • Bercuti dalam negara
  • Banyakkan membeli barang buatan Malaysia supaya rolling duit Malaysia tetap di dalam Malaysia.
  • Dari segi teknikalnya yang saya sendiri pun tak berapa nak faham, akan membuatkan nilai ringgit semakin lama semakin meningkat.

 

Mengambil insuran nyawa dan perubatan / kesihatan

  • Dalam situasi yang meruncing ni, dengan makanan pula yang kebanyakannya adalah tinggi gula, garam dan pengawet serta bahan-bahan kimia makanan yang sebenarnya membahayakan diri, tak masuk lagi dengan radikal bebas yang tinggi yang disebabkan oleh persekitaran udara yang kotor, air dan tanah yang dah tercemar teruk… semua ini adalah punca kepada pelbagai penyakit.
  • Demam, selsema dan flu menjadi lumrah.
  • Bahkan sering kita dengar penyakit-penyakit bahaya dan wabak hadir dalam masyarakat kita dan menggemparkan masyarakat kita.
  • Penyakit makin banyak, makin kerap, jadi kita mesti menyediakan payung sebelum hujan lebat.
  • Ambil insuran nyawa dan perubatan sebagai langkah awalan. Pilih pakej yang terbaik dan bijaksana.
  • Jika ditakdirkan kita terpaksa masuk wad..bil perubatan pula mencecah ribuan ringgit, maka kita telah pun ada persediaan insuran.
  • Jadi tak perlulah kita korek tabung atau gunakan duit simpanan untuk bil-bil perubatan.

 

Menjaga kesihatan diri

  • Ambil supplement kesihatan yang betul-betul dipercayai
  • Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit sehari
  • Beriadah bersama suami / isteri / anak-anak dan keluarga
  • Buat program “5,000 steps a day” dan kemudian tingkatkan kepada “10,000 steps a day”

 

Guna pengangkutan awam

  • Kurangkan penggunaan kenderaan bermotor, banyakkan menggunakan kenderaan awam seperti komuter, LRT atau bas. Selain itu, gunakan basikal atau berjalan kaki untuk jarak yang dekat. Jika perlu menggunakan kereta, berkongsi.

Cara jimat isi minyak kereta

Isi minyak kereta ketika tangki minyak hampir kosong, dan isi semula hingga penuh boleh menjimatkan kerana:

  • Jimatkan masa pengisian minyak kereta
  • Apabila minyak kereta dalam keadaan penuh, permeluapan gas dari minyak kereta tersebut dapat dikurangkan. Minyak kereta akan lebih jimat.

 

Kurangkan brek-pandu laju- brek mendadak

  • Keadaan ini memaksa penggunakaan minyak kereta yang lebih.
  • Lebih mesra pengguna jalan raya
  • Lebih selamat

 

Pilih pelan prabayar yang secara bijak

  • Pilih yang paling murah sekali tetapi dapat menggunakan dengan optimum / pelan postpaid yang berbalai dan memberi banyak manfaat sampingan yang menjimatkan.

 

Beli belah ketika perut kenyang

  • Secara saintifik dan psikologi manusia yang berkehendak. Apabila dalam keadaan belum kenyang, fikiran akan mahu macam-macam kadang-kadang yang tidak diperlukan.
  • Bunyi macam pelik. Tapi cubalah.

Makan kat luar order air suam sahaja

  • Bila makan kat luar dengan harga makanan pun dah mahal. Kita kurang sedar, air yang kita nak tu pun mahal harganya. Paling murah RM 1.00. Kadang-kadang cecah RM 6.00 hingga RM 10.00 terutamanya yang jenis shake, blended dan macam-macam. Air suam harganya paling mahal pun dalam 60 sen (tu parah mahal tu). Nampak tak dua kali ganda harga minuman manis.
  • Kalau makanan dah habis contohnya: terutamanya yang jenis shake, blended dan macam-macam.
  • Kalau makanan dah habis contohnya: 4 orang dewasa/kanak-kanak berhaga RM 25.00, minuman pula berharga sekurang-kurangnya (air biasa) RM 3.00 x 4 = RM 12.00. Tak kah totalnya RM 37.00.
  • Kalau minum air kosong aje.. dalam 30 sen secawan dapat RM 0.30 x 4 = RM 1.20. Beza air manis dengan air kosong saje pun dah RM 10.80. Banyak kan boleh berjimat.
  • Manfaat air kosong pun banyak untuk kesihatan kita!

 

Buat tabungan

  • Bila teringin nak pergi ke mana-mana buat tabungan setahun.
  • Ajak anak-anak untuk turut sama menyimpan lebihan wang saku sekolah mereka.
  • Ajar anak-anak mengira duit simpanan yang makin meningkat dan teruskan beri galakan dengan menunjukkan impian mereka untuk mendapatkan barang yang mereka nak tu / percutian isteri tu, hampir tiba.

 

Bercucuk tanam

  • Kalau rumah landed house, cubalah bercucuk tanam bahan-bahan masakan kat dapur tu: misalnya: pokok kari, pokok serai, pokok cili padi, pokok sawi, dan sebagainya. Semua bahan ni kita selalunya nak pakai sikit sahaja. Kalau banyak sangat tersimpan, akan jadi buruk dan membazir sahaja. Tambahan pula kalau beli, pasar akan jual selambak untuk kita.
  • Kalau ada tanah yang lebih besar, cuba buat tanaman yang boleh jana hasil contohnya serai. Permintaan serai dalam masakan adalah tinggi. Harga serai kat pasar pun seikat dah RM 2.00. Tanaman serai paling mudah untuk hidup, dan jika dijual, hasilnya lumayan.

 

Tabung duit syiling

  • Bila balik daripada kerja, atau dari membeli belah, pasti ada duit dalam poket atau dalam dompet yang banyak dan memberatkan. Bila diletak-letak atas meja, boleh menyebabkan jatuh dan bersepah. Oleh itu, ambil duit syiling tersebut dan simpan dalam balang khas untuk duit syiling. Percaya tak, ramai yang dah buat macam ni, dan berjaya menggunakan hanya duit syiling terkumpul itu untuk perbelanjaan duit raya, guna untuk beli barangan impian dan sebagainya.

 

Berhenti merokok

  • Harga rokok sekotak pun dah boleh ganti kepada 5-7 harga nasi lemak RM 2.00. Penjimatan maksimum bila berhenti merokok. Badan pun sihat, anak-anak pun suka, sebab badan tak berbau busuk asap rokok.
  • (Boleh ambil VIVIX untuk berhenti dari merokok)

 

Menanggalkan soket plag elektrik dari power point.

  • Bila nak tidur atau keluar dari rumah ke tempat kerja atau balik kampung dan sebagainya, cuba tarik plag barang-barang elektrik seperti oven, periuk nasi, televisyen dan wifi dari power point tu.
  • Bandingkan harga bil bulan akan datang.

             

 

Rancang resepi untuk seminggu

  • Rancang siap-siap resepi seminggu
  • Beli barang-barang masak yang berkaitan sahaja di kedai-kedai yang harga patut.
  • Siapkan penyediaan untuk memudahkan masak setiap hari dalam masa yang singkat.
  • Manfaat: Masakan sihat dan bersih dimasak dari rumah
  • Lebih berkah kerana dimasak dengan kasih sayang dan orang yang memasak dan menyediakan masakan (semestinya kene jaga hubungan dengan Allah)
  • Barang yang dibeli tak banyak, jadi tak rosak dan membazir.

 

DIY barang rumah dan permainan anak-anak

Belajar convert barang-barang buangan kepada barang yang berguna secara DIY

Contohnya:

  • Kotak : Dibuat kawasan permainan anak.
  • Tin kuih atau milo: Diguanakn untuk buat tabung
  • Buat partician: Boleh buat pembahagi untuk kawasan permainan anak-anak.

 

Banyak lagi tips yang berguna.

Harap tips-tips di atas bermanfaat untuk semua.

Sekian.

 

Nak beli vitamin Shaklee, nak khidmat nasihat percuma, nak jana income:

Boleh Whatsapp SID anda:

Mira Hamzah

019-2821775

FB: Mira Hamzah

Fathonah Empire