?Selalu kaitkan anak dengan aktiviti bisnes. Contoh, pergi berjumpa dengan client dan restok barang. Biar dia tengok cara kita berbisnes, cara kita berukhuwah dengan client.

 

?Perkenalkan anak kita kepada bisnes client atau bisnes partner sebagai rakan bisnes. Anak yang mula faham kata2 kita akan mula bertanya, memahami dan rasa berbangga kerana kita letakkan diri dia dengan bisnes. Contoh perbualan jumpa customer: “Hai anie.. apa khabar? Kenalkan ni anak saya, bisnes partner saya..”

 

?Ajar anak matematik mudah. Contoh selepas customer beli barang (yang anak nampak barangnya apa, contoh produk shaklee. Tunjukkan harga barangan dan jumlah wang yang dapat daripada customer. Jadi lama2 dia akan faham.. sistem jual beli)

 

?Suka bersedekah. Dalam bisnes bukan sahaja elemen pendapatan tapi juga elemen pemberian perlu diajar, dididik dan ditunjukkan kepada anak.

 

?Simpanan dan pembahagian modal pusingan. Tunjukkan kepada anak, duit yang dapat dari pelanggan, perlu diasingkan mengikut keperluan. Waktu ini terapkan method ‘7 jars system’ kepada anak. Jadi lama2 dia akan faham.. duit hasil perniagaan yang mulanya nampak banyak akan menjadi terbahagi mengikut keperluan. Ini akan didik nilai tanggungjawab dan pelan awal.

 

? Walau apa jua bisness yang diceburi, Sentiasa dulukan Allah dalam apa jua keadaan, contohnya mendahulukan solat semasa masuk waktu solat, biarpun waktu itu tgh dalam perbincangan dengan klien.

 

?Jangan menipu dalam bisnes… Walaupun kata-kata “tak ape.. itu tipu sunat”.. Sebab ini akan pengaruhi sikap anak dalam bisnes.. kerana dia akan rasa itu adalah salah satu elemen penting dalam bisnes

 

?Sentiasa ajar anak untuk bertawakal kepada Allah setelah usaha bersungguh2 dalam bisnes dan jugak apa jua urusan. In shaa Allah anak akan mula memahami akan bisnes kerana mencari redho Allah taala. Bukan sekadar menjual dan mencari keuntungan semata-mata.

 

Tips dan nasihat, ikhlas dari

 

MIRA Shaklee.. 😀

019-2821775

 

#tsunamishaklee #amazing10 #Shakleeamazing #pts327jan2017 #fathonahamazing