7 SEBAB ANDA MESTI TAHU, KALAU ANDA RASA LETIH LESU SANGAT

 

Letih itu normal, bila badan dah mula kekurangan tenaga sebab seharian bekerja. Tapi kalau dari awal-awal bangun pagi sampai satu hari tu asyik rasa letih aje, mesti ada yang tak kena. Kat sini, Mira nak beritahu. Apa punca selalu buat anada letih sangat tu.

PUNCA LETIH LESU

Bergantung pulak pada ubat, tapi kadang-kadang dah makan ubat atau vitamin pun masih rasa badan letih. Kenapa agaknya.

SUSAH NAK BANGUN TIDUR

Adakah anda rasa liat nak bangun tidur. Asalkan dah ‘landing-time’ kat tilam, memang susahnya nak bangun semula. Nyenyak tidur. Kalau kunci jam nak bangun pun, rasa MALAS NAK BANGUN jadi anda tutup alarm semula, dan sambung tidur. Pernah jadi macam ni? Atau selalu jadi?

 

BERGANTUNG KEPADA SESUATU UNTUK BUAT ANDA FOKUS

Perasan tak, kadang-kadang anda rasa letih sangat. Tapi bila anda ambik suplimen atau snek tenaga, atau kopi, barulah anda akan rasa sedikit cergas dan boleh fokus kepada kerja-kerja anda. Bila tak ambik, mula rasa letih lesu dan mengantuk semula. Apa puncanya anda selalu letih macam ni?

 

KEHIDUPAN MODEN PUNCA KETIDAKSEIMBANGAN TUBUH

Antara faktor yang menyumbang kepada letih lesu ni adalah ketidak-seimbangan hidup, iaitu kita makan kena cukup, tidur pun jangan terlebih kenalah cukup. Masa tidur kena betul. Tak boleh stress sangat. Jadi kalau semuanya ok. In shaa Allah kita akan ok. Tapi sesetengah orang dah buat pun semua tu, tapi masih tak cukup. Masih rasa mengantuk dan letih lesu. Bila pergi jumpa doktor perubatan pun, doktor ada yang kata seseorang yang letih lesu sepanjang masa ni tak dapat dirungkaikan masalah kesihatan mereka. Jadi terbitlah satu akronim para doktor iaitu TATT (Tired All The Time)(Letih Sepanjang Masa). Jadi, jom tengok secara terperinci, apa punca masalah anda sebenarnya.

 

PUNCA MASALAH LETIH LESU

 

1.  KURANG BERSENAM

 

Sibuk setiap masa di tempat kerja, tersangkut dalam kesesakan jalan raya, mengejar deadline, lalu kerja pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah. Balik rumah banyak lagi kerja-kerja nak dilakukan, melayan anak dan pasangan dan keluarga, stress dan sebagainya.

 

Semua ni menyebabkan kita mengetepikan keperluan tubuh kita untuk bersenam. Itu antara punca badan selalu letih.

 

Otot-otot di badan kita perlukan pergerakan konsisten iaitu bersenam. Banyak cara kita boleh bersenam. Antaranya sewaktu bangun awal pagi, buat stretching sedikit (sambil berzikir bagi yang Islam) sebelum masuk bilik air untuk mandi dan solat subuh (solat bagi yang Islam).

 

Menurut kajian dari Universiti Georgia, yang mengambil sampel dari beberapa orang dewasa yang selalu komplen letih lesu, mendapati, mereka yang mulakan senaman 3 kali seminggu dan 20 minit setiap sesi, dapat mengurangkan rasa letih dan mengantuk yangmembuatkan kita lesu (vice versa).

 

Ini terbukti, bila ada kajian kesihatan yang lain mendapati, senaman yang konsisten dapat membuat jantung dan peparu kita lebih aktif dan efisyen dalam menyedut dan menghantar oksigen ke seluruh sel tubuh.

2. BANYAK TERDEDAH DENGAN TELEFON BIMBIT / TELEFON PINTAR

 

Sebenarnya kita di zaman gadget lebih banyak mendapat ‘junk-sleep’ atau tidur yang tidak berkualiti.

 

Setibanya waktu nak tidur tu, selalunya kita tengok telefon bimbit kita terlebih dahulu untuk 5-10 minit, dengan harapan, mata akan mula mengantuk dan kita dapat tidur.

 

Tapi sebenarnya, tidur ‘junk-sleep’ ini membuatkan badan kita lebih stress kerana waktu kita dah nak tidur, badan kita telah bersedia untuk mengeluarkan hormon tidur.

 

Tapi kita pula tengok telefon, menyebabkan lampu dari telefon kita itu terus membuatkan otak kita dipaksa memberi signal kepada badan untuk terus bekerja seperti kita sedang berjaga. Hormon yang sepatutnya dikeluarkan untuk membuatkan kita lebih mudah tidur, ditukarkan kepada hormon yang lain iaitu untuk kita aktif bekerja.

 

Tapi setelah mata betul-betul letih melihat telefon, kita masih berasa sukar untuk tidur, dan tertidur dalam keletihan. Akibatnya, badan kita tidur dalam keadaan stress dan apabila kita bangun esoknya, kita akan berasa letih.

 

Sebaiknya, elakkan melihat telefon dan cahaya dari telefon, komputer atau tab-screen 1 jam sebelum kita tidur. Bacalah surah Al-Mulk dan doa sebelum tidur (bagi yang Islam). In shaa Allah kita dapat tidur yang lebih berkualiti, dan bangun paginya, badan kita akan berasa lebih segar.

 

3. PEMAKANAN YANG TIDAK BETUL

 

Kadang-kadang bila sibuk sangat dan sesetengah hari tu mengejar masa, kita sampai lupa nak makan. Adakalanya Cuma makan makanan yang mengenyangkan sahaja tanpa lihat pada aspek nutrisi makanan itu.

 

Makan sedikit sangat, dan tiada karbo yang cukup buatkan anda kurang bertenaga.

Manakala kalau asyik ambil makanan yang kurang diet seimbang dan berkalori tinggi, akan buatkan kita Cuma kenyang sahaja. Contohnya makanan yang banyak gula, garam dan lemak yang tinggi.

Makanan ni bukan aje akan buatkan kita cepat lapar semula, dan tidak bertenaga, malahan boleh menyebabkan kita cepat gemuk dan berat badan naik mendadak.

 

4. AMBIK KAFEIN

 

Ramai yang gila kopi kann..hehe.

Kadang-kadang bila kita nak kekal segar di pejabat atau di rumah, kita ambil kopi atau minuman berkafein tinggi. Memang lah kafein akan ‘buka’ deria kita, tapi hanya untuk seketika. Selebihnya kita akan rasa letih semula.

Minuman berkafein akan stimulat hormon adrenalin untuk seketika. Apabila hormon ini telah berkurangan, seseorang tu akan jadi letih semula. Malahan mungkin berdeabr atau rasa mengah seperti baru berlari atau melakukan kerja-kerja berat.

 

5. KURANG MINUM AIR

 

Kurang minum air kat sini maksudnya minum air kosong. Badan kita perlukan air kosong untuk meatbolisma badan yang cekap. Jika kurang air dalam badan, metabolisma badan akan mula perlahan dan lebih teruk bila cepat pula diserang penyakit seperti alahan, demam, selsema dan sebagainya.

 

6. NUTRISI TUBUH YANG CELARU

 

Bila terlalu banyak keadaan yang membuatkan tubuh badan kita stress, akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik, efisyensi metabolisme badan terganggu, dan hormon tubuh juga terganggu.

 

Bayangkan lah, tubuh kita semakin hari membesar dan menggunakan tenaga yang banyak setiap hari, tapi tubuh kita tak dibekalkan dengan nutrisi yang dia perlukan. Kasihan pada tubuh kita tu bukan?? Sebab itu lah kita sering letih dan lesu.

 

Kebanyakkan nutrient penting yang mengelakkan kita letih dan lesu adalah Vitamin B-Complex, Magnesium dan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E, Seleniun dan CoEnzyme10 atau Q10.

 

Ramai orang yang makan, tapi diet hariannya tidak mempunyai nutrisi lengkap untuk tubuh buat kerja dengan sihat. Akibatnya, badan jadi stress (nutrisi yang tidak cukup, hormon tidak seimbang, metabolisme perlahan dan oksigen yang tidak mencukupi) mengundang banyak penyakit-penyakit kronik di kemudian hari.

Sebab tu Mira suka nak sarankan pengambilan Nutrisi lengkap melalui Vitamin Shaklee. Shaklee ada Multivitamin Vitalea yang membekalkan nutrisi harian lengkap yang tubuh kita perlukan.

 

7. KURANG ZAT BESI ATAU ANEMIA

 

Ni Mira pernah alami sendiri. Anemia juga antara faktor yang menyumbang kelesuan. Boleh baca di entry (…) macamana Anemia mempengaruhi hidup sewaktu hamil.

Anemia atau Kurang Sel Darah Merah, menyebabkan kurang oksigen yang sampai kepada sel-sel dalam badan.

Ini menyebabkan sel badan tidak dapat bekerja dengan baik, kerana sel memerlukan oksigen dan nutrisi untuk metabolisme badan.

Orang yang anemia akan mudah berasa mengantuk, mengah, letih dan kadang-kala boleh pitam atau pengsan.

Orang anemia kurang nutrisi zat besi, kumpulan vitamin B dan folat. Pengambilan vitamin B-Complex, asid folik, vitamin C dan zat besi dapat membantu orang yang anemia menjalani hidup yang lebih baik. Boleh juga dapatkan vitamin yang berkaitan untuk mereka yang mengidap anemia (baca entri…??)

 

Lenguh yang tak keruan jugak menunjukkan badan kekurangan zat besi yang kritikal.

Sampai ada yang boleh jadi lenguh-lenguh yang teramat, terutamanya waktu kita rehatkan badan seperti duduk, atau baring. Ini kita sebut istilahnya “RESTLESS LEG SYNDROM”

 

Low blood iron levels are often lower in RLSpatients (typically below 50 micrograms/liter). There has been a growing realization that lowbrain iron metabolism may be a critical pathway in the development of RLS. Iron deficiency can also produce anemia (low hemoglobin and red blood cell count) and fatigue. – sumber: WebMD

 

Mira doakan supaya anda semua yang membaca tips ni dapat cara untuk membuat badan lebih cergas. Semoga anda semua juga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik, In shaa Allah.

Doakan Mira jugak untuk dapat tidur yang berkualiti ya.

 

UNTUK ORDER SHAKLEE BOLEH HUBUNGI MIRA

whatsapp: 019-2821775