6 SEBAB PENTING BLOG BAGUS UNTUK BISNES

6 SEBAB PENTING BLOG BAGUS UNTUK BISNES

Blog memang bagus untuk bisnes. Tak kisah la bisnes kita kecil-kecilan atau besar. Bila kita ada website atau blog, ia jadi ‘kedai maya’ kita. Dan seharusnya kita jaga ia sepertimana kedai physical.

Kelebihan Blog Dalam Bisnes

Saya rasa ramai yang tahu pasal blog atau FB atau Insta atau Twitter. Dan mesti juga ramai yang dah tahu pasal blog ni boleh menjana pendapatan.

Cuma, nak mulakan tu ramai yang masih teragak-agak, berbanding mereka yang terus menggunakan medium FB dan social media lain.

Sebenarnya, blog ni bukannya untuk orang nak buat bisnes sahaja. Tapi ianya juga adalah satu medium untuk mencari maklumat. Tak kiralah maklumat apa pun, travel, review produk atau perkhidmatan, resepi, kisah teladan, aktiviti sesuatu persatuan atau politik dan sebagainya. Macam-macam boleh kita elaborate dan semua tu boleh diceritakan di dalam blog. Jom kita kupas satu-persatu, bagaimana blog ini penting untuk bisnes.

 

Blog membuatkan kedai maya kita penuh cerita dan kisah tentang bisnes kita atau kredibiliti kita.

 

 

Blog Sebagai Pengantara Untuk Mendapat Income

Sebenarnya blog boleh menjadi satu medium yang berpotensi menjana income yang sangat luas.

Bayangkan kalau bisnes kita misalnya menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Orang yang nak menggunakan produk atau perkhidmatan seperti itu akan terus taip carian mereka di laman Google. Jika blog kita berada di bahagian teratas atau muka depan page Google, sudah tentu blog kita yang akan dipilihnya. Dan, sudah tentu potensi bisnes kita untuk diketahui oleh pelanggan kita itu lebih terbuka, lebih meluas. Eh, mestilah ada tips dan trick untuk membuatkan blog kita berada di muka surat google yang pertama. Tips ni kenalah tunggu post yang seterusnya.

 

Dan apabila blog kita berada di muka surat pertama, semestinya lebih banyak orang lain yang boleh capai kepada blog atau website kita itu. Semakin kerap orang menemui blog kita, semakin besarlah peluang untuk kita memasarkan produk dan pekhidmatan kita. Menarik bukan?

 

6 Sebab Blog Sangat Penting Untuk Bisnes?

Walaupun bisnes yangb besar-besar, hatta bisnes kecil-kecilan. Apa yang penting, kita nak orang ramai tahu tentang kelebihan bisnes kita, kelebihan dan bagusnya produk dan perkihmatan kita. Sebab tu banyak kelebihan blog ni untuk bisnes.

 

  1. Kandungan Entri Mudah dicapai dan Kekal Ditempatnya.

Kenapa agaknya kita lebih suka membuat post produk kita di FB, sedangkan di FB post kita itu tak akan kekal lama berada di atas post-post orang lain. Kita terpaksa berulang-ulang kali membuat post kita. (Ikuti tips post di FB pada post yang akan saya update nanti).

Sedangkan kalau kita membuat entri di blog, ianya lebih terjamin akan kekal di situ. Kita juga boleh memaparkan entri kita itu berulang kali di FB dan media social yang lain.

 

  1. Capaian Pelangan Seluruh Dunia Tanpa Had

 

Bergantung juga sebenarnya kita buka blog kita kepada negara mana. Sesetengah blog membuka kepda negara-negara luar selain Malaysia. Jadi, semua yang dapat akses kepada blog kita, sudah tentu dapat masuk ke blog kita, membaca dan mengetahui tentang bisnes kita. Jadi bisnes kita lebih terbuka luas

 

Berbeza dengan FB dan Instagram yang hanya newsfeed kita yang terpapar kepada rangkaian kawan yang berada dalam Friendlist seperti di FB.

  1. Boleh Bergerak Sendiri, Sentiasa – 24 Jam.

 

Jika kita harus ke mana-mana kawasan lain yang jauh dari kawasan base kita (rumah, pejabat atau lokasi yang kita diami), kita boleh bawa bisnes kita ni kemana sahaja. Yang penting, kita mesti ada akses dengan internet sahaja.

 

Blogging memerlukan mood juga. Waktu kita tengah relax-relax sambil nak sembang-sembang kosong, apakata kita pilih topik untuk terus masukkan dalam blog.

 

  1. Jimat Kos

 

Kalau dah namanya buat bisnes, semua orang akan membayangkan, kos tapak kedai, kos produk, kos pekerja, kos selenggara, kos utility, kos itu, kos ini dan segalanya kos sehingga boleh cecah ribuan ringgit.

Bisnes online ni, memang salah satu kelebihan adalah dapat menjimatkan kos sewa tapak kedai fizikal, utiliti, gaji staff, maintainance dan banyak lagi sebenarnya. Sebab itu, ramai yang berbisnes memilih untuk mengadakan blog atau website.

  1. Buit Duit 24 Jam Tanpa Tidur

 

Seronok kalau kita tak perlu risau bisnes kita jalan atau tidak ketika kita sedang tidur. Sebab kita tak akan tahu, kadang-kala ada pengguna potential customer kita yang ligat mencari semasa waktu kita sedang tidur.

Bila blog kita dah jadi macam KEdai Maya kita, kita tak perlu risau lagi untuk bercuti, atau ke mana-mana sahaja untuk sementara. Blog yang akan uruskan sebahagian dari bisnes kita.

 

Kita juga tak perlu bimbang, bila kita sedang sakit, atau pergi bercuti berhari-hari dan berminggu. Tak ada masalah! Blog kita masih boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja. Bisnes tetap jalan. Silap haribulan, time kita bercuti atau travel ke tempat jauh atas urusan kerja yang lain, trafik blog kita meningkat dan ramai pulak yang hubungi kita untuk minta produk atau perkhidmatan kita tu.

 

  1. Orang Yang Cari Kita

 

Percaya tak kalau kita usahakan blog kita tu hingga maju kehadapan sehingga mencapai trafik dan ranking SEO yang bagus, kita hanya perlu duduk diam, dan orang yang akan cari kita.

Bila kita nak pilih domain..ada tips dan tricks nya.. tunggu next post pasal ni pulak 🙂

Bisnes kita semakin lama-semakin releven pada Google dan orang pun mudah nak hubungi kita.

 

Dan…yang paling kita rasa seronok sangat nanti, apabila orang yang dah meneliti entry atau blog atau website kita tu, akan mudah untuk close deal dengan kita, tanpa banyak songeh.

 

Silap haribulan, terus dia main order aje, bank in dan hubungi kita sekadar untuk memaklumkan..haha. Best ke best??

 

KESIMPULAN

Terang lagi jelas, memang blog lebih releven untuk kita memasarkan produk, perkhidmatan, dan meluaskan empayar bisnes kita berbanding medium social media yang lain.

Cuma, kita perlu tahu, bagaiamana untuk kita dapat menarik perhatian Google untuk blog kita dibenarkan oleh pihak Google untuk berada di muka surat hadapan sekali di carian Google. Ada tipsnya tu, nanti boleh baca pada entri yang akan datang.

Hubungi saya Nor Hazmira Mihamzah untuk pertanyaan berkenaan blog atau webhosting.

Whatsapp: 019-2821775 www.wasap.my/60192821775 untuk reply yang lebih pantas..

Terima kasih 🙂

Mira Hamzah

Hi. Saya Mira. Pengedar Shaklee Aktif Kawasan Klang, kawasan Banting dan sekitar kawasan Kuala Langat, serta kawasan sekitar Shah Alam dan Bandar Subang. Manakala, saya juga membuat perkhidmatan pos produk Shaklee yang ditempah, melalui kurier. Saya adalah seorang surirumah (Work-at-home-mother) dan ibu kepada 4 orang anak yang sangat sukakan bidang nutrisi dan suplimen. Pengalaman kerja dahulu, adalah, saya seorang Safety, Health and Environment Executive di sebuah syarikat GLC iaitu Sime Darby Plantation. Bagi sesiapa yang berminat dengan produk Shaklee.. boleh hubungi saya di 0192821775. Atau follow saya di FB Page: Pengedar Vivix & Produk Shaklee Klang, FB: Mira Hamzah IG: MiraVitaShop Website: mirahamzah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge