BUKU YANG BUATKAN AKAK JADI GILA (part 1)

Ni buku waktu akak study dulu.. course ni waktu ambik Environment Ethics, kat UKM dulu.

 

Sebelum akak masuk kelas ni.. semua orang termasuk akak.. happy aje. Ye lah sementara nak tunggu lecturer masuk kelas, kita lepak sembang-sembang dengan kawan, gelak-gelak.. gosip-gosip bagai dulu..😂

 

Tapi bila 1.5 hour dok dalam kelas ni.. keluar aje.. muka kerut. Ade jugak kawan-kawan akak yang muka letih lesu, ade jugak yang muka confuse. Macam-macam riaksi muka kalau boleh rakam waktu tu.

 

Bila tiba masuk kelas ni sesi ke 4. Perangai sorang demi sorang lain sikit dari sebelumnya.

 

Daripada excited, jadi bosan. Ade jugak yang tertanya-tanya sesama sendiri kenapa course ni macam ni. Apa fungsinya kisah-kisah dalam buku ni. Apa tujuannya.

 

Akak pulak dah tak tahan sakit kepala dengan topik yang makin memeningkan dan menyayukan hati.

 

Sayu hati sebab kadang-kadang sedih kenapa akak kena masuk kelas ni untuk melayakkan akak lulus ijazah akak nih.

 

Ada jugak sebahagian hati ni sedih dengan cerita ayam, tikus, tenggiling, semut, kuda, pokok semalu, rumput dan sebagainya.

 

Akak beranikan diri ke depan dan bertanya lecturer En. Abdul Hadi Harman Syah.. ingat lagi nama lecturer tu..sebab lecturer tu ensem..kehkeh

 

En.Hadi kata, jangan risau kalau confuse dan makin confuse masuk kelas ni. Kalau confuse, maksudnya ada positif reaction kat frontal lobes.

 

Kalau tak confuse atau jiwa masih tak berubah, maksudnya ada masalah di bahagian otak frontal lobes yang sebahagiannya berfungsi untuk menafsir.

 

Ok..Seolah otak kami ‘dibasuh’ untuk melihat makhluk bernyawa dan tak bernyawa, seperti objek antara hidup dan mati.

Maksudnya di sini.. kami ada life. Mereka (haiwan dan tumbuhan, batu tepi jalan, hatta plastik yang terbuang dalam tong sampah, etc)

Semua benda ni pun ada life dan cita-cita mereka. Bukan manusia saja.

 

Semua pun nak jadi something berguna in current life and hereafter..

 

So manusia tak boleh rasa bagus, tanpa pedulikan perasaan haiwan, batu, pasir, pokok, (lipas pun En.Hadi ajar tau..adehhh).. semua tu ada jalan cerita masing-masing.

 

Gitulah yang diajar..hehe

 

Suatu hari yang panas terik..

 

Waktu tu akak nak balik kolej kediaman.. jalan dan stop kat sebuah bus stop.

 

Dok situ kejap…baru sedar.. akak rupanya berkongsi bus stop dengan seekor anjing yang tengah duduk situ.

 

-bersambung-

 

Kalau nak tahu kisah ni lebih lanjut, dan pengajaran di sebalik kisah ni.. tunggu sambungan cerita ni dalam beberapa hari lagi.. in shaa Allah.

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge