6 TIPS BERI KONSULTANSI PRODUK

Sekarang ni kan.. memang ramai yang dah jadi peniaga. Kalau dulu yang mana rasa selesa menjadi pekerja makan gaji sahaja.. kini dah beralih dengan kerja part time iaitu bisnes.

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam bisnes sendiri semestinya kita terasa bila kita terpaksa bersaing dengan seller lain. Nak..nak.. pulak kalau jual barang yang sama. Mestilah pakar dalam marketing dan sales. Barulah jualan laris dan cukup cycle, hasil lumayan.

 

Tapi dalam kita buat markerting produk dan servis yang kita tawarkan tu, kita mesti ada etika. Sama macam kalau kita bekerja makan gaji.. bila kita berbisnes sendiri pun, seharusnya kita beretika. Barulah kita professional dan orang yakin dengan produk dan servis kita.

 

1.JANGAN BURUKKAN BISNES ORANG LAIN / PRODUK ATAU SERVIS LAIN

Dalam buat marketing tu juga.. Jangan kita memburukkan produk lain di hadapan prospek baru..sebab..jika itu yang kita buat, prospek kat sana tu akan nampak bukan produk tu yang buruk.. tapi hati kita yang buruk. Ish..ish..

Sebaliknya cerita tentang kelebihan servis / produk yang kita jual dengan cara menarik.

 

2. SEMBANG SANTAI, BERI PENERANGAN JELAS DENGAN YAKIN DAN SENYUM

Nak tahu tak, kalau kita dah prepare apa yang kita tahu tentang customer (keperluan atau masalahnya) dan kita dah tahu apa yang boleh dibincangkan secara tersusun, pelanggan akan mudah mendengar dari mula hingga habis penerangan kita.

Kita boleh juga buat perbincangan ni macam berbual-bual santai. So tak delah pelanggan kita rasa serius macam lapor aduan kat pejabat polis..

 

3. DENGAR DENGAN TELITI

Kalau kita nak orang dengar apa yang kita cakap, kita pun kenalah dengar apa yang orang nak cakap. Begitu lumrahnya. jadi kalau pelanggan kita sedang menerangkan sesuatu, dengar dengan teliti dan beri respon sedikit. Respon sahaja bukan bidas apa yang diperkatakan atau mencelah sesuatu hingga dia terpaksa berhenti bercakap. Itu tak bagus.

Cuba latih untuk dengar sambil tangan merekod (kalau kita bercakap menerusi telefon).

 

4. CERITA KEBAIKAN SERVIS / PRODUK KITA BERBANDING MENIDAKKAN TENTANG SERVIS / PRODUK LAIN

Apa yang lebih baik adalah kita yakin dan ceritakan tentang kebaikan dan manfaat produk kita. Jika produk kita kemungkinan akan ada healing crisis kepada si prospek.. maka terus teranglah kepada prospek tu. Sesetengah orang tak bersetuju dengan cara ni. tapi bagi Mira ini penting, sebab kadang-kadang ada kes yang belikan untuk maknya yang duduk sorang-sorang kat kampung.

Misalnya anak hantar supplement ke kampung, pastu esoknya anak tu balik ke rumah sendiri, dan tinggal mak sorang…kalau mak sorang-sorang sakit demam disebabkan healing proses tu…kompom kesian kat mak tu. Silap haribulan dia berhenti makan supplement tu dan kesan kesihatan tak nampak lah kannn…supplement tu tak rugi..tapi anak dan mak tu lah yang rugi…hehe.

Tapi kalau lepas kita terangkan tengan healing proses tu dia tak leh nak terima, itu bermakna bukan rezeki kita.

Saya ada customer sebegini.. selepas saya beritahu tentang healing symptom, dia takut nak ambik dan stop kat situ aje. Lepas 2 bulan, dia contact saya semula untuk ambik produk tu terus, kerana dia kata dia dah tak tahan (dengan sakitnya) dan bersedia untuk healing symptom jika ada.

ORDER SET BERPANTANG SHAKLEE ANDA DENGAN SAYA

5. TERUS TERANG JIKA PRODUK ATAU SERVIS BOLEH MERUGIKAN PELANGGAN

Jika sesetengah produk yang kita jual, kita yakin tidak sesuai dengannya, beritahu dia kenapa produk itu tidak sesuai dengannya dan cadangkan lah produk lain yang sesuai dengannya.

 

Prospek akan lebih yakin dengan kita, respect kita as a seller and product advisor. Kalau selepas ni dia nak sesuatu produk atau servis yang kena dengan kita, dia akan ingat kita. Bina trust di sini.

 

6. DOA

Submit doa kepada Allah s.w.t. kerana Allah Taala lah bisness CEO kita. Dia yang mempermudahkan segala perjalanan bisnes kita. Sentiasa fikir positif dan kuatkan usaha deni capai target kita.

Alhamdulillah…Tu aje dulu tips..hehe. Semoga bermanfaat.

Image result for Doa
SETIAP USAHA KITA MESTI KITA MULA DAN AKHIRI DENGAN DOA. BARULAH KONSEP TAWAKAL ITU BETUL.

Kalau ade kekome yang nak try supplement Shaklee, boleh contact dengan Mira. Whatsapp aje terus senang. Kalau messenger kadang-kadang dapat serta-merta, tapi ada jugak yang kadang-kadang sebulan baru dapat notification…haha…entah mengapa…

Promosi 5% diskaun bagi pembelian 4 tong ESP.

                                                      Sepanjang Oktober 2017.

Mira

Pengedar Shaklee Sah (1211255)

COD di sekitar kawasan:

Sijangkang, Telok Panglima Garang, Banting, bandar Parkland dan Shah Alam.

POS ke seluruh Malaysia

 

WhatsaPP: 0192821775

http://www.wasap.my/60192821775

FB: Mira Hamzah

iG: mira_nhm

#tipsoftheday

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

2 thoughts on “6 TIPS BERI KONSULTANSI PRODUK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge