5 TIPS ANAK SUKA MAKAN SAYUR DENGAN RELA HATI

NAK TIPS SUPAYA ANAK SUKA MAKAN SAYUR ?

Semenjak masuk group FB “Real Kids Real Food” ni, Mira cuba nak ubah cara pemakanan anak-anak dari tak suka makan sayur, kepada suka makan sayur. Buah Mira tak payah risau, sebab anak-anak memang suka makan buah. Cuma sayur aje yang susah sikit nak makan. Atau senang cakap tak nak makan langsung.

Anak-anak Mira ni bukan tak makan sayur, tapi kena makan dengan paksaan. Satu lagi, memilih sangat. Yang diorang nak makan cuma timun dan buncis aje. Itu pun buncis tu kena tengok cara masak. Tak kena gaya masak… alamatnya sejuk kejong aje lah sayur tu atas meja makan tu. Tak disentuh pun.

Bawa anak ke pasar untuk mereka sendiri pilih sayur mereka. In shaa Allah mereka akan suka makan sayur nanti.

PAKSA ANAK MAKAN SAYUR

Ikut kan, Mira memang strict bab makan ni. Sebab anak-anak Mira ni picky eater. Jadi memang susah la nak makan makanan berkhasiat, sayur apatah lagi kannn. Lagilah berganda susahnya.. huhu.

Walaupun mak ayah diorang ni memang penggemar sayur-sayuran, tapi anak-anak tetap tak suka makan sayur. Tapi Mira ni tak nak putus asa. Kalau putus asa, esok ni alamatnya kena menjawab lah kat akhirat kan. Jadi, Mira guna cara Mira lah. Iaitu paksa dengan rotan kat sebelah meja makan. Ugut dengan rotan.

Tapi cara ni sebenarnya buatkan anak TERPAKSA MAKAN SAYUR. Dan diorang tak feel pun kesedapan sayur tu. Tak menikmatinya. So, setiap hari pun kita sebagai ibu bapa memang akan struggle dengan cara yang lebih stern. So, lama-lama bila anak dah besar, diorang takkan lah nak kena marah-marah lagi kan..

Lagipun menurut kajian, bila kita paksa anak makan sesuatu yang tidak disukainya. Dan anak makan dengan keadaan stress, akan menggangu sistem penghadamannya. Kalau kerap berlaku, sistem penghadaman dan reaksi bio-kimia dalam badan terganggu secara kekal dan menyebabkan masalah major dalam sistem gastrointestinal kelak. Hmm…nampak mudah kan? Niat nak sihatkan anak kita dengan makan sayur, tapi akhirnya menyebabkan masalah penghadaman. Siapa susah nanti ??

 

TIPS BUATKAN ANAK SUKA MAKAN SAYUR DENGAN RELA HATI

PILIH SAYUR YANG DISUKAI

Yang pertama sekali, pilih sayur yang anak suka makan. Kalau Mira, anak memang start tak suka loangsung makan sayur. Demonstrasi ayahnya makan sayur pun tak membuahkan hasil yang baik…hehe. So, Mira dan suami suka sangat cari majalah ke, atau resepi sayur bergambar yang menyelerakan tu, tunjuk kat diorang ni dan ceritalah bahawa sayur tu sedap.

 

BAWA ANAK KE KEDAI ATAU PASAR UNTUK PILIH SAYUR

Tips yang kedua, walaupun waktu ni diorang belum nak suka makan sayur. Tapi anak-anak ni, kalau diajak pergi ke kedai atau supermarket memang diorang laju je. hehe. So Mira ambil peluang ni untuk diorang tolong Mira pilih sayur-sayuran yang Mira dan diorang dah decide based on menu sayur yang diorang tengok dalam resepi masakan sayur tu.

Tapi part ni anak-anak yang besar lah yang akan participate. Anak-anak kecil pula, kita bawak diorang ke shelf sayur tu, tunjuk kat diorang, biar dioarng pegang sayur-sayur yang bright colors dan object view macam brokoli, kobis, timun, tomato, peria dan capsicum. Diorang sure akan tanya macam-macam. Time tu pakat lah mak-ayah ni berlakon depan diorang, katalah sayur tu sedapppp.. buat lah muka acah-cah makan. So anak-anak kecil ni pun akan ikut acah-acah makan jugak..haha.. Fun tau bila tengok keletah diorang tu.

CERITA KEBAIKAN SAYUR

Peringkat ketiga, kita ceritakan kebaikan sayur dan manfaat untuk kesihatan. Caranya:

macam Mira, waktu kat rumah, dok siang-siang sayur tu, boleh la panggil diorang ni untuk sama-sama bantu kat dapur. Yang kakak-kakak Mira mintak diorang untuk asingkan daun bayam dengan batang. begitu juga dengan sayur kangkung.

Yang adik-adik pula memang suka main dengan air. Suruh la diorang ni basuh tomatoes, terung, timun dan sebagainya yang dibeli tu. Waktu potong pun diorang nak take part jugak. Bagi jer can diorang nak main kat dapur tu. Bagi pisau mainan dan cutting board. Suruh diorang potong. Sure diorang buat.

Ceritakan sesuatu yang membuatkan anak boleh mengimaginasikan tentang sayur

Sambil-sambil tu, kita mulalah ceritakan tentang kebaikan sayur itu, sayur ini. Macam-macam cerita dan pelbagaikan cara nak bagi cerita sayur tu menarik.

Cara Mira, Mira suka ceritakan sayur kangkung yang banyak vitamin, bila masuk dalam badan, apa yang sayur tu boleh tolong organ-organ badan. Organ badan akan happy dan ucap terima kasih kat kita..sebab kita jaga organ-organ tu dengan makan sayur. Waktu ni selitkan juga perasaan organ-organ tu, bila lama sangat tak dapat sayur-sayuran. Mesti organ-organ tu kecewa.

Dan kalau selalu kecewa, badan mudah jatuh sakit. Dan susahlah nak pergi sekolah, belajar atau main kat luar rumah, atau jalan-jalan makan angin. Asyik kena baring dan tidur, makan ubat dan mungkin duduk lama kat hospital kalau sakit..haha… Part ni surely funny bila diorang dah start takut.

 

PELBAGAIKAN CARA MASAK, DAN FOKUS PADA CARA YANG DIORANG SUKAI.

Waktu ni kan, kita sebagai ibu khususnya yang selalu masak kat dapur (kadang-kadang ayah pun sama kan..) kena cuba resepi yang sesuai dengan anak. Contohnya, selepas Mira dah tahu anak-anak suka makan kangkung masak belacan. So Mira cuba buat pula masakan yang sama, cuma gantikan dengan kacang botor,

Well, totally knew memang diorang akan tolak sayur tu sebab bila dah siang rupanya pelik bagi diorang. So Mira campurkan dengan sayur buncis. memang diorang ni makan juga sayur buncis. So Mira ambil kesempatan ni untuk campur sayur-sayur ni dan cedok sesudu dua dalam pinggan diorang.

Mulanya response diorang dah boleh agak (tetiba tanya “ni sayur apa ni? Peliknya. Taknaklah”). Time ni pandai-pandailah pujuk dan ceritakan kebaikan macam kita selalu buat. Cuba pujuk dan cuba je. tapi jangan paksa. Cuma pujuk aje. Kalau diorang tak nak jugak, that’s it.. stop dulu. Jangan paksa. Cuba lagi lain kali. Sebab tu kena sabar dan tabah…haha.

Bila kita masak bersama dengan anak, mereka lebih cenderung untuk mencuba masakan mereka, walaupun mereka tak masak, tapi hanya menolong, mereka akan teruja untuk mencubanya. Sumber gambar: Google

Anak-anak sukakan minum petang. Jadi ibu-bapa boleh kreatif, pelbagaikan menu masakan yang berasaskan sayur supaya anak suka makan sayur. Sumber gambar: Google

CUBA SAYUR BAHARU

Anak Mira lepas tu dah suka makan lebih dari 1 jenis sayur dah..iaitu:

Kacang buncis, kacang botor, kangkung, bayam, timun dan kubis, salad.

So, it is time untuk diorang makan tomato pulak. Biasalah budak, kalau tengok warna merah-merah ni, dah macam cili. Walaupun tahu tu bukan cili..tapi diorang refuse jugak nak makan.

Suatu hari tu Mira buat nasi ayam. Jadi Mira balutkan salad dan hirisan tomato tu. kKmudian cicah dengan sos cili nasi ayam tu dan kicap. Pastu, Mira lah yang jadi model terbaik depan anak-anak.

Model ni bukan sikit-sikit tau.. Sayur tu, hampir setengah pinggan Mira dah habis makan baru diorang tanya, “Ma, makan sayur macam tu sedap ke ma?” Haa…waktu ni lah kita nak cucuk jarum, “Of course sedap. Sedap sangattt!” Pastu mama tambah tentang kebaikan sayur tu. “Fuh! Sedap!” Ulang-ulang aje ayat tu sambil makan depan diorang dengan cara paling sedap, menggiurkan.. Siap makan sambil pejam mata gitu… haha.

Pastu tetiba: “Mama, nak makan jugak..” kata KakNgah. Kak Long Mia perhati aje.

Lepas dia makan, dia kata..”Eh, ok lah. Alah tak rasa apa-apa pun.. macam kita makan salad aje.. Jadi kalau tak rasa apa-apa sangat, boleh la makan…”

See… nampak tak? Diorang ni kalau bab makan sayur, kalau diorang suka taste yang satu tu, yang tu lah diorang nak. Taste yang lain takut dah nak try. Kebanyakan ibu bapa pula, bila anak-anak dah start makan satu jenis sayur aje, dan refuse nak try taste baru, ibu bapa dah tak nak encourage anak try taste sayur yang lain. Sebabnya takut anak terus tak nak makan sayur pulak. Lagi haruuuuu…

So bila kita buat acah-acah lakon over macam tu, memang akan tarik perhatian mereka untuk sama-sama cuba.

PEMAKANAN SIHAT DAN SUPLIMEN TAK TINGGAL

Selepas makan makanan harian beserta sayuran dan buah-buahan, Mira tetap amalkan Vitalea dan OmegaGuard untuk kesemua anak-anak Mira.

Vitamin dan suplemen minyak ikan ni sangat penting, bukan sahaja untuk mengisi kelompongan nutrisi yang hilang (nutrisi boleh hilang ketika sayuran masih di pokok, hilang semasa sayuran dimasak dan cara penyediaan) , tapi juga untuk meningkatkan imun tubuh diorang yang fragile ni, supaya kekal sihat dan aktif. Otak pun semakin fokus pada pelajaran dan kurang berisiko untuk jatuh sakit sepertin demam, selsema dan sebagainya.

Bila anak-anak makan supplement yang betul, anak makin selera untuk makan sayur

Ok, mak ayah kat luar sana. Selamat mencuba buatkan anak-anak suka makan sayur..

Untuk lengkapkan nutrisi anak korang, boleh terus berikan Vitalea For Kids dan OmegaGuard dan Mealshakes untuk anak-anak sihat dan cemerlang dunia akhirat.

 

Untuk order Shaklee, boleh berhubung dengan Mira terus secara whatsapp:

019-2821775

www.wasap.my/60192821775/throughblog-saya-nak-order-shaklee

BAKAL KAHWIN HUJUNG MINGGU NI? Plan Untuk Dapat Anak? Tunggu sekejap.

NAK KAHWIN PLAN BETUL-BETUL, TAPI NAK PREGNEN?? PLAN BETUL-BETUL TAK??

Sebab apa ya entri kali ni dihasilkan?

Sebenarnya tujuan entri ni adalah untuk timbulkan kesedaran kepada pasangan yang bakal berkahwin, dan dah pun berkahwin untuk plan betul-betul tentang kesihatan bakal ibu dan bakal ayah, sebelum ibu tu hamil.

Kesian sungguh Mira tengok ibu-ibu hamil yang dah pulun sepulun-pulunnya menjaga pemakanan..

Sungguh-sungguh jaga tak ambil minuman dan makanan manis, tak ambik nasik banyak, tak boleh makan itu, tak makan ini.. Aleh-aleh terkena juga Gestational Diabetis atau GDM, atau maksudnya diabetis ketika hamil.

Image result for gestational diabetes
Ni lah kenapa doktor dan nurse kat klinik kesihatan tu dok selalu nasihatkan ibu-ibu yang GDM kena jaga-jaga pengambilan makanan yang boleh bertukar kepada glukos seperti nasi, roti dan sebagainya.

Lepas tu HB pulak rendah sebab si ibu dok kontrol sangat makanan supaya gula dalam darah tak spike. Silap percaturan, akibatnya pemakanan yang kaya zat besi pulak tak cukup.

Nurse dan doktor sentiasa tak jemu-jemu nasihatkan untuk makan itu, ini. Sampai ibu jadi stress sikit.

Dah la cucuk dan puasa utk cek gula dalam darah sokmo aje. Makan pil zat besi lagi.

Dah nak dekat masuk 9 bulan, HB masih paras bahaya. Untuk selamatkan nyawa ibu dan bayi, doktor terpaksa sarankan untuk suntik infron (zat besi) kat punggung sekerapnya.

Dah suntik pun, silap haribulan dah nak dekat bersalin…masih kurang HBΒ darahnya..huhu (boleh baca artikel bagaimana nak atasi masalah HB rendah di sini)

Dugaan ibu hamil..

Dahhh… nak buat cemana.. dah rezeki kita tu macam tu. Orang mengandung ni pembawakan..terima aje lah..?

Pernah dengar kan statement macam ni??

Well.. betul segalanya ditentukan Allah..

Pembawakan budak dan rezeki masing-masing semua tu memang lah betul. Semuanya dah ditentukan Allah..

Jodoh kita pun ditentukan Allah kan.. Tapi yang bestnya, tahu pulak kita plan nak jodoh yang terbaik sebelum-sebelum fasa bertunang lagi kan? Kita tengok dulu keserasian pasangan dan mohon pada Allah sebelum kita terima pasangan kita tu.

Related image
Cantik sangat kedua pasangan pengantin ni. Ni sekadar gambar hiasan bagi artikel Mira ni.

 

NAK KAHWIN PLAN BETUL-BETUL, TAPI NAK PREGNEN?? PLAN BETUL-BETUL TAK??

Bila kita nak kahwin pula kita plan dah tarikh bila, nak beli apa, kenduri macamana dan segalanya mesti dalam perancangan yang rapi.

Semua tu kita plan dengan sangat baik.

Tapi..

Bila kita nak timang cahaya mata. Kita cuma tahu plan untuk pregnen sahaja..

Kebanyakan pasangan akan alert bila haid lewat atau apa sahaja simptom hamil. Tapi, ade tak pasangan tu plan betul-betul kesihatan tubuhnya, kesihatan rahimnya, kesihatan spermanya dan segalanya yang boleh merosakkan kesihatan dan kualiti sistem pembiakan, telur dan sperma??

Ada.. tapi tak ramai yang plan macam ni..(cuba tengok dibawah)

Kehamilan memerlukan tubuh wanita bersedia sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum penempelan embrio di didnding rahim wanita tu.

Manakala bagi pasangannya pula, lelaki tersebut perlu juga memastikan pemakanan, senaman dan segalanya demi memastikan sperma berkualiti.

 

PLAN SIHAT SEBELUM HAMIL

Plannya boleh Mira cadangkan macam ni… Ini hanya cadangan sahaja tau. Tapi cadangan ni jugak lah Mira petik dari kelas kesuburan yang Shaklee anjurkan, iaitu cadangan daripada seorang doktor yang arif tentang kesuburan.

  • Bagi pasangan yang dah tau tarikh nak kahwin, misalnya kan sabtu minggu ni tarikh nak menikah.. Sepatutnya 3-4 bulan lepas lagi bakal isteri dah start ambik multivite Vitalea, makan B-complex yang siap-siap ada asid folik.
  • Lepas tu ambil protein (ESP) dan makan semua yang kaya dengan zat terbaik. Ini penting untuk prepare badan ibu tu supaya cukup storage kalsium, zat besi dan segala nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi.
  • 3-4 bulan sebelum nikah tu, kurangkan ambik makanan terproses, makanan kurang lemak tapi protein tinggi hehe..πŸ˜„.
  • Teruskanlah exercise untuk stabilkan hormon.. risiko untuk mendapat GDM akan berkurang.
  • Bagi bakal suami pulak.. ambik lah protein yang cukup setiap hari, bermula 3-4 bulan sebelum tarikh bernikah.
Image result for kesuburan lelaki
Betapa bahagia si isteri, bila suami mengambil berat tentang kesihatan dirinya sewaktu hendak menima (Gambo hiasan…pinjam dari FirdausAzizi.my)
  • Kurangkan atau berhentikan lah terus tabiat merokok demi insan-insan tersayang dan masa depan mereka.
  • Bakal ayah mestilah ambil pemakanan seimbang, bersenam dan supplement diri dengan Vitamin E Complex, ESP dan Vitalea untuk meningkatkan kualiti sperma.

Image result for kesuburan lelaki

Sebab sekarang ni, kalau masalah kesuburan dan kegagalan untuk hamil bukan tuding jari pada wanita sahaja..

Bila cek-cek balik rupanya telur si isteri takde masalah. Tapi sperm pulak tak berkualiti..

Image result for sperma tidak berkualiti

Image result for sperma tidak berkualiti
Ramai yang tak tahu, sperma lelaki memainkan peranan yang sangat penting untuk menjamin baka yang baik sebelum fasa kehamilan.

Kalau lekat pulak, baka kandungan berisiko ada masalah dan keguguran. Boleh rujuk kisah hamil dan keguguran di sini.

Atau..kot-kot takde masalah waktu hamil.. masalah pulak waktu dah nak bersalin nanti..

Semua tu ada impaknya..

Image result for anak
Kesihatan dan kecemerlangan anak-anak bermula dari waktu kita belum menjadi ibu bapa.. bahkan sebelum kita menjadi suami isteri.

Allahuakbar.. Maaf jika Mira dah bernada bebel pulak. Tak langsung Mira niat begitu. Mira dulu pun naif perkara ni. Mungkin bila Mira dah attend kelas, Mira dah tahu cara untuk kita jaga kesihatan tubuh sebelum kehamilan, menyebabkan Mira sedikit emosi, bila tengok ibu-ibu hamil bertarung nyawa dan tenaga sepanjang tempoh hamil, bersalin dan berpantang.

 

EVERYTHING STARTS FROM PARENTS

Kalau boleh pasangan yang nak kahwin ni, jangan pegi kursus kahwin aje.. tapi pergilah sekali kelas kesuburan, dan kelas parenting..

In shaa Allah..bila kita usaha, tawakal.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita..

Bagi yang dah pun hamil, jangan risau, masih belum terlewat.. Ambillah Set Hamil Premium Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

 

Juga ambillah Set Berpantang Shaklee untuk membantu ibu kekal sihat, badan tak sakit-sakit dan penyusuan dapat dilakukan sesempurna yang boleh.

Nasihat berbaur sayang dari Mama Mira..
πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Untuk mengetahui supplement yang terbaik untuk kesuburan suami isteri boleh klik di sini, atau supplimen semasa hamil dan berpantangnatau penyusuan (klik di sini), boleh hubungi terus Whatsapp No.:

019-2821775

In shaa Allah Mira akan bantu dari segi pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan kesihatan, dan objective target pasangan tersebut.

Wallauhalam.

KERATIN: Elemen penting untuk kulit cantik dan sihat

Keratin adalah protein yang melindungi sel ephithelial daripada rosak atau pun stress. Ia membantu membina kulit luaran manusia.

 

Image result for keratin structure skin

 

Bila kita kurang ambil protein, atau segala protein yang kita ambil asid aminonya tidak lengkap, kita akan kekurangan keratin. Sel di lapisan epidermis juga sukar dibina dengan baik sekiranya keratin tidak cukup.

Ini menyebabkan rambut gugur, kulit kering atau kulit merekah dan kuku rapuh.

Sebab tu digalakkan sangat, bagi wanita dan lelaki yang nakkan kulit yang cantik, rambut yang sihat dan kukuh akarnya, ambil ESP dan Vitamin C.

Image result for ESP Shaklee

ESP mempunyai ‘asid-amino-perlu’ yang lengkap, sehingga badan kita dapat membina semua ‘asid-amino-tak-perlu’ dan membina protein yang diperlukan.

Image result for asid amino

Vitamin C membantu pembinaan kolagen dan membantu juga dalam proses pembaikpulih kulit dan segala bahagian yang memerlukan khidmat vitamin C.

Image result for Vitamin C Shaklee

Patutlah bagi mereka yang ambil Set Cantik Shaklee yang basic ni (ESP & Vita-C Plus), secara konsisten, dapat kulit yang cantik, dan kesihatan tubuh optimum.

Jadi, jom ambik ESP yang sekarang ni tengah ada promosi. Dan lengkapkan set kulit sihat dengan Vitamin C Shaklee.

Whatsapp Mira untuk order Vitamin atau nak consultancy

Whatsapp: 019.282.1775

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

#pengedarShakleeSijangkang#PengedarShakleeTelokPanglimaGarang#PengedarShakleebandarParkland#PengedarShakleeShahAlam

Healing Crisis

Ramai pulak member yang makan Shaklee, beli kat SID lain tapi mai tanya kat aku.. haih..

 

Kalau ikut mentor aku cakap.. beli kat SID tu, mintak advice SID itu lah.. sebabnya kita belajar pergi kelas kos ratus2.. ribu2.. dan cari rezeki.. melalui konsultansi. Consultancy kita bukan free..kalau nak bagi free hanya pada yang membeli dengan kita atau downline kita sahaja.

 

Ye aku akui.. tapi nak buatmacamana.. aku jenis lembut hati. Walau dah smash depa suh pi tanya kat SID depa beli tu.. depa nak gak tanya aku.. so aku.nak buat macamana dah.. dah itu ketentuan Allah depa mai tanya kat aku.. So aku jawab lah seadanya.

2 hari lepas member call.. dia makan vivix yang dibeli dari seorang SID yang lain.. dia now tengah menghadapi healing crisis.

 

Healing crisis adalah sesuatu yang bagus. Bukan sebaliknya.. kena faham yang tu. Healing crisis menunjukkan badan seseorang tu react dengan vivix secara positif.

 

Lain orang lain healing crisis nya..

 

Lain orang lain tempoh healing crisisnya..

 

Yang penting teruskan ambil vivix dan minum air sebanyak-banyaknya..

 

Sewaktu healing crisis.. sel-sel tengah dipulihkan.. ada juga sel yang dah tengah sakit dipulihkan.. ada sel yang teruk sangat (nekrosis) terpaksa disingkirkan dari badan. Kalau penyingkiran sel yang terprogram atau terancang kita panggil apoptosis.

 

Dalam tempoh ini jugak sistem imun tengah ligat membantu melawan dan membuang toksin dari badan.

 

Senang nak paham kita pikiaq macamni..

 

Bayangkan cat kereta kita ada yang dah lepuh2. Macam mengelupas gitu.. So kita nak tukar cat kereta. Kalau kita cat aje terus cat baru kat atas cat lama.. ok aje cantik pun.. cepat, senang kerja, entah-entah lagi murah. (Aku tak tau sgt bab-bab ni)

 

Tapi bertahan lama ke cat baru tu. Cat lama yang mengelupas kat dalam layer bawah tu still ada.. lama-kelamaan cat lama tu akan merosakkan pulak layer cat yang baru. Rosak cepat.. rugi duit.. kann..

 

So.. seeloknya kita kikis dulu cat yang lama.. kasi buang.. aku tengok cerita ‘count’ yang pakar buat kereta, cat dan design kereta tu.. dia sebut dalam.sarikata bahasa melayu – proses kikis cat ni disebut ’emplas’. Ha.. dah emplas cat lama.. pastu ratakan permukaan besi kereta, pastu baru cat baru kat atasnya. Cat tu akan tahan lama.. lagi berbaloi kann..

 

So back to our topic..

 

Tak heran la kalau makan vitamin semulajadi ade healing crisis yang sakit-sakit badan, lenguh sana sini… sebab sel-sel tengah dipulihkan.. ibarat tengah di emplas, ibarat tengah di ‘polish’.

 

Yang penting ikut aturan makan. Makan real food yang sebenar dengan betul. Waktu healing process kurangkan pengambilan gula dan cuba ambik sekali Vivix dengan OmegaGuard.. OmegaGuard adalah supplement yang tinggi asid lemak omega-3, yang sangat bagus untuk meredakan sakit-sakit badan dan sendi.

 

Kuatkan imun dengan ambik Nutriferon, vitamin C, ESP dan B-Complex.

 

Banyak sangat ???

 

Eh.. awak makan nasik dengan lauk pun pelbagai jenis kan.. pastu siang makan lain, malam awak nak menu lain pulak kan..kan..kannn….

 

So.. nak sihat.. jom la kita ikhtiar bebetul. Makan sayur n buah banyak2. Minum air bebanyak.. Tak rugi pun.. in shaa Allah awak dah buat yang betul. Supplement Shaklee is supplement yang natural. Ada klinikal dan landmark study lagi. :D. Tak caya gie gugel Landmark study. Hanya Shaklee aje yang ada Landmark Study..

 

Trust the #LandmarkStudy.

Trust me! πŸ˜€

 

Mira, WAHM Shaklee

019.2821775

Carilah rezeki, amal baik dan beribadahlah selagi tubuh masih mampu

Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu.. kann..

 

Dengan harga barang yang meningkat..

 

Kos sara hidup yang tinggi..

 

Waktu Mira balik ke Kulim naik bas sensorang haritu.. Mira nampak ramai gelandangan yang tidur bawah jejantas.. bawah jambatan.. dan yang sedihnya kebanyakan mereka tua-tua dah umurnya..

 

Waktu bebaru ni balik kulim pulak.. Allah beri kesempatan duduk sebelah makcik dan pakcik tua yang sama-sama tunggu giliran waktu kat KK.. saja sembang-sembang dengan diorang sementara Mira tunggu nombor mira dipanggil..

 

Rupanya makcik pakcik tu masing2 dah umur 68 dan 73 tahun. Duduk rumah sendirian.. anak ada 7 orang.. tapi masing2 berumahtangga dan kerja di kejauhan. Jadi untuk tampung perbelanjaan kedua-dua suami isteri ni kerja.

 

Makcik tu buat kuih. Pakcik pulak jadi guard kat sebuah kilang.

 

“Bukan anak-anak makcik tak bagi duit kat kami.. tapi diorang pun tak cukup. Masing-masing buat dua kerja nak tampung rezeki kat kota.. Kesian… bukan mudah nak senang lenang sekarang ni”

 

Bagusnya makcik dan pakcik ni..sentiasa fikirkan anak cucu.. Diorang jadi contoh kepada Mira.. iaitu berusaha sungguh2 selagi ada kudrat.. selagi ada tulang 4 kerat.

 

Teringat kat mak ayah mira.. diorang pun, bila anak-anak dah balik ke rumah masing2.. sedih aje deme dua..

 

Disebabkan tu.. big why Mira untuk maju dalam Shaklee semain membara. In shaa Allah.. tua-tua nanti ada lah duit simpanannya.. ameen.

 

Mira

019.2821775

 

#fathonahamazing #Shakleeamazing #tsunamishaklee #amazing10

 

  • www.mirahamzah.com

Kisah abam macho tak jadi

 

Teringat dulu kat universiti..

 

Waktu tu aku dok satu kelab nih.. ada satu cik abe macho nih.. kalau dia tak capai target haritu selalu dibilang “alah..dah rezki harini banyak tu aja.. terima lah..kita redo lah..” haha..terus tak macho bila dia said lagutu..Manager teruih tepuk meja!

 

Manager kami yang ni final year student..cengei bak hang (garang). Setiap hari akan tanya sorang demi sorang (round table) capai target ke tidak.. kalau capai macamana next target pulak.. kalau tak capai pasaipa? Bagi sebab.

 

Kelab yg aku maksudkan bukan kelab malam (ketuk kang).. kelab tu persatuan lah.

Depa ajaq cari duit, buat marketing bagai.. method cari duit.. berniaga, telemarkerting, shop to shop, house to house, back to back.. haha..

 

Matlamat cari duit: Kami nak bayaq fee naik kapai terbang Mas (waktu tu air asia baru nak diperkenalkan..). Nak pi buat amal untuk anak2 sekolah rendah yang perlukan khidmat kami.

 

Setiap sen nak kena cari utk naik kapai terobang tu..

 

Setiap cara nak kena buat untuk kami sampai kat destinasi kami nak tuju tu.. pastu dok kat tempat yang sesuai..selama seploh hari (10 hari kay)

 

Mana nak cekau duit..Kalau tak cari bebetui.. waktu tu ingat lagi kat kalender..dah tinggal 7 hari aje.. tolak sabtu ahad orang tak kerja.. tinggal 5 hari. Abam manager suh gak approach orang hari sabtu ahad tuh. Yang penting bawak balik duit.. tapi bukan mencurik la…kami pecah2 ikut patner.. kene pi shop to shop cari duit. Berniaga sambil beramal.

 

Aku dan partner pi shop to shop… last2 jumpa Datuk mustafa maarof (dah arwah dia.. innalillahiwainnalillahi rajiun)

 

Pelakon veteren yang hensem tuh.. siap dia bagi rm 70 kat kami.. production guy dia.bagi sorang rm10.. total kami keluar dari production house tu was rm 100.. siap dapat gambo ngan arwah Datok mustafa maarof tuh huhu.. best..best..

 

Arwah Datuk sempat pesan kat kami dua orang.. “Jaga diri elok2. Hati2 jalan tu..kat sini bahaya.. budak perempuan macam korang kena hati-hati” “Belajar sungguh2.. buat kerja apa pun biarlah ikhlas.. in shaa allah kita akan berjaya”

 

Tapi apa pun kami berjaya kumpul duit lebih dari cukup.

 

Kami pi sana dan balik.. siap pi bercuti2 lagi.. huhaa.. ada yang siap dapat adik angkat, mak angkat kat sana.

 

Bagus abam manager tu…yang manage kami buat duit banyak2 tuh.. banyak pahala dia dapat berkoyan2.. ameen.

 

Haih.. sebenaqnya nak habaq.. nak ajak korang yang berbisnes nih.. kita toksahlah jadi macam abe macho-tak jadi tuh.. jom kita semua jadik macam abam manager tuh..hihi

 

*gambar arwah Datuk jadi inspirasi.. kata2 arwah Datuk masih segar diingatan. Arwah adalah seorang yang sangat baik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

Jom detox bersama VIVIX

Hi kome2.. bulan lepas dah grab VIVIX ke?

 

Ni mira nak share sikit pasal kebaikan detoks dengan VIVIX shaklee..

 

Sebab ape tau.. bukan aje VIVIX ni antipenuaan dan boleh bantu mengupgredkan kesihatan secara menyeluruh hehee.. tapi boleh juga untuk berdetoks. Haa.. best kann!

 

Ok ni ada manfaat yang semua yg dah beli atau nak beli vivix mesti tahu:

 

πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™

13 Kebaikan Detox Programme bersama Vivix Shaklee

πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™

 

πŸ’— Mengeluarkan dan membersihkan kotoran termasuk bahan toksik dan beracun daripada sistem tubuh

 

πŸ’— Memperbaiki aliran darah ke organ organ dalam badan

 

πŸ’— Β Kulit wajah lebih cerah, bersih dan glowing.

 

πŸ’— Memperbaiki masalah penglihatan dan penghadaman

 

πŸ’— Mendapat tidur yang baik dan berkualiti

 

πŸ’— Membantu menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama merendahkan paras kolesterol LDL

 

πŸ’— Memperbaiki dan memperbaharui sel sel dari tahap sellular. Kulit akan nampak lebih bermaya dan segar.

 

πŸ’— Nampak awet muda dari umur sebenar. Memberikan perlindungan anti oksidan serta melambatkan penuaan

 

πŸ’— Badan akan berasa lebih ringan, sihat dan bertenaga dari sebelumnya

 

πŸ’— Meningkatkan tahap imun badan terhadap penyakit

 

πŸ’— Menyokong kesihatan otak, jantung dan sendi

 

πŸ’— Mengurangkan simpton lelah, batuk, selsema dan sesak nafas.

 

πŸ’— Menggalakkan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan

 

Ok.. sesape nak vivix, boleh Whatsapp mira. πŸ˜€

 

MIRA

019-2821775