BAKAL KAHWIN HUJUNG MINGGU NI? Plan Untuk Dapat Anak? Tunggu sekejap.

NAK KAHWIN PLAN BETUL-BETUL, TAPI NAK PREGNEN?? PLAN BETUL-BETUL TAK??

Sebab apa ya entri kali ni dihasilkan?

Sebenarnya tujuan entri ni adalah untuk timbulkan kesedaran kepada pasangan yang bakal berkahwin, dan dah pun berkahwin untuk plan betul-betul tentang kesihatan bakal ibu dan bakal ayah, sebelum ibu tu hamil.

Kesian sungguh Mira tengok ibu-ibu hamil yang dah pulun sepulun-pulunnya menjaga pemakanan..

Sungguh-sungguh jaga tak ambil minuman dan makanan manis, tak ambik nasik banyak, tak boleh makan itu, tak makan ini.. Aleh-aleh terkena juga Gestational Diabetis atau GDM, atau maksudnya diabetis ketika hamil.

Image result for gestational diabetes
Ni lah kenapa doktor dan nurse kat klinik kesihatan tu dok selalu nasihatkan ibu-ibu yang GDM kena jaga-jaga pengambilan makanan yang boleh bertukar kepada glukos seperti nasi, roti dan sebagainya.

Lepas tu HB pulak rendah sebab si ibu dok kontrol sangat makanan supaya gula dalam darah tak spike. Silap percaturan, akibatnya pemakanan yang kaya zat besi pulak tak cukup.

Nurse dan doktor sentiasa tak jemu-jemu nasihatkan untuk makan itu, ini. Sampai ibu jadi stress sikit.

Dah la cucuk dan puasa utk cek gula dalam darah sokmo aje. Makan pil zat besi lagi.

Dah nak dekat masuk 9 bulan, HB masih paras bahaya. Untuk selamatkan nyawa ibu dan bayi, doktor terpaksa sarankan untuk suntik infron (zat besi) kat punggung sekerapnya.

Dah suntik pun, silap haribulan dah nak dekat bersalin…masih kurang HB darahnya..huhu (boleh baca artikel bagaimana nak atasi masalah HB rendah di sini)

Dugaan ibu hamil..

Dahhh… nak buat cemana.. dah rezeki kita tu macam tu. Orang mengandung ni pembawakan..terima aje lah..?

Pernah dengar kan statement macam ni??

Well.. betul segalanya ditentukan Allah..

Pembawakan budak dan rezeki masing-masing semua tu memang lah betul. Semuanya dah ditentukan Allah..

Jodoh kita pun ditentukan Allah kan.. Tapi yang bestnya, tahu pulak kita plan nak jodoh yang terbaik sebelum-sebelum fasa bertunang lagi kan? Kita tengok dulu keserasian pasangan dan mohon pada Allah sebelum kita terima pasangan kita tu.

Related image
Cantik sangat kedua pasangan pengantin ni. Ni sekadar gambar hiasan bagi artikel Mira ni.

 

NAK KAHWIN PLAN BETUL-BETUL, TAPI NAK PREGNEN?? PLAN BETUL-BETUL TAK??

Bila kita nak kahwin pula kita plan dah tarikh bila, nak beli apa, kenduri macamana dan segalanya mesti dalam perancangan yang rapi.

Semua tu kita plan dengan sangat baik.

Tapi..

Bila kita nak timang cahaya mata. Kita cuma tahu plan untuk pregnen sahaja..

Kebanyakan pasangan akan alert bila haid lewat atau apa sahaja simptom hamil. Tapi, ade tak pasangan tu plan betul-betul kesihatan tubuhnya, kesihatan rahimnya, kesihatan spermanya dan segalanya yang boleh merosakkan kesihatan dan kualiti sistem pembiakan, telur dan sperma??

Ada.. tapi tak ramai yang plan macam ni..(cuba tengok dibawah)

Kehamilan memerlukan tubuh wanita bersedia sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum penempelan embrio di didnding rahim wanita tu.

Manakala bagi pasangannya pula, lelaki tersebut perlu juga memastikan pemakanan, senaman dan segalanya demi memastikan sperma berkualiti.

 

PLAN SIHAT SEBELUM HAMIL

Plannya boleh Mira cadangkan macam ni… Ini hanya cadangan sahaja tau. Tapi cadangan ni jugak lah Mira petik dari kelas kesuburan yang Shaklee anjurkan, iaitu cadangan daripada seorang doktor yang arif tentang kesuburan.

  • Bagi pasangan yang dah tau tarikh nak kahwin, misalnya kan sabtu minggu ni tarikh nak menikah.. Sepatutnya 3-4 bulan lepas lagi bakal isteri dah start ambik multivite Vitalea, makan B-complex yang siap-siap ada asid folik.
  • Lepas tu ambil protein (ESP) dan makan semua yang kaya dengan zat terbaik. Ini penting untuk prepare badan ibu tu supaya cukup storage kalsium, zat besi dan segala nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi.
  • 3-4 bulan sebelum nikah tu, kurangkan ambik makanan terproses, makanan kurang lemak tapi protein tinggi hehe..😄.
  • Teruskanlah exercise untuk stabilkan hormon.. risiko untuk mendapat GDM akan berkurang.
  • Bagi bakal suami pulak.. ambik lah protein yang cukup setiap hari, bermula 3-4 bulan sebelum tarikh bernikah.
Image result for kesuburan lelaki
Betapa bahagia si isteri, bila suami mengambil berat tentang kesihatan dirinya sewaktu hendak menima (Gambo hiasan…pinjam dari FirdausAzizi.my)
  • Kurangkan atau berhentikan lah terus tabiat merokok demi insan-insan tersayang dan masa depan mereka.
  • Bakal ayah mestilah ambil pemakanan seimbang, bersenam dan supplement diri dengan Vitamin E Complex, ESP dan Vitalea untuk meningkatkan kualiti sperma.

Image result for kesuburan lelaki

Sebab sekarang ni, kalau masalah kesuburan dan kegagalan untuk hamil bukan tuding jari pada wanita sahaja..

Bila cek-cek balik rupanya telur si isteri takde masalah. Tapi sperm pulak tak berkualiti..

Image result for sperma tidak berkualiti

Image result for sperma tidak berkualiti
Ramai yang tak tahu, sperma lelaki memainkan peranan yang sangat penting untuk menjamin baka yang baik sebelum fasa kehamilan.

Kalau lekat pulak, baka kandungan berisiko ada masalah dan keguguran. Boleh rujuk kisah hamil dan keguguran di sini.

Atau..kot-kot takde masalah waktu hamil.. masalah pulak waktu dah nak bersalin nanti..

Semua tu ada impaknya..

Image result for anak
Kesihatan dan kecemerlangan anak-anak bermula dari waktu kita belum menjadi ibu bapa.. bahkan sebelum kita menjadi suami isteri.

Allahuakbar.. Maaf jika Mira dah bernada bebel pulak. Tak langsung Mira niat begitu. Mira dulu pun naif perkara ni. Mungkin bila Mira dah attend kelas, Mira dah tahu cara untuk kita jaga kesihatan tubuh sebelum kehamilan, menyebabkan Mira sedikit emosi, bila tengok ibu-ibu hamil bertarung nyawa dan tenaga sepanjang tempoh hamil, bersalin dan berpantang.

 

EVERYTHING STARTS FROM PARENTS

Kalau boleh pasangan yang nak kahwin ni, jangan pegi kursus kahwin aje.. tapi pergilah sekali kelas kesuburan, dan kelas parenting..

In shaa Allah..bila kita usaha, tawakal.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita..

Bagi yang dah pun hamil, jangan risau, masih belum terlewat.. Ambillah Set Hamil Premium Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

 

Juga ambillah Set Berpantang Shaklee untuk membantu ibu kekal sihat, badan tak sakit-sakit dan penyusuan dapat dilakukan sesempurna yang boleh.

Nasihat berbaur sayang dari Mama Mira..
💖💖💖💖

Untuk mengetahui supplement yang terbaik untuk kesuburan suami isteri boleh klik di sini, atau supplimen semasa hamil dan berpantangnatau penyusuan (klik di sini), boleh hubungi terus Whatsapp No.:

019-2821775

In shaa Allah Mira akan bantu dari segi pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan kesihatan, dan objective target pasangan tersebut.

Wallauhalam.

TAK TAHU PUN HAMIL, TIBA-TIBA KEGUGURAN

“Takkan lah you tak tahu yang you mengandung, sayang?” tanya si suami.

“Takkk… Sofie memang tak tahu abang, sumpah! Sofie tak rasa apa-apa pun. Tetiba aje kat sekolah tadi, waktu turun tangga, Sofie rasa senak perut, lepas tu sakit macam memulas sangat kat pinggang.

Sebab kelas Sofie masih ada 2 masa lagi, Sofie terpaksa makan pain killer. Kebetulan waktu tu yang ada dalam handbag cuma pain killer sakit urat. Itu yang Sofie makan nak legakan sakit perut dan pinggang ni.

Lepas kelas, Sofie pergi tandas, nampak period banyak sangat dari biasa. Bila tanya kawan, dia kata mungkin Sofie keguguran”

Tersekat-sekat suara Sofie dengan sisa tangisan, Sofie cuba jelaskan keadaannya kepada suami. Jauh sudut hati, kesal dan ingin memohon maaf pada suami dan dirinya sendiri, walaupun dia tahu dirinya tidak bersalah.nTapi, kelu lidah suaminya menyebabkan Sofie terkilan dan lebih sedih.

Sofie tertidur. Hasyim keluar dari bilik wad isterinya. Terngiang-ngiang lagi kata-kata doktor yang isterinya telah hamil 7 minggu, tetapi kandungan telah gugur.

Hasyim menahan sedih, pilu dan kesal. Dia tahu tak sepatutnya dia menyalahkan isterinya. Tapi, walaubagaimana pun jauh di sudut hatinya, tetap rasakan kalaulah isterinya tidak ambil enteng perkara kehamilan itu, mereka berdua mungkin dapat menimang cahaya mata sulong setelah menanti selama 7 tahun perkahwinan mereka.

Image result for wanita keguguran

 

KEHAMILAN YANG TIDAK DISEDARI DAN KEGUGURAN

Ada wanita yang memang sedar apabila dia hamil, kerana kelewatan haid atau rasa berdenyut pada bahagian abdomen bawah. Atau pening dan mual. Namun begitu, ramai juga di kalangan wanita yang tidak menyedari bahawa dia sedang hamil.

Macam Mira sendiri, waktu Mira hamilkan anak ke-4 kami. Mira sendiri tak sedar yang Mira sedang hamil. Sehingga usia kandungan hampir mencecah 10 minggu, baru lah Mira tahu Mira hamil. Itu pun setelah pergi ke klinik disebabkan sakit perut dan tak menyangka doktor kata Mira hamil lagi.

Perkara kehamilan yang tak disedari dan keguguran ni sebenarnya memang sering berlaku. Tambahan pula kalau wanita itu seringkali mendapati haidnya tidak lancar atau tidak normal sepertimana sepatutnya.

Jadi seharusnya para suami yang mendapati haid isteri tidak lancar, sepatutnya memahami yang isteri memang tidak tahu keadaan yang dia hamil.

 

GEJALA UTAMA KEGUGURAN YANG SUAMI ISTERI PERLU PERIKSA

  • Muncul pendarahan
  • Krem pada perut
  • Sakit pinggang yang kuat
  • Keluar cairan yang pekat atau ada ketulan yang aneh seperti gumpalan darah.
  • Hilang tanda-tanda kehamilan seperti payudara yang sensitif.
Image result for Keguguran
Keluarnya darah dicelah kelengkang seperti haid tapi lebih banyak daripada biasa.

Sebenarnya keguguran boleh terjadi apabila ada tanda-tanda di atas. Pendarahan ringan memang umum terjadi di kalanagn wanita hamil dalam peringkat trimester pertama. Tapi bukan semua pendarahan itu, akan menyebabkan keguguran.

Jika bertindak cepat, pendarahan ini mungkin boleh diakibatkan oleh rahim yang lemah atau ada gegaran kecil. Suami isteri sepatutnya terus pergi ke klinik berdekatan untuk minta pendapat doktor.

Selalunya jika rahim lemah, doktor akan berikan ubat penguat rahim kepada si ibu untuk komsumsi selama tempoh yang ditetapkan doktor. Pemeriksaan ulangan sangat kritikal waktu ini, untuk memastikan emrio masih berdenyut dan berada di tempat sepatutnya.

 

PUNCA KEGUGURAN

  • Kadang-kadang tak tahu apa punca keguguran tu berlaku.
  • Kadang-kadang disebabkan makanan. ye lah si ibu tak pasti, bahkan dalam kes di atas ni, si ibu tu tak sedar langsung yang sedang hamil 7 minggu. Tiada tanda-tanda pelik atau abnormal bagi dirinya. Sebab itu kadang-kadang pemakanan tak terjaga. Tersilap makan yang pedas atau tajam, memang mudah terjadi pendarahan atau keguguran.
  • Ada juga doktor dan pakar perubatan menafsirkan yang keguguran boleh terjadi disebabkan abnormalitis pada janin yang menempel pada dinding rahim. Perkembangan janin itu tidak terjadi secara normal lalu, keguguran, terutamanya pada trimester pertama.
  • Boleh terjadi juga disebabkan abnormailitis pada kromosom janin itu sendiri. Ini mungkin disebabkan telur lemah atau spema lelaki yang tidak normal.
  • Faktor usia si ibu juga kadang-kadang memainkan pengaruh pada kehamilan yang sihat. Wanita yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai risiko untuk gugur.
  • Kemungkinan juga faktor kesihatan ibu itu sendiri seperti HB yang rendah atau masalah pada dinding rahim, atau seumpamanya.
  • Pemnyakit-penyakit kronik juga boleh menyebabkan keguguran seperti hipertensi, diabetis, penyakit SLE atau lupus.
  • Pengambilan ubat atau kafein yang berlebihan
  • Emosi yang tidak stabil
  • Keadaan terkejut sehingga mengganggu otot-otot rahim.
  • Pergerakan yang aktif.
  • Hamil diluar rahim
  • Hubungan seks semasa awal kehamilan (sekitar 4-7 minggu).

 

ATASI KEGUGURAN BERULANG

Untuk mengatasi masalah keguguran yang berulang juga, pasangan suami isteri perlulah merujuk kepada doktor perubatan.

Selain dari itu, si ibu perlukan rehat selama yang mungkin untuk tubuhnya dapat hamil semula. Pada tempoh ini seeloknya pasangan isteri mendapat sokongan dari suami supaya isteri tidak mudah berasa tertekan. Emosi yang tidak stabil juga boleh menyebabkan isteri sukar untuk hamil sekali lagi.

Suami isteri hendaklah mengamalkan pemakanan sihat disamping cara hidup yang sihat.

Elakkan pengambilan minuman keras, atau rokok atau makanan yang tajam atau tidak berkhasiat sepanjang tempoh ini, untuk memastikan tubuh si ibu cukup nutrisi dan berupaya hamil semula.

Manakala si ayah dapat menjaga kesihatan dan pemakanan dirinya sendiri untuk memastikan kuantiti sperma cukup dan kualiti sperma adalah normal.

 

SUPLIMEN TERBAIK UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI

Sebagai langkah pertama untuk menunggu kehamilan seterusnya, bakal ibu dan ayah hendaklah memastikan pemakanan yang baik dan suplimen yang mencukupi.

Ini kerana sebaik mana pun pemakanan, kadang-kala tidak cukup untuk menghasilkan proetin yang sempurna dan sel sihat yang sempurna. Oleh itu, saya mencadangkan suplimen berikut untuk ibu dan ayah sebagai persediaan untuk kehamilan semula.

Semua suplimen yang dicadangkan ni boleh dikongsi oleh suami isteri.

*Disclaimer/Penafian: Ini bukan ubat untuk merawat atau menyembuhkan, tetapi ini adalah cadangan suplimen untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, justeru meningkatkan tahap kesuburan suami isteri.

 

Untuk maklumat lanjut dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, sila hubungi:

Nor Hazmira Mihamzah (Mira)

Whatsapp: 019-2821775

 

Jangan lupa singgah di:

Page: Pengedar Shaklee Sijangkang Telok Panglima Garang

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

 

 

Hot Selling Product Shaklee

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

 

Ni Mira dalam dok buat kerja-kerja rumah, sambil dok type panjang berjela info berkenaan Shaklee.

 

Kalau ade customer yang pm nak tanya info ringkas berkenaan satu-satu product Shaklee, kadang-kadang tak jumpa mana letaknya notes tu.

 

So Mira fikir eloklah Mira letak kat blig nih supaya senang orang boleh baca bila-bila dan senang jugak Mira nak rujuk semula nanti.

 

Ni ada beberapa info manfaat yang ringkas berkenaan produk Shaklee yang top selling:

OMEGAGUARD (Minyak ikan terbaik)

Kalau nak detail pasal Omegaguard, boleh baca di sini.

Fungsi Omegaguard ni banyak, antaranya adalah:

Alahan, batuk kahak, kawal kolestrol, jaga jantung dan supplement untuk otak, tingkatkan imun badan, strok, saluran darah tersumbat, tekanan darah tinggi. Ibu hamil, berpantang dan menyusu.

 

VIVIX

Seperti yang diwar-warkan.. Vivix ni banyak dah membantu pesakit-pesakit kronik kembali menjalani hidup seperti sebelumnya..iaitu sebelum dia memgalami sakit kronik.

Vivix menangani masalah inflamasi sel yang teruk sehingga menyebakan penyakit.

Kat bawah ni Mira senaraikan sikit kelebihan menggunakan Vivix:

Kesihatan sel-sel dari peringkat kromosom, supplement untuk strok, alzheimers; awet muda, melawan sel kanser, melawan diabetes, bantu atasi masalah prostat, masalah rahim, falopian, banyak lagi.

 

OSTEMATRIX

OOstematrix pulak selalu dikaitkan dengan kalsium untuk tulang yang rapuh (osteoporosis). Tapi sebenarnya ostematrix bulan sekadar kalsium. Ada Boron, Fosforus, Vit D, Magnesium. Semua mineral ini sangat berguna dan banyak kelebihannya untuk masalah-masalah lain seperti:

Migraine, senggugut, sembelit, masalah penghadaman, abdominal pain, osteoporosis, lenguh2, sakit sendi, kejang urat, ibu hamil, berpantang dan menyusu, masalah gigi dan gusi kerap berdarah.

 

VIT-C PLUS

Vitamin C Shaklee atau nama penuhnya Sustained Release Vit-C Plus sebenatnya lain daripada Vit C yang lain.

 

Ia hadir bersama cofactor iaitu bioflavonoid. Selain tu kelebihan Vit C ni juga, ia melepaskan Vit C yang diperlukan dengan sendirinya.. setiap biji dapat membekalkan vit c ke dalam darah pada setiap jam, selama 5 jam sehari.

 

Berikut info mudah berkenaan Vit-C Plus:

Bekal vit c ke dalam darah setiap jam. Bantu repair segala sel dalam tubuh, Penyembuhan luka pembedahan, bantu buat kolagen, vitamin untuk kulit yang cantik, bantu masalah gusi berdarah, gusi bengkak, periodontis (gusi menyusut), cepat lebam-lebam, demam, selsema, tingkatkan imun tubuh, baiki insomnia dan stress. Untuk semua wanita dan lelaki.

 

VITA – E COMPLEX

Selain daripada mencantikkan kulit dan menghalang pembentulan jeragat, Vita E banyak kelebihannya. Antaranya:

Kesuburan untuk lelaki dan wanita, menyeimbangkan semua hormon dalam tubuh, bantu masalah keguguran, memperbaiki kemandulan, senggugut, melindungi jantung.

Selain dari product ESP, minuman soya yang mempunyai asid amino perlu yang lengkap adalah dalam Mealshakes.

Berikut adalah sebahagian manfaat melashakes:

Milk booster bagi ibu menyusu, tingkat selera makan, sesuai bagi kanak-kanak, pelengkap nutrisi- 24 jenis vitamin untuk anak-anak besar dengan sihat, protein tumbuhan baik untuk sistem penghadaman.

 

ESP (Protein soya)

Diperbuat daripada kacang soya bukan GMO. Diljndungi khasiatnya dengan proses yang khas. ESP bukan sahaja digunakan oleh wanita menyusu sebagai milkbooster. Tapi juga untuk kelebihan dan manfaat yang lain seperti di bawah:

 

Kesihatan kulit, kuku cantik, memperbaiki masalah jeragat, memperbaiki masalah kesuburan.lelaki dan wanita, membantu pesakit jantung, mengawal kolestrol tinggi, membantu memgurangkan bengkak pada kelenjar prostat bagi pesakit prostat, membekal tenaga segera kepada wanita dan lelaki, sebagai meal replacement sementara menunggu makan makanan berat, menguruskan badan, membantu menahan rasa lapar, detoks dan melawaskan, memulihkan sel-sel badan yang kurang sihat.

 

VITALEA

Vitalea adalah vitamin terulung dan paling tua sejak zaman Dr. Forrest C. Shaklee. Kalau nak tahu Vitalea berasal dari nama asalnya iaitu Vitalized Mineral.

Nama panjang ni akhornya orang lain ambil untuk komersil kan istilah yang lebih pendek iaitu Vita-Min, dan jadilah istilah vitamin yang kita ada sekarang ni.

 

Vitalea adalah multivitamin pertama di dunia dan menjadi pelengkap nutrisi harian. Pemberi tenaga segera, atasi masalah HB rendah bagi ibu hamil, baik untuk kesihatan buah pinggang, jantung dan kesihatan organ hati.

 

B-COMPLEX + Asid Folic

Ramai yang menganggap B-Complex hanya diperlukan ketika hamil atau ketika sakit sendi dan otot sahaja.

Vitamin B-Complex sangat diperlukan setiap hari. Bahkan Malaysia telah memansuhkan GST kepaa supplement B-Complex untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil B-Complex sebagai supplement setiap hari.

Antara manfaat B-Complex yang dilengkapi asid folik ini adalah:

Mengatasi masalah kelesuan, bantu Alzheimer, stress, bantu tukar makanan kepada tenaga, rambut gugur, luka pembedahan, bantu bina sel darah merah, redakan senggugut, nafas berbau, meredakan alahan.

 

ALFALFA COMPLEX

Mira sejak 4 tahun memang mempunyai eczema yang teruk. Sehingga kahwin dan mempunyai 3 orang anak, eczema dan resdung Mira tetap ada. Kafang-kala perlu ambil ubat steroid dan NSAID untuk bantu kurangkan kegatHalan.

Sehingga Mira consume semasa berpantang anak ke4, alhamdulillah, mira tak sangka, masalah resdung, eczema dan keputihan Mira hilang.

Selain dapat membantu masalah seperti di atas, Alfalfa Complex juga dapat memberi manfaat seperti di bawah:

Cuci hati, darah, usus, keputihan dan senggugut, eczema dan resdung, beri tenaga pada otot, baiki pencernaan, buang asid urik bagi pesakit gout.

 

HERBLAX

Makcik Mira memang mempunyai masalah pembuangan yang teruk. Kadang-kadang memang dia terpaksa tubggu seminggu dan lebih, untuk membuang.

 

Perutnya lama-kelamaan cepat masuk angin dan beliau sering sakit perut dan abdomen. Perutnya juga keras, bila Mira pegang. Seolah ada benda padat dalam perut.

Lepas ambik herblax, aalhamdulillah makcik mira beritahu yang dia kembali segar, dan masalah pembuangan dah lenyap. Makcik juga kata dia berasa segar dan bertenaga. Tak macam selalu, dia kerap letih dan lesu selepas balik dari kerja.

Herblax ni antara top selling product. Antara kelebihannya:

Baiki pencernaan, sembelit, membersihkan najis yang tersekat lama dalam usus besar, bantu kesihatan otot usus supaya dapat actif secara normal, kempiskan perut.

 

LETCHITIN

Bantu serap vitamin A,D,E,K, bakar lemak baru, halang kejadian batu karang, salurkan oksigen yang cukup ke otak-halang alzheimer, kawal GDM bagi ibu hamil, darah tinggi, prostate lelaki, ringankan sembelit, kawal kolestrol, pelangsingan badan.

 

GLA

Bantu kesuburan, bantu atasi symtom PMS, kawal GDM bagi ibu hamil, bantu regulate hormon dalam badan tanpa menggangu usus, menentang sel kanser, halang komplikasi diabetes,masalah rambut gugur, lambatkan menopos, bantu melawan hot-flash bagi yang mengalami symptom menopos

 

Ni sebahagian sahaja daripada banyak supplement shaklee.

 

Nak order dan konsultasi..

 

Boleh hubungi Mira

019-2821775

 

COD sekitar Sijangkang, Bandar Parkland, Bukit Tinggi, Shah Alam, Telok Panglima Garang, Sg. Mas, Kulim dan kawasan sekitarnya.

 

Pos seluruh Malaysia.

 

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

website: www.mirahamzah.com

Saya Nak Hamil

Kebanyakan pasangan suami isteri yang dah kahwin.. yang mana lah yang taknak zuriat sendiri? Semuanya pasti teringin nak timang cahaya mata dari darah daging sendiri.

 

Alhamdulillah.. itu adalah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Maka kita janganlah dustakan nikmat yang diberikan pada kita.

 

Hamil atau tidak.. bergantung kepada takdir Allah.. bergantung juga kepada kesihatan suami isteri. Banyak sebab seseorang wanita tu sukar nak hamil. Antaranya kesihatan tubuh sendiri.

– Ada cyst

– Ada masalah di tiub falopio.

– Ada masalah di bahagian uterus atau bahagian serviks atau pangkal rahim.

– Haid tidak teratur

– Sperma tidak sihat

Dan sebagainya.

 

Kita digalakkan untuk usaha. Maka usahalah dengan cara paling asas terlebih dahulu. Caranya, kita rawat diri sendiri dengan pulihkan dalaman tubuh kita dengan nutrisi yang cukup. Ini penting tau untuk badan kita terutama kaum wanita ni bersedia untuk menanggung janin yang lama kelamaan memerlukan banyak zat untuk tumbesarannya. Bukan bahagian rahim aje yang perlu nutrient, kaki, badan, tangan, tulang belakang semuanya perlu nutrien yabg cukup.

 

Senang faham macam ni. Kita nak yang terbaik untuk anak kita. Selain dari kita memberi zat yang cukup untuk anak dalam kandungan.. kita pun ibu-ibu mesti lah jaga kesihatan kita.

 

Of course lah kita TAK NAK bila lepas bersalin nanti kita kurang zat, sakit sana sini, lenguh sana sini. Baru anak sorang dua dah macam-macam penyakit yang singgah. Macamana nak jaga anak pulak kan.., macamana nak jaga suami dan keluarga?

 

Waktu dulu Mira belum kenal dengan Shaklee. Dah nak masuk anak ke empat barulah tahu pasal Shaklee. So mira selidik, cuba makan. Mira memamg sangat particular kalau bab pregnant makan supplement sintetik ni. Tak nak la anak dapat bahan sintetik untuk tumbesaran tubuh dia..

Bila kenal dengan Shaklee, baru lah mira tahu Shaklee ni produk yang selamat dan berkesan. Bahkan ada kajian klinikal yang banyak dan saringan setiap bahan dalam produk tu. Non GMO (genetik asal. Tak terubah suai) dan dikilangkan dengan cara semulajadi. So..Mira rasa rugi tak kenal Shaklee awal-awal plak hahah.

 

Mira ni.. alhamdulillah lah.. bab kesuburan memang Allah kurniakan pada Mira dan suami. Cuma setiap kali mengandung.. Mira ada masalah. Setiap kali bersalin pun ada masalah. Rupa-rupanya Mira memang tak cukup nutrien. HB rendah. Sakit tulang belakang. Metatarsus (tulang jari tangan dan jari kaki rasa sengal-sengal), peha kiri dan kanan rasa sakit. Vericose vein yang kronik, Tumit dan lutut sakit.. macam-macam yabg mira sakit. So bila dah tahu pun lambat.. Mira rupanya lack of nutrient.

 

Rupanya Shaklee ada produk kesuburan yang sangat berkesan in shaa Allah.. dan selamat untuk ibu, bayi dan kesan masa panjang yang baik kepada kesihatan. Bukan aje untuk kesuburan. Bahkan ibu dalam pantang, atau yang dah pencen mengandung pun (macam mira ni) boleh teruskan makan set kesuburan ni sebab set ni adalah untuk kesihatan tubuh.

 

Dalam Shaklee.. bukan wanita saje yang kene take part dalam kesuburan ni.. laki pun sama tau!

 

Set Shaklee bagus untuk kesuburan wanita dan lelaki.

 

Set kesuburan

˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚

Isteri..👰🏻

 

🍵ESP🍏

🍳Mengandungi asid amino yang sangat tinggi nilai dalam pembentukan sel-sel sihat.

🍳Sel sihat akan memudahkan proses berkaitan ovulasi dan persenyawaan.

 

🍏B-Complex🍵

🍳Membantu dalam melawan tekanan perasaan atau stress.

🍳Mencegah anemia

🍳Menggalak pertumbuhan sihat dan normal.

 

🍏GLA Complex🍘

🍳Menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.

🍳Bantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

 

Set Kesuburan Untuk Suami 👤

🕵Vita E Complex🕵

💕Bantu tingkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

💕Keunikan Vita E Shaklee kerana mengandungi selenium.

💕Bagus untuk jantung dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosterone.

 

🕵Zink Complex🕵

💕Memberi kesan terhadap pelbagai hormon seksual dan hormon tiroid.

💕Kekurangan zink adalah salah satu sebab kemandulan.

 

Ha.. macamana nak dapatkan set ni? Boleh datang terus Office Mira di Sijangkang, Kuala Langat.

 

Atau..

 

Whatsapp / sms atau call : 019-2821775

Email: normi.nhm@gmail.com

 

Nanti mira akan berikan no account untuk di bank in dan Mira akan poskan atau COD ke tempat encik dan puan yang meminta.

 

Kawasan COD: Sekitar Banting, sehingga Bukit Tinggi, Klang.

 

Caj untuk COD mungkin percuma sekiranya dekat, atau berdasarkan mileage sekiranya jauh.

 

In shaa Allah kita usaha, ikhtiar dan fokus. Dapatkan set kesuburan suami isteri ni dengan harga yang murah.. 😁

 

Segala cara pemakanan dan konsultansi sebelum dan selepas makan akan diberikan, eksklusif buat pelanggan saya.

 

🙂