Kisah Anxiety Saya

Assalamualaikum. Hai semua. Saya Mira.

 

Saya adalah pengidap Anxiety dan Depresi sejak 2013 (diagnosed) dan telah sembuh (2019). Bermulanya depresi selepas hamil anak kedua (2009). Dan depresi yang lebih teruk selepas melahirkan (waktu tu belum tahu Depresi).

 

Dengan keadaan sakit tersebut, saya ada Simptom-Simptom Anxiety dan Depresi. Antaranya adalah Masalah dalam Pekerjaan, Low Self Esteem. Dibuli secara Mental di tempat kerja dan akhirnya saya sangat Tidak Yakin dan Hilang Kepercayaan Diri. Rendah Diri dan susah nak berjumpa dengan sesiapa pun kecuali terpaksa atas urusan kerja.

 

Lama kelamaan saya rasa saya tak mahu kerja. Tak mahu menyusahkan suami lagi. Tak mahu tengking anak lagi. Nak bersendiri dan nak bawa diri.

 

Pernah saya bawa kereta atas urusan kerja, untuk hadiri satu meeting. Waktu memandu tu saya Berharap Mati. Saya harap sangat supaya saya sendiri kemalangan dan mati. Saya sangat rasa nak mati waktu itu. Dan saya rasa kalau saya mati pun, tak siapa pun sayang saya, ingatkan saya, atau rasa kehilangan saya. Kalau saya tak wujud dalam dunia pun tak apa. Tapi saya sayang anak-anak saya. Saya tak sanggup kehilangan mereka. Marah mereka, sayang mereka dan peluk mereka silih berganti. Rasa bersalah menghantui diri.

 

Campur tangan kedua ibu bapa dan pergolakan rumah tangga pun ada, hingga saya hampir putus asa. Tapi, tak siapa yang tahu masalah saya. Sebab luaran (di kalangan keluarga ibu bapa dan tempat kerja) saya berusaha menampakkan diri saya macam biasa saja.

 

Adakala apabila berada di khalayak awam, atau semasa kerja, dan saya berasa Terlampau Tertekan, saya akan mula rasa Resah dan Sukar Bernafas, saya terus cepat-cepat ke pantri atau tandas untuk melegakan perasaan. Ada juga segelintir yang sering jumpa saya personali dan luahkan rasa kasihan pada saya. Mungkin mereka ni nampak jelas perubahan diri saya yang Social-Phobia.

 

 

Bangkit Demi Anak-Anak

 

 

Episod Menangis Sendirian setiap hari tu memang runtuhkan jiwa saya. Kadang-kadang saya Bercakap Sendiri. Dan kadang-kadang saya nampak diri saya yang lain disebelah saya. Pernah ada sekali tu, saya sedang basuh pinggan, dan saya berbual dengan suami saya. Dan saya minta suami saya menghampiri saya dari belakang dan Urut Bahu saya yang Tegang. Bila suami urutkan, saya rasa lega sangat. Waktu itu juga saya terdengar suara suami saya jauh di luar bermain bersama anak-anak di taman permainan sebelah rumah. Jadi siapa sebenarnya yang berbual dengan saya dalam dapur tadi semasa saya sedang basuh pinggan? Siapa yang mengurut bahu saya? Tiada siapa sebenarnya. Saya yang sebenarnya khayal atau Delusi.

Saya sangat tertekan. Saya tahu suami saya turut tertekan dengan sikap saya. Anak-anak, bila mereka tidur, saya akan marah dan benci pada diri saya sendiri. Akhirnya saya tertidur menangis. Begitu lah setiap hari.

Saya selalu berkata pada diri “Anak-anak akan bencikan aku bila diorang besar nanti”. Tapi dalam masa yang sama saya selalu kata depan cermin saya sayang mereka. Memang, sayang yang teramat. Jadi apa yang saya kena buat untuk pulih, demi anak-anak ?

 

Jumpa Pakar

 

 

Saya memang ada sakit pinggang dan belikat. Suatu hari, saya bangun tidur dan bersedia untuk jumpa pakar. Saya tak beritahu sesiapa pun termasuk kawan-kawan, boss atau suami saya, kerana saya takut mereka kata saya Gila. Saya memang jumpa pakar sakit sendi dan trauma. Selain bicara tentang masalah diri, Doktor periksa fizikal saya juga. Waktu tu rambut mula gugur teruk, jarang-jarang rambut dan nampak sedikit botak bahagian depan dan tengah. Padahal waktu tu umur belum pun 30 tahun. Saya juga ada uban.

Setelah perjumpaan kali kedua, saya disarankan untuk berjumpa dengan pakar psykiatri. Setelah beberapa minggu selepas itu, saya disahkan ada kedua² masalah iaitu anxiety dan depresi (persistent depression). Doktor memujuk saya yang saya bukan Gila tapi Depresi dan Anxiety

Doktor turut mengesahkan saya ada masalah Anemia dan pelbagai masalah kesihatan lain. Salah satunya adalah Sakit Otot dan Sakit Sendi (doctor diagnose Fibromyalgia, dan Sakit Tulang Belakang (Herniated Lumbar atau Slipped Disc), Sakit Saraf dan Coccydenia (Sakit Tulang Ekor) pada 2014 (maaf kalau ejaan salah ye).

Seterusnya tahun 2017 anemia teruk dan ostopenia (tulang poros ke arah osteoporosis). Saya juga mengalami masalah LPR (Laryngopharyngeal Reflux atau reflux senyap). Dan banyak lagi simptom yang merimaskan saya sendiri. Adakalanya saya marah pada diri sendiri, dan seketika saya menangis sendiri, mengucap panjang kerana terlanjur memarahi diri, suami dan anak-anak.

 

Masih Sakit Walau Dah Buat Rawatan Doktor

 

 

Makan ubat dan stop ubat juga. Ambil vitamin dan segala macam yang doktor sarankan saya cuba. Tapi situasi saya masih sama. Emosi saya masih sama bersilih ganti marah-sedih dan kecewa, hingga saya jadi fed-up. Saya tahu suami sayangkan saya tetapi saya tahu dia tak faham situasi saya, apa yang saya rasakan. Itu yang saya kesalkan.

Waktu saya dah berhenti kerja, saya dah melahirkan anak ke-4. Waktu ini rambut makin teruk gugur dan mula ada kegatalan yang kronik. Ada patches merah di kulit kepala berbintil-bintil seperti jerawat dan berair. Kulit memerah dan gatal di belakang telinga. Saya cuma sapu sejenis krim herba, dan ia akan baik semetara. Saya juga semakin sakit saraf kaki dan sendi-sendi kecil. Seolah tangan saya pijar pegang cili setiap masa.

Kepala saya sering sakit dan bahu serta leher saya seringkali rasa terseliuh. Belikat saya seringkali rasa tersangkut. Jemari saya semakin hari rasa semakin pijar. Kadangkala sukar nak genggam pisau nak potong bawang sekalipun. Perit sangat. Kaki rasa sakit menyucuk dan pinggang terasa nak putus. Perut rasa tak selesa dan dada adakalanya tiba-tiba rasa ketat seperti susah nak bernafas. Kadang-kala mata berpinar dan rasa nak pitam.

Sakit bahu dan leher hampir setiap hari. Dan bila baik akan jadi semula. Orang tua-tua sebut “silap-bantal’. Saya juga adakalanya terbangun tengah malam kerana mimpi buruk. Esok paginya saya akan rasa bersalah hendak cerita atau tidak kepada suami saya. Kadang-kadang dah seminggu berlarutan barulah saya ceritakan. Sebabnya, saya tahu, suami cuma dengar, nampak mukanya yang risau dan berlalu. Begitulah selalu. Sampai saya rasa saya perlu cari seseorang lain, yang sangat boleh mendengar masalah saya.

Saya tak faham kenapa saya begini dan apa puncanya. Saya stress tapi saya teruskan juga hidup. Marah anak-anak ni dah jadi perkara biasa bagi saya.. Saya ambil vitamin dan segala nutrisi tambahan yang dinasihatkan untuk saya ambil. Bukan sikit vitamin dan ubat. Bukan murah juga segala rawatan. Tapi makin lama makin teruk pulak sakit saya. Bukan setakat Anxiety dan Depresi, tapi saya sakit saraf juga. Duit banyak habis, tapi sakit tak juga sembuh. Bosan saya dibuatnya. Dan saya makin rasa suami saya juga bosan terhadap saya.

 

Join Projek Bebas Gastrik Gerd Anxiety

 

 

Hari demi hari berlalu seperti biasa. Sehinggalah pada awal tahun 2019 saya diperkenalkan dengan program Projek Bebas Gastrik Gerd & Anxiety. Baru saya tahu tentang masalah yang dihadapi mungkin berpunca dari perut yang sangat tak sihat. Mulanya saya sukar nak percaya, tak rasa kaitan pun segala sakit sendi, sakit saraf dan gangguan emosi semua tu dengan sakit perut ??? Tapi saya cuba juga, memandangkan saya dah pun cuba banyak program tapi tak berhasil. So tak salah kalau cuba lagi.

Bila jumpa dengan jalan ini, dan ikhtiar. Saya dapat merasakan banyak perubahan kesihatan. Mulanya saya ingatkan kebetulan sahaja. Tapi lama-kelamaan apabila saya mula menjaga kesihatan perut serta memberi tubuh sendiri nutrisi yang diperlukan, saya rasa lebih rasional, tak mudah marah dan kurang rasa nak menangis yang berlebihan (nangis yang without reason) dan tiada lagi delusi.

Banyak lagi simptom anxiety & deppresion yang dah tak ada. Malah suami saya kata, saya jadi seorang yang lebih gembira. Suami dan anak² pun happy. Betul lah kata Rasulullah – “Perut rumah segala penyakit”. Dan saya semakin yakin semuanya daripada masalah perut.

Seperti kata Pakar-Pakar Perubatan dan pejuang kesihatan yang mahsyur di Malaysia –

“Perut adalah otak kedua” (Dr. Rizal – Pakar Otak).

“Sihat perut, in shaa Allah akan sihat segala penyakit” (Doktor Hafiz Sulaiman – Pakar Eczema, Alahan, Gastrik, Gerd dan Anxiety).

 

Jom Bangkit Melawan Anxiety !

 

 

Bangkit melawan penyakit, bukan setakat memaksa diri sentiasa berfikir positif (mental), tapi mesti juga rawat di tempat PUNCA iaitu PERUT (fizikal). Begitu jugak dengan kawan² kat sini. In shaa Allah semua akan sembuh dari segala penyakit.

-Mira Hamzah –
Nak bantu orang keluar dari masalah Anxiety + Depression

 

 

Nak Sembuh Macam Saya ? Klik di sini:  Jom Bangkit Melawan Anxiety