BILA PANDANG IBU HAMIL … yang low HB..?
.

Waktu dulu.. time takde ilmu kehamilan sangat.. Memang Mira consume vitamin yang klinik bagi aje. Yang tu paling basic kan..

Waktu dah nak masuk anak ke4.. bila HB makin menjunam.. darah pun cair je. Nurse klinik pun siap dah bagi date untuk suntikan infron. Time tu baru lah kelam kelibut nak google sana sini..

Tapi at last.. berteleku duduk termenung.

“Awak dah hampir tumpah darah waktu lahirkan anak kedua.. hampir-hampir dah tumpah darah tu”.

“Kali ni, awak nak macamana? Betul-betul tumpah darah?”

“Awak tahu kan.. nurse dah terangkan banyak kali dah rasanya..”

“Tumpah darah ni silap haribulan ibu dan bayi boleh maut tau!”

“Anak-anak awak yang lain kecik2 lagi.. sape nak jaga diorang? Mak baru?”

“Atau awak nak bayi awak lahir pramatang dan banyak komplikasi nanti? Masalah jantung, masalah peparu dan sebagainya.. atau…”

.

Termenung sambil nangis.. teringat2 seorang Sister Nurse bebel dengan suaranya yang lembut, menusuk hati Mira. Nampak benar rasa kesalnya, dan kerisauan Nurse tu kat Mira, bila Mira mohon untuk menolak suntikan infron tu.

Mira tahu, nurse tu bebel bersebab.

Mana taknya.. Waktu tu kandungan dah masuk 32 minggu.. sedangkan HB bawah dari 9..

Dari kandungan 11 minggu, graph HB makin menurun dan langsung tak naik.

Padahal.. dah makan segala suplimen yg tinggi kandungan iron nya. Masih gagal naikkan HB.

 

HAMPIR PITAM DAN JATUH

Gigih nak masuk site jugak. Nak kena siapkan kerja sebelum tetiba beranak pulak.

 

Sampailah satu waktu tu hampir pitam, jatuh terduduk kat lantai ofis.

Pandangan kelam.. gelap. Istifar banyak-banyak waktu tu..

Hanya Allah yang tahu berdebarnya Mira kalau tetiba pengsan, dan terus dimasukkan ke hospital waktu tu..

Sebabnya.. waktu tu belum bersedia nak melahirkan.

Banyak perkara perlu settle terlebih dahulu sebelum boleh izinkan diri ni masuk hospital.. kepala fikir macam-macam. Anak-anak, handover kerja ofis, dan segalanya.

Memang..

Banyak yang difikirkan..

Tapi, kalau Allah takdirkan jugak.. nak tak nak kena juga masuk hopsital kannnn…

 

TAK SUKA MAKAN SUPLIMEN, TAPI..

 

Waktu nak pitam tu, mujur ada kawan2 tolong.

Sorang kawan prihatin ni tahu, Mira kurang HB. Dia cepat-cepat bagi air dengan pil Vitalea & Vit C..

Dalam kurang dari 1 jam macam tu, Mira macam dah ok.

Berdiri ok, jalan pun ok. Tak rasa nak pitam atau nampak bintang-bintang di angkasa gituu?

So Mira pun mintak izin dekat kawan tadi, belek dulu botol supplement VitaleaShaklee dan VitCShaklee.

Tengok ingredients semua natural. Dan-dan tu jugak terus je order.

 

CHECK UP YANG MENDEBARKAN

In short, baru seminggu consume 2 jenis pil ni.., Mira pun pi lah check kat KK.

Kali ni pergi dengan penuh debaran. Sebab date itu memang kena tadah punggung, cucuk infreron lah!..

Bila turn Mira, time kena check HB tu.. nurse dah siap-siap tunjuk bilik ambik darah. Itu maksudnya bukan jari yang akan kena cucuk, tapi lengan.

Dari perut 4 bulan pun, Mira dah kena cucuk kat lengan. Sebabnya, klinik nak terus nak check FBC atau ‘Full Blood Count’.

Takat cucuk lengan setiap 2 minggu pun dah biru-biru lebamnya..

Apatah lagi kalau cucuk inferon setiap hari.. aduhai, tak dapat bayangkan sakit dan kisah lembam nanti.

Dalam waktu dok cucuk tu, dibiarkan aje darah keluar dari kulit masuk ke dalam syringe. Tapi….

 

DARAH LAMBAT PENUH DALAM SYRINGE

 

Eh, Eh… berlain sungguh kali ni. Selalunya waktu prick kat kulit pun, sempat nampak darah memancut sikit. Terkena baju ke, kena meja ke..

Satu lagi, Mira perati, selalunya kan kalau cucuk, darah akan cepat aje penuh dalam syringe tu. Cair darah tu, memang nampak ketara sekali.

Tapi kali ni Mira tengok betul-betul.. darah lambat penuh dalam syringe tu..

Hati tak putus berdoa. Doa.. dan doa aje.. Hati ni harap sangat supaya bacaan 9.5 atau lebih.

Lepas 20 minit tunggu, keputusan kena ambil kat makmal.. debar betul waktu tu.

Ni satu bab lagi yang pelik jugak.. sebab dulu2 kalau setiap kali hati berdebar-debar aje.. terus rasa mata pinar-pinar.. rasa nak pitam, atau loya nak muntah.. tapi kali ni jalan ke makmal yang jaraknya dari klinik lebih kurang 30 meter, relekkkk aje..

Sampai ke bahagian makmal, Mira tunggu nama dipanggil.

 

KEPUTUSAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

 

Debar yang amat.. rasa macam nak luruh jantung.. Kejap lepas tu nama Mira dipanggil..

Mira bangun pergi ambik buku pink tu.. belum nak bukak buku tu.. duduk sekejap. Ambik nafas..
Hati kata, semoga bacaan naik. Separuh hati lagi kata.. Redho aje lah kalau bacaan HB menurun lagi, atau naik tak sampai 9.5.

Pelan-pelan buka lembaran buku merah tu.. Mira tengok.. HB ????

“11.2” ditulis dengan dakwat pen hitam.

? Macam tak percaya.. sebab selalunya dakwat pen Merah.

Baca sekali lagi. Siap selak-selak lembaran dan check tarikh hari tu banyak kali. Eh, betul ke ni? Memang tak percaya.

Naik mendadak. Terkejut, happy, nak nangis, nak melompat. Semua perasaan ada?

Alhamdulillah.. excited sangat kot..haha.

Tetiba waktu tu Mira terus rasa macam letih.. letihhhh sangat.. tiba-tiba rasa false contraction sekejap.

Mungkin sebab tadi Mira tahan-tahan perasaan.. sampai stress.

.

Duduk sekejap kat kerusi kat situ. Peluk buku kat dada.. istifar…

Sambil tu Mira usap-usap perut. Mulut kumat kamit ucap syukur yang tak terhingga.. ucap terima kasih pada Allah.. dan baca basmallah banyak2 pada baby dalam perut.

.

Bila perasaan dah tenteram, baru Mira bangun ke klinik Ibu dan Anak tadi. Ikut hati yang excited waktu tu, Mira nak aje lari masuk klinik.. tapi, kawal.. sis cuba kawal perasaan..?

Sampai aje di kaunter..

Terus bagi buku kat nurse dan tunggu tindakan seterusnya.

Dalam 10 minit lepas tu, nama Mira dipanggil..

 

TARIKH CHECK UP MULA BERSELANG

“Ok.. ni date seterusnya untuk datang check ye.. lagi 2 minggu. Nanti bila kandungan dah 36 minggu, baru kena check seminggu sekali di klinik ya puan?” Nurse tu lembut aje beri keterangan. Dia senyum.

Mira pun senyum kat dia. Mira tahu. Nurse tu memang cara kerja dia beri senyuman.

Tapi bila emosi gembira berbaur terharu nih.. mira rasa nurse tu senyum sebab dia nak say a big congratulation kat Mira.. hehe. Perasan!?

Mira pegang buku pink tu. Tengok lagi bacaan HB.. speechless.

Alhamdulillah memang tarikh datang check 2 minggu lagi.. selalunya seminggu sekali. Kali ni berselang minggu, baru datang.

 

Tanpa mira sedar, pipi Mira basah.. Mira nangis rupanya. Cepat-cepat Mira keluar dari klinik. Tak nak orang nampak kite ternangis.

Mana taknya.. 1 perkara:

Mira ni memang hati tisu. Cepat lah teremosi dalam keadaan macam ni. Dah la pergi check up selalunya seorang diri. Bila happy macam ni.. rasa macam nak cari tempat share the happy feelings.

1 lagi sebab:

Allahuakbar.. sepatutnya memang dah kena inferon dah hari ni.. ikutkan dah nangis sebab sakit cucuk inferon ni (haha.. over pulak).

Tapi sakit itu, suntikan itu… dah tertunda.. sebab HB yang dah makin cantik.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Harapnya next check up.. HB cantik lagi..

After 2 weeks seperti tarikh TCA tu.. pergi checkup.. Alhamdulillah.. lagi sekali takde dakwat pen merah dah.. semua hitam dan biru aje..?.

 

NAIK MENCANAK

Dan.. kali itu.. HB mira menghampiri 14..

Alhamdulillah.. Bayangkan dari 8 lebih kepada 14..

 

Selama experience Mira hamil.. kali ni lah hamil dapat HB melepasi 10.

Dan, check up kali ni pulak, HB naik ke 14 pulak tu. Rasa nak lompat bintang tau!

 

Itu lah.. itu lah perjalanan kehamilan Mira yang Mira nervous sesangat..

Mungkin orang lain rasa biasa..

Tapi bagi Mira pengalaman hampir tumpah darah, dan suntikan inferon tu.. memang buatkan Mira akan bertambah stress.. sebab Mira jenis hati tisu basah?

 

dan satu lagi… ramai ibu-ibu hamil yang berpengalaman cucuk inferon kata sakit sangat cucuk inferon tu. Dah la Mira tak tahan sakit. Sakit setiap masa boleh stresssss.

Sekian ShakleeEffect Mira. Semoga ibu2 yang pernah ada pengalaman cucuk inferon bertabahlah.. mungkin boleh ikhtiar dengan suplimen atau apa sahaja yang buatkan ibu selesa.

Asalkan.. kita berusaha kurangkan risiko kita, anak dalam kandungan, dan anak-anak yang setia menanti kita, yang setia rindukan kita di rumah..

Salam sayang dari Mira..

? #myShakleeEffect