Simptom-Simptom Leaky Gut (Perut Bocor)

Seringkali kita mendengar tentang orang yang mempunyai masalah-masalah kesihatan seperti Sakit Perut, Gastrik, Gerd, Asid Perut Yang Rendah, Ulser Perut dan sebagainya. Selain dari semua yang saya sebut ini, ada satu lagi yang jarang orang tahu adalah masalah Leaky Gut. Perkataan ‘Leaky’ dalam bahasa inggeris pun kita dah faham kan, iaitu ‘bocor’. ‘Gut’ pula bermaksud perut. Jadi Leaky Gut bermaksud ‘Perut Bocor’.

Pernah dengar Sistem Gastrointestinal atau selalunya dalam bahasa adalah Sistem Penghadaman. Salah satu organ penghadaman makanan adalah Perut. Perut kita seperti mangkuk uncang yang lapisan – yang contained atau menjaga segala makanan yang ada dalam perut dihadam dengan sempurna, untuk ke peringkat seterusnya

Leaky Gut ini adalah disebabkan oleh Lapisan Perut yang menjadi Radang yang akhirnya menyebabkan Junction pada Lapisan Perut merenggang. Apabila Junction Perut Renggang, boleh menyebabkan leakage atau kebocoran makanan yang belum cukup hadam secara final. Akibatnya, bakteria dan banyak elemen dapat masuk ke laluan darah, dan menyebabkan radang di lapisan perut.

Apabila banyak elemen yang termasuk ke dalam Junction Perut yang Bocor, akan menyebabkan saluran darah pula radang. apabila kerap terjadinya radang, akibatnya banyak kesan buruk terhadap kesihatan.

Antara Simptom-Simptom Leaky Gut atau Perut Bocor adalah:

  1. Selalu letih lesu
  2. Sakit kepala selalu
  3. Migrain
  4. Stress
  5. Emosi tak menentu
  6. Rasa melayang-layang
  7. Rashes, gatal-gatal kulit / kulit rasa rengsa
  8. Rambut gugur teruk
  9. Craving yang manis
  10. Sakit sendi
  11. Sakit artritis
  12. Gusi bengkak
  13. Gusi berdarah kerap (banyak)
  14. Anxiety (termasuk OCD dan ADHD)
  15. Autoimmune (SLE, celiac, vasculitis, artritis, psorisis
  16. Alahan makanan
  17. Eczema

Ini adalah sebahagian sahaja. Ada beberapa simptom yang bergabung dengan simptom masalah perut yang lain iaitu masalah Asid Perut Rendah (Low Stomach Acid). Antaranya adalah:

  1. HB Rendah
  2. Anemia
  3. Cepat rasa nak pitam
  4. Senak perut bawah
  5. Sembelit yang teruk
  6. Vertigo
  7. IBS

Apabila asid perut rendah, makanan kurang dapat dihadamkan dengan baik terutamanya gluten melekat di dinding perut dan lapisan perut semakin lama semakin radang. Ini boleh menyebabkan junction merenggang dan terhasillah leaky gut.

Selain itu juga, leaky gut boleh terhasil, apabila pH perut terlalu tinggi asid, lapisan perut akan radang atau menjadi ulser. Juga boleh menyebabkan luka dan leaky gut. Dan apabila semakin banyak leaky gut, masalah penghasilan pepsin pun bermula. Kerana pepsin (asid perut) dihasilkan oleh lapisan perut. Jika luka, lapisan perut tidak lagi effisyen untuk menghasilkan asid yang cukup.