Assalamualaikum. Baca tak berkenaan pre-diabetic yang Mira post baru-baru ni? Hmm.. seram bila kita tak tahu yang kita ni sebenarnya dah masuk kategori pre-diabetic person!

 

Post kali ni berkenaan kenapa kita kena turunkan berat badan untuk mengelakkan risiko diabetis.

Kalau kita ni jenis yang overweight, atau pernah ahli keluarga kita disahkan mengidap diabetes, jadi memang patut untuk kita ambik langkah berjaga-jaga ni.

 

SIMPTOM ANDA MENGHIDAP PENYAKIT DIABETIS

Antara simptom diabetis adalah bila anda:

  • Kerap kencing
  • Rasa dahaga sangat, kerap pulak tu.
  • Rasa lapar sangat, kerap. Bahkan masih tengah lapar sewaktu tengah makan tu.
  • Lesu yang teruk
  • Penglihatan yang kabur
  • Bahagian luka yang lambat sembuh
  • Penurunan berat badan mendadak walaupun anda adalah pengidap diabetis type 1
  • Rasa mencucuk, kebas (type 2)

 

DIABETIS AKAN OTOMATIK TURUNKAN BERAT BADAN KITA. JADI KENAPA NAK KENA TURUNKAN BERAT BADAN JUGA?

 

Ramai yang beranggapan, bila diabetis berat badan akan turun jugak, secara mendadak pula tu. So what for nak reduce weight lagi.

Sebenarnya kita kena fahami, mekanisma turun berat badan secara sihat adalah apabila kita mengurangkan gula tapi dalam masa yang sama kita masih memberikan sel-sel tubuh makanan mereka untuk sel melakukan aktiviti sel. Penurunan berat badan adalah melalui pembuangan toksin dan lemak berlebihan dalam tubuh.

Sedangkan penurunan berat badan mendadak yang disebabkan oleh diabetis adalah kerana gula dalam darah tidak dapat disalurkan kepada sel dan aktiviti sel menyusut serta merta. Ada sel yang mati secara nekrosis dan ini semua bahaya untuk tubuh badan kita.

Kalau kita dah tahu yang kita dah masuk fasa awal diabetis, dan badan kita masih belum turun beratnya lagi. Waktu ni lah kita kena cuba kurangkan berat badan kita secara sihat. Kita mesti pastikan berat badan kita adalah berat ideal!

Apabila berat badan berlebihan, seolah badan kita ni mesin yang susah nak bergerak dan enjin terpaksa bekerja keras untuk memastikan seluruh sistem tubuh badan kita berfungsi stabil. Ini akan memberikan tekanan yang hebat pada organ-organ dan salur darah dalam tubuh kita.

 

PUNCA DIABETIS

Diabetis boleh berpunca dari banyak sebab. Antaranya:

  • Family history
  • Obesiti
  • Kurang bersenam
  • Cara Pemakanan yang tidak sihat

Image result for type 2 diabetes risk factors

 

Menurut kajian, apabila kita kehilangan 7% daripada berat badan yang terdahulu, kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko diabetis sebanyak 60%. Wow! Banyak kan penurunan tu.

NAK BUAT APA BILA DAH TAHU ANDA SEORANG PENGIDAP DIABETIS ?

Image result for type 2 diabetes prevention

 

1. KAWAL PEMAKANAN

Kawal pemakanan adalah faktor utama untuk badan kita mula berfungsi dengan baik. Apabila kita makan makanan yang mesra tubuh dan meninggalkan makanan yang ‘anti-tubuh-sihat’ sebenarnya kita dah membantu sel dan organ badan kita untuk bekerja dengan lebih mudah dan effisyen.

Susah?

Image result for type 2 diabetes risk factors

Kalau kita terkena penyakit lagi lah susah. Nak makan dan minum semuanya mesti berjaga-jaga. So kita cuba fikir macam tu. In shaa Allah kita akan lebih mengawal pemakanan kita.

Antara caranya adalah, pilih makanan / masakan yang:

  • Kurang gula, garam dan lemak
  • Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta lengkapkan menu protein.
  • Kalau susah sangat nak tukar, kita kena buat detoks sekali-sekala. Ambil supplement yang betul dan belajar cara pemakanan suplemen, pemakanan dan gaya hidup sihat yang betul.

2. BANYAKKAN BERSENAM

Jadi, macamana nak mula kurangkan berat badan ni?

Kalau nak turunkan berat badan dengan hanya makan ubat kurus, lupakan aje lah. Sebab toksin utama tidak dibuang. Tapi tersimpan rapi dalam tubuh. Ni yang kita panggil Yo-Yo weigh loss atau Yo-Yo diet. Bila yo-yo ni maksudnya senang turun, senang naik semula. Lama-lama kita jadi fed-up dan terus biarkan berat badan kita meningkat. Waktu tu kita mungkin pasrah “Kalau nak kena jugak diabetis nak buat macamana”

Bersenam menjadi tonggak utama untuk progem penurunan berat badan ni. Buat lah senaman ringkas sekurang-kurangnya 15-30 minit sehari.

Jika kita tak sempat bersenam, cuba ambik peluang masa kita menggunakan tangga, daripada naik lift. Menggunakan laluan yang jauh sebelum kaki sampai ke destinasi.

 

BERMULA DENGAN SENAMAN YANG SIMPEL

  • Bila kita decide kita nak kena mula bersenam, tak perlulah sampai kita nak kena pi cari sneakers hebat, baju senaman yang best-best.
  • Senaman untuk orang yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah buah pinggang, diabetis, sakit jantung dan sebagainya memerlukan senaman yang simpel aje. Mulakan dengan berjalan, menaiki tangga. Senaman yang mudah tapi menggunakan otot-otot unjuk bekerja.
  • Kalau nak yang berpeluh sikit, masa dok tengah layan tv, tiba-tiba ada iklan kan. Ha, time tu cuba ambik masa untuk buat jumping jack. Buat ikut kemampuan diri.
  • Bila ada orang telefon pulak kan.. cuba berjalan-jalan sambil bercakap telefon tu. Sambil sebelah tangan dihayunkan ke atas, ke bawah dan tukar pulak sebelah tangan lagi.
  • Kalau pergi makan kat luar pulak, atau bawak family pergi beli baju raya ni, cuba cari parking yang agak jauh sikit (tengok kemampuan diri juga). Bila jauh, kita akan nak kena berjalan jauh sikit la kann.
  • Satu lagi, biasanyakan kalau kita pergi membeli belah kat kedai ke, shopping mall ke, kita beli barang yang banyak. Kita angkut sikit-sikit ke dalam rumah. Ini akan menggalakkan kita lebih banyak berjalan dan proses ulang-alik tu juga tak membebankan otot dan posture kita membawa barang yang banyak sekaligus. Jadi kita akan menjaga posture kita. Baguskan!

 

DETOX

Pernah dengar kan perkataan detoks ni. Banyak cara kita boleh detoks.

Antara yang famous sekarang ni adalah diet atkins. Kalau Mira pulak, suka sangat dengan detoks parasit. Sebab menyingkirkan parasit yang menjadi punca kepada banyak toksin dalam badan, adalah satu cara yang apling berkesan untuk menurunkan berat badan dan dapatkan inchloss.

BORING

Buat benda yang sama setiap hariBoring atau bosan boleh menyebabkan aktiviti otak kurang aktif berbanding apabila kita teruja membuat sesuatu perkara.

Jadi, untuk mengelakkan bosan:

carilah kawan yang boleh menjadi peneman untuk aktiviti bersenam kita tu. Cuba perkara yang baru dalam hidup kita. Contohnya kita tak pandai memasak atau tak suka pun memasak. Cari kawan yang boleh menggalakkan kita dan cubalah masak! Kita juga boleh cuba pelbagai masakan dengan resepi ‘eat-clean’. Atau suka mendaki dan treking, ajaklah pasangan untuk melakukan bersama

Apa pun ‘make-it-fun’. Buat sesuatu untuk secara sukarela dan seronok, bukan terpaksa. Bercampur dengan rakan yang positif dan sekepala. Dan hati-hati dengan kawan yang boleh menggalakkan lagi pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

 

3. AMBIL SUPPLEMENT YANG BAGUS DAN SELAMAT UNTUK TUBUH DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG

Perubatan dan Supplement adalah berbeza. Jika ubat, ianya menyembuhkan penyakit dengan mekanisme berbeza. Ini adalah ubat, dan bukan supplement.

Kita kena fahami, supplement adalah bukan ubat. Tapi supplement adalah satu bentuk makanan. Sebab tu kita sebut supplement ni adalah ‘makanan-tambahan’.

Kalau makanan tambahan bermaksud ianya adalah satu bentuk makanan yang kita tambah ke dalam diet harian kita, untuk melengkapkan zat makanan yang tubuh kita perlukan.

Apabila ianya adalah ‘makanan’, kita kena lah pastikan ‘makanan’ itu akan memberikan nutrisi ke dalam tubuh, memudahkan sel-sel bekerja. Selain itu, ‘makanan’ dan zat membantu tahap kesihatan sel dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.

 

IKUT NASIHAT DOKTOR DAN MAKAN UBAT

Sebab apa doktor anti-supplement?

Bukan apa.. sebabnya bila kita sihat, kita rasa kita tak perlu ubat..kan? Betul tu. Tapi waktu kita sihat pun kita rasa kita tak perlu supplement. Hmm.. part ni salah. Kenapa?

Sekali lagi sebab supplement bukan ubat. Supplement adalah makanan.

Ubat adalah untuk merawat. jadi bila kita sakit, kita kena jumpa doktor, dan makan ubat yang dah diberikan.

Sementara waktu itu juga, dapatkan nasihat doktor untuk makanan berkhasiat dan supplement yang diperlukan untuk bantu tahap kesihatan tubuh.

Supplement yang baik dan bagus untuk jangka masa panjang adalah makanan tambahan yang baik dan semulajadi. Seperti makanan, kita makan untuk dapatkan zat. Dan bila kita makan tak semestinya sakit kita terus baik. Contoh: mak-mak nenek kita dari dulu makan ulam-ulaman dan banyak minum air masak tanpa ais. Kesannya adalah sewaktu mereka menginjak usia dan mereka masih sihat dan kurang dapat penyakit.

Jadi begitu lah konsep supplement, kerana supplement adalah makanan tambahan, yang berfungsi menambah zat nutrisi yang lompong dalam badan kita.

 

3 PERKARA PENTING DAN IANYA SANGAT MUDAH!

Lepas apa yang kita bincangkan, kita sebenarnya boleh menurunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan 3 perkara mudah:

  1. Jaga pemakanan kita. Tukar kepada pemakanan sihat.
  2. Bersenam
  3. Ambil supplement yang berkesan, selamat dan mesra alam.

In shaa Allah..lifestlye kita akan berubah ke arah yang lebih positif.

 

Untuk mengetahui banyak perkara tentang supplement yang semulajadi dan selamat untuk diambil dalam jangka masa yang panjang, bolehlah hubungi Mira:

Whatsapp/ call: 019-2821775

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm