BUASIR SELEPAS BERSALIN

Pengalaman bersalin Mira.. pernah ada masalah buasir. Buasir selepas bersalin yang Mira alami ni perit sangat. Ni tahap buasir yang dah terkeluar. Memang satu masalah. Bukan aje masalah nak duduk, berjalan, bangun, mula nak duduk, atau kalau duduk lepas tu nak baring. Nak mengesot-ngesot atas tilam pun sakit.

 

BUASIR

Buasir ada banyak peringkat keterukan. Kalau Mira yang selalunya isi dah terkeluar dan berdarah, mungkin adalah Buasir tahap 4.

Tambahan lagi pulak, waktu dalam pantang tu, masalah benang jahitan yang tak kemas dijahit, mencucuk-cucuk pulak di kawasan luka episiotomi (selepas ni disebut ‘epi’).. menyebabkan tak selesa pada mulanya.. hingga bengkak dan infection.

 

Sengsaranya. Buasir di ‘belakang’. Yang luka ‘depan’ pula terkena infection.

 

Waktu belum baik luka epi.. Mira terpaksa jalan terjepit-jepit. Sebab kalau tak buat macam tu, jahitan yang tajam mencucuk tu akan buatkan pergerakan semakin sakit. Duduk pun menyenget-nyenget. Nak baring pun perlu berhati-hati.

 

Kadang bila dah duduk atas tilam, nak lah ambil bantal ke atau nak mengangkat baby, jadi kenalah gerak kesot-kesot sikit. Tu pun terasa sangat pedih.

 

Waktu tu, usia berpantang Mira dah 25 hari, hampir sebulan berlalu. Tapi disebabkan luka epi yang belum baik, dan buasir yang semakin teruk. Semakin hari Mira semakin susah nak bergerak.

 

Mama Mira yang risau tengok anaknya yang dalam pantang belum berjalan elok, makin risau. Jadi dia ajak Mira ke klinik. Satu demi satu klinik Mama bawak Mira pergi.. hanya ubat sapu dan antibiotik dan ubat makan yg doktor beri.

 

30 HARI BERPANTANG, MASIH SAKIT

Akhirnya sewaktu cukup usia anak 30 hari.. Mira pergi juga ke sebuah hospital bersalin swasta ni.

 

Doktor tu, dia buka jahitan hidup-hidup. Katanya jahitan tu dah tak bermakna. Sebab luka tak bercantum baik. Jadi, hidup-hidup jugak lah kena cuci kat situ. Lepas tu ditekan2 supaya abcess (nanah) yang ada kat kawasan tu dapat dikeluarkan semuanya.

 

Allahu akbar. Sakitnya, ngilunya rasa macam daging dihiris hidup-hidup (tanpa bius). Bila tanya doktor, doktor buat apa, sebab sakit sangat. Doktor tak nak beritahu. Di akhir rawatan, baru dia explain, doktor tu sebenarnya tak nak Mira gerun. Hanya diulang-ulang suruh bersabar dengan suara yang lembut.

 

Selepas hari dressing di hospital yang sama.. Alhamdulillah.. masuk hari ke-3, sakit dah berkurang, dan dalam masa 5 hari luka pun semakin sembuh.

 

Tapi Mama tengok, jalan Mira belum lagi elok, nampak makin susah nak bangun, duduk dan meletak posisi untuk baring.

 

Mama kata, kalau orang lain, 36 hari dah sembuh. Dah berjalan elok. Ini Mira ni, tinggal lagi beberapa hari nak siap tempoh berpantang, belum lagi baik lukanya.. belum boleh jalan elok, duduk elok-elok. Duduk pun menyenget-nyenget sampai sakit pinggang.

 

Allahu..

Perit..

 

BUASIR SEMAKIN TERUK

jangan kata makin baik, sebenarnya buasir Mira semakin hari semakin teruk. Isi yang terkeluar tak dapat lagi dimasukkan dan semakin membesar. Dan setiap kali bila disapu ubat, mesti ada darah. Mira pulak asyik tahan nak membuang. Kalau rasa nak membuang ditahan-tahan, sampai hilang rasa nak membuang. Lama-lama perut rasa sebu dan berangin. Sakit habis pinggang-pinggang sampai ke tulang belikat dan tulang selangka (tulang bahu) tersa bisa-bisa dan sakit.

 

Bila basuh bahagian bawah, nampak darah. Bila cuci luka buasir memang berdarah-darah aje. Peritnya hanya Allah yang tahu.

 

Tak selesanya bila bangun berdiri, berjalan dan nak duduk.. hanya Allah yang tahu..

 

Betapa ujian yang Allah uji ni nampak sekecil ni, tapi.. dugaannya terasa sangat? Makin perit bila setiap kali terasa nak membuang. Satu perasaan takut dan risau, fobia yang sukar untuk Mira ceritakan.

 

HABIS BERPANTANG, SEMBELIT DATANG

Akhirnya waktu Mira dah balik ke Selangor, terpaksa buat suntikan steroid dan turut juga makan ubat yang diberikan serta kerap masukkan ubat sapu.

Selesai tempoh pantang, masalah sembelit pula. Lepas satu, demi satu ujian Allah bagi.

Semua ni terjadi, bila Mira kerap tahan-tahan bila rasa nak membuang tu. Mira takut nak membuang. Lama-lama susah nak membuang. Sembelit dan badan sakit-sakit pula.

Selalu terpaksa beli ubat lembutkan najis untuk memudahkan pembuangan, tapi boleh dikatakan ubat tu dah tak berkesan lagi..

Walaupun kalau makan ubat tu boleh membuang, tapi fobia nak membuang. Sakit. Dan setiap kali membuang isi buasir akan terkeluar dan berdarah. Sangat menyakitkan. Ubat sapu dan makan Mira teruskan. Cuma tak lagi cucuk steroid.. begitu lah berulang-ulang setiap hari.

 

Percayalah setiap kali Mira membuang, akan lalui perkara yang sama. Sampaikan Mira dah rasa biasa tegal biasa. Duduk sakit-sakit pun biasakan jugak. Mira harap sangat agar masalah buasir ni Allah sembuhkan.

 

“ALLAH MAHA PENYAYANG”

 

Mira hamil lagi ketika anak belum pun menginjak usia 6 bulan.

Ubat lembutkan najis memang selalu standby di rumah. Sebab nak elakkan buasir datang semula..

 

Dan.. hingga tiba waktunya.. Mira diarahkan akur dengan keputusan pihak hospital yang menentukan Mira mesti bersalin planned caesarean. Walaupun risau dan sedih, yelah mestilah nak normal. Tapi bila difikirkan balik, Allah dah tetapkan mungkin untuk elakkan Mira meneran dan masalah buasir semakin teruk.

Bila bersalin czer, semestinya masalah buasir tak berulang semula, kalau ada pun sikit-sikit sahaja. Itulah anggapan Mira yang akhirnya meleset.

 

BUASIR DAN SEMBELIT BERGANDA-GANDA

Mira ada masalah lain sebelum dan semasa melahirkan, jadi Mira melahirkan secara full body bius. Setelah 2 hari bersalin, Mira selalu disuntik dengan morphine pada saluran jarum yang sengaja pihak hospital sambungkankan di bahagian dada.

BUASIR

Ini lah yang pihak hospital lekat kat dada Mira untuk masukkan ubat tahan sakit jenis ‘morphine’

Bermula dari situ, rupa-rupanya menggandakan masalah membuang angin (kentut), dan masalah tidak membuang adalah berpunca dari sembelit Mira, dan morfin yang menyebabkan pergerakan usus jadi lebih lambat. Scale sakit adalah 7 hingga 9. Bila di x-ray, rupa-rupanya pergerakan usus sangat perlahan dari sepatutnya. Dan segala tinja tersangkut di sepanjang usus besar. Memang sakit sangat jadinya. Cuba untuk ‘pass-gas’ (kentut) tapi tak berjaya. Sakit seluruh bahagian badan dan dada.

 

Minum air seteguk rasa seperti sakit perut hingga sekeliling pinggang dan juga dada.

 

Selepas dapat rawatan, Mira dapat membuang. Masalahnya buasir jadi semakin teruk.

 

Lebih teruk dari dulu-dulu.

 

Alhamdulillah.. Mira cuba contact upline dan group upline, serta baca juga blog-blog di google, dan Mira, dapati, Shaklee ada penawar bagi penyakit buasir.

Ostematrix, Vitamin C dan B-Complex sangat membantu untuk masalah Buasir dan Sembelit

Boleh hubungi Mira di 019-2821775 untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee ni.

Terus beli online Set Buasir.. iaitu Omega Guard, Ostematrix. Manakala Vitamin C dan B-Complex dah pun ada.. sebab sebelum tu Mira dah beli sikit demi sikit set berpantang Shaklee.

 

 

 

 

Omega Guard Shaklee Penawar Buasir

Mira tambah OmegaGuard dalam Set Berpantang. OmegaGuard Shaklee adalah bergred pharmaseutikal, sangat berkesan dalam jangka masa singkat, dan sangat baik untuk legakan bengkak Buasir dan dalam masa yang sama sebagai antioksidan

Barang Shaklee dapat keesokkan harinya. Allah memudahkan urusan, cepat pula barang order sampai ke rumah.

 

Mira makan ikut aturan yang dicadangkan oleh pakar nutrisi dan teruskan makan set berpantang seperti biasa.

 

ALLAH DENGAR DOA HAMBA-NYA

Alhamdulillah.. dalam 2 hari sahaja Mira consume set berpantang Shaklee dan add on Ostematrix dan OmegaGuard, bengkak buasir Mira berkurang banyak sangat.

Terkejut juga bila suami tegur, “Eh, laju berjalan?” Sebab Mira hampir terlupa akan sakit-sakit sebelum tu, yang jika tidak semasa nak bangun dan duduk mesti berhati2 sebab sakit. Terlupa terus dan duduk serta berdiri macam biasa.

 

Baru lah Mira tahu, buasir Mira makin mengecut. Mira fikir semula apa yang Mira makan?

 

Disebabkan menyusu, Mira dah tak makan ubat tahan sakit yang diberikan doktor.

 

Dan dalam masa yang sama, Mira tetap sapu krim dibahagian buasir, dan turut makan suplimen Shaklee Set Buasir demgan konsisten seperti yang diberitahu.

 

Bab nak membuang tu (sembelit) memang tak de masalah pulak. dah ok. Senang aje, dan takde lagi luka-luka berdarah. Alhamdulillah. lega sangat.

Satu perasaan yang sangat Mira tak boleh nak gambarkan waktu tu adalah apabila Mira selalu rasa ‘down’, menyusahkan suami, dan keluarga mentua. Dan disebabkan dulu selalu sakit dan sukar nak bergerak, Mira tak dapat juga nak menjaga bayi dan melayan anak-anak lain dengan baik.

 

Tapi, bila dan sembuh sikit demi sikit dari masalah BUASIR dan SEMBELIT. Perut pun rasa lebih selesa dan ringan badan. Rasa seperti dunia baru. Segala sakit-sakit badan, sengal-sengal dan bisa juga hilang sekelip mata. Allahu. Memang Allah sayangkan kita. Kita aje yang selalu tak ingat Allah ketika kita sihat. hanya ingati Allah ketika kita ditimpa musibah.

 

Mira berterima kasih, kerana Allah permudahkan Mira mencari ikhtiar bagi masalah buasir yang bertahun-tahun Mira deritai.

Kawan-kawan yang sudi baca entry Mira ni, jika ada masalah Buasir dan Sembelit, boleh dan Mira sangat-sangat suggest ikhtiarlah dengan Set Buasir dan Sembelit Shaklee. In shaa Allah, tak sengsara lagi hidup.

Jom baca info berkenaan buasir dalam entry BAGAIMANA MENGATASI MASALAH BUASIR.