Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata

 

Bangun pagi mesti rasa tak puas hati dengan muka. Bukan sebab apa, bahagian mata ni yang tak berapa ok sikit. Hitam Bawah Mata ni memang buruk sangat. Nak buat macam mana, banyak kerja nak kena siapkan waktu anak-anak dah lena tidur kann. Lepas tu, esok pagi pula bangun awal, dan tak tidur sampai ke malam. Begitulah ulang-ulang setiap hari. Jadi Mira dah pun cari Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata dan sekaligus kedut-kedut hilang jugak tau. hehe

Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata

 

Hitam Bawah Mata / Dark-Circle / Eye Bag

Sebenarnya kan, ‘mata panda’ atau Hitam Bawah Mata ni atau orang selalu sebut ‘Dark-Circle’ atau ‘Eye-Bag’ ni, memang lah tak bahaya. Melainkan kita memang ada sakit-sakit kronik yang menyebabkan bawah mata kita hitam. Itu kena jumpa doktor. itu cerita lain la.

Bawah mata kita ni, kalau gelap, atau ada Lingkaran Hitam, nampak buruk sangat tau. Pakailah cecantik macam mana pun, tapi kalau tetiba mata panda, memang habis seri muka tu. Bukan kuih seri muka tau..haha.

 

Kulit Mata Nipis dan Sensitif

Kulit Bawah Mata kita ni memang sensitif, sebab kulit sekitar mata 4 kali lebih nipis dari kulit muka bahagian lain. Kita pulak menggunakan otot-otot mata dan otot-otot sekitar kulit lebih banyak berbanding bahagian muka yang lain. Mata kita saja berkedip 15000 kali sehari. Jadi boleh bayangkan lah kan, otot-otot sekitar mata kita seharian buat kerja.

Sebab tu, kalau kita biarkan mata kita kerja tanpa rehat sekejap (afternoon nap) atau tidur terlampau lewat, mata kita akan bekerja lagi. Sedangkan waktu itu mata kita perlukan masa rehat.

 

Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata –

Cara Tradisional Vs Moden

Banyak cara nak buat bawah mata kita ni cerah semula. Antaranya:

Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata

Mata kita menunjukkan kesihatan kita juga. Jom ketahui macam mana nak hilangkan eye bag atau Hitam Bawah Mata ni

Buah Timun

Ambil buah timun (sejukkan dulu dalam peti sejuk). Hiriskan 2-3 hiris gitu. Lepas tu letak lah atas mata kita. Mata kenalah tutup dulu baru letak timun tu. Timun ni, memang banyak air. Dengan sifatnya yang tinggi kandungan air, dan sejuk pula tu, timun tu dapat rehatkan otot-otot mata dan berikan ‘cooling effect’ supaya mata kita rasa nyaman. Tekap kat mata dalam 5-10 minit. Sambil-sambil selawat gitu. Silap-silap tertidur 2-3 jam. Bila bukak mata nanti, rasa mata lebih segar. Dan anda akan nampak eye-bag akan berkurangan.

Amalan ni, kena buat selalu. Seminggu 3-4 kali. Dan jaga waktu rehat mata. Baru lah menjadi. In shaa Allah.

 

Ubi Kentang

Dalam ubi kentang ni ada banyak enzim yang boleh bantu metabolisme otot dan saraf mata. Ubi kentang ni fungsinya nak kurangkan bengkak bawah mata tu. Caranya sama je macam petua timun tu.

 

Uncang Teh

Pernah dengar kan, orang suka nak simpan uncang teh dalam satu bekas, bubuh sekejap dalam peti sejuk, tujuannya nak tepek kat mata. Pernah dengar kannn? Ha.. kalau nak tahu, Mira pun suka sangat simpan uncang teh ni. Simpan sampai terkering dalam peti sejuk tu. Last-last buang je. Haha. Jangan jadi macam Mira tau.

Uncang teh ni sebenarnya bagus sangat. Lagi bagus kalau guna uncang teh green tea, atau white tea dan rooibos tea. Sebabnya teh-teh ni, adalah dari tumbuhan yang banyak antioksidan. Sangat membantu untuk nak Hilangkan Gelap atau Sembap Bawah Mata tu.

Lepas dah rendam teh nak buat air teh tu, jangan la letak gula lagi. Angkat uncang teh tu, simpan dulu dalam peti sejuk. Tujuannya tak nak la anda letak uncang teh tu panas-panas kat mata. Karang melecet pulak kulit mata.

Bila dah sejuk uncang teh tu, keluarkan la, tepek bawah mata. Rasanya ummph sangat… ‘cooling effect’nya dan aroma teh yang still ada kat uncang teh tu boleh buat anda dibuai-buai minum air teh sedap.

Banyak lagi cara tradisional. Cuma kita kena selalu-selalu buat. Tak boleh malas-malas. Hehe.

 

Cara Moden pulak…

Mira suka sangat dengan cara yang Mira baru jumpa ni iaitu, menggunakan Eye Cream dari Youth Shaklee. Krim Mata ni nama penuh dia – Youth Restoring Eye Treatment.

Cara Hilangkan Hitam Bawah Mata

Kesan penggunaan Youth Restoring Eye Treatment Cream – Hitam Bawah Mata dan Kedut HILANG SEKALIGUS!!!

Haaa… nampak perkataan treatment tu?

Bukan aje Bawah Mata yang Hitam tu berkurangan. Tapi kedut-kedut kat mata, warna tak sekata, semua la dia buat. Hasilnya, Bawah Mata dah Tak Hitam dan Kedut-Kedut sekali hilang. Wow!! Bestkan!!

Krim ni memang 100% vegan tau. Jadi jangan risau lah kalau nak gunakan krim ni. Memang Halal dan Sangat Berkesan. Ramai dah wanita yang banyak kedut-kedut kat luar sana tu dapat hasil yang best selepas pakai krim mata ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Krim Mata ni, boleh baca entry Youth Restoring Eye Treatment. Harga Shaklee dan Cara nak Beli Shaklee Online semua siap dah kat situ.

Bila dah cuba cara moden dan tradional ni. Pemakanan kenalah jaga jugak. Jangan hentam kromo kopi dan kafein aje. Air kenalah minum banyak-banyak. Vitamin B-Complex kena ada juga. Tidur cukup. Dan satu lagi, jangan lah selalu-selalu sangat tengok Tv atau smart fon anda dalam gelap. Sebenarnyakan, smart fon anda tu pun jemu tengok anda. Kalau dia ada suara mesti dia cakap. Haha.

Selamat mencuba.

Pengedar Shaklee Klang – Aktif 2018

Pengedar Shaklee Ahli Shaklee

Hai Sayalah Mira – Pengedar Shaklee, Perunding Suplimen Kesihatan Anda

COD Kawasan Shah Alam- Klang – Banting

Hubungi: 019-2821775 atau Klik gambar Pengedar Shaklee Klang di atas.