LECHITIN BANTU KANAK-KANAK FOKUS

VITAMIN OTAK UNTUK ALYA TERSAYANG

Ikutkan OmegaGuard memang mama bagi setiap hari.Tapi lechitin ni Mira bagi. Cuma kadang-kadang skip jugak. Padahal lechitin banyak kebaikan. Salah satunya dia Lechitin membantu kanak-kanak lebih fokus dalam sesuatu kerja.

 

Vitamin Otak Selamat untuk kanak-kanak

Semalam mama bagi vit ni- Lechitin untuk Alya, bersama B-Complex.. dan.. Alhamdulillah, hari ni boleh nampak perubahan pada Alya.

Selalunya Alya ni, kalau bangun awal pagi memang dia selalu merengek. Kadang-kadang tu meraung nangis. Dah siap mandi termenung-menung nak pakai baju.

Kadang-kadang dah siap pakai baju tudung semua baru dia bgtahu, dia belum ambik wuduk nak solat subuh.

Jadi faham lah bila adik & kakak yang dok sebilik ni, akan bergaduh pagi-pagi.

Kadang tu, bila dah lewat nak ke sekolah, sabar mama pun boleh menipis.
.
.
Tapi lepas 3 hari ni konsisten bagi lechitin kat Alya.. Alhamdulillah pagi ni bangun pagi dah tak nangis bentak-bentak. Mandi pun ok, siap pakai baju dan solat.

Semua teratur. Beg buku dan segalanya ok bagi dia hari ni.

Senyum aje dia. Sarapan tadi dan persiapan semua ok pagi ni. Kakak pun takdelah bising-bising berleter kat adik oagi-pagi. Alhamdulillah.

Nampak dua-dua lebih tenang dan lebih fokus.. tapi biasa lah Alya.. kita kena jugak ingatkan dia itu ini supaya dia tak lari fokus.

Tu lah Alya..

.

Korang dan kita-kita semua..

Anak-anak kita ada kelebihan dan kekurangan. Kita syukur dengan kelebihannya. Dan kita railah kekurangan dia.

 

Sebenarnya.. anak2 kita ni bukan tak pandai. Bukan lembap, bukan slow. Bukan masalah. Diorang mungkin ada sesuatu halangan yang buatkan diorang jadi macam tu.

Jadi kita, mak ayah, boleh cuba macam-macam untuk bentuk semula anak kita..

Supaya dia ok di rumah, dan juga di luar rumah.

Selain berikan suplimen terbaik untuk anak, kata-kata baik, pujian dan doa pun penting untuk dia membesar dengan baik dan berakhlak mulia..

In shaa Allah.. anak kita ok. Kita pun akan okšŸ™‚

-Mira-
Masih belajar bab parenting untuk slow-learner