Semalam dalam kereta…

Mama terpaksa ajar Alya martial art.. haha so called martial art la kan..sbb mak ayah dia pun bab martial art ni tahu cincai2 aje.

Alya kena belajar at least sikit la.. Sebab Alya kata dia selalu kena pukul, tumbuk dan tendang oleh kawan-kawan kat sekolah.

Bila balik kerap kali bgtahu sakit bahagian perut. Bab kena ejek sampai nangis tu dah biasa tegal biasa si Alya.

Dulu memang Alya balik selalu report kat mama .. tapi bila dah selalu dia report.. memang mama papa kena bagitahu cikgu, dan dah pun bagitahu cikgu juga.

Tapi kami ibu bapa faham, perkara ni walau dah bagitahu cikgu, masih berlaku berulang-ulang. Cikgu nak fokus pada ramai pelajar.

Baru-baru ni mama pergi jumpa cikgu bertugas yang sedang mengajar.

Mama terpaksa ajak Cikgu Alya, Alya dan budak2 yang tumbuk perut Alya tu.

Mira dan sorang lagi cikgu akad depan cikgu yang tengah mengjar tu, tanya budak2 ni dan mereka mengaku.

Rupanya, budak-budak ni boleh ditegur. Maksudnya boleh dibentuk baik. Tapi mereka selalu ikut kawan untuk cederakan budak lain.
.
.
Mama memang boleh harap perkara ni tak berulang lagi.

Tapi, nak tak nak Mama kena jugak lah ajarkan.

Bukan lah pandai sangat bab seni pertahankan diri ni. Tapi pernah la belajar kat U dulu.

Jadi mama ajarlah sikit-sikit yang mama belajar.

Nanti kalau ada kesempatan, ada peluang, memang nak kena hantar jugak anak-anak attend martial art class.
.
Silat, taekwondo, semua tu untuk pertahankan diri.

Tapi boleh bantu kuatkan keyakinan diri.

Semoga Alya dapat belajar sikit2. Fan dapat praktikkan demi kebaikan.

Ameen.. in shaa Allah 😐