MULA DENGAN SAKIT GUSI

Tengah hari sebelum tu, ada makanan terselit celah gigi. Gosok gigi dan tarik keluar makanan, tetiba darah memancut. Terasa macam lidah, mulut tetiba penuh darah.

 

Terus pergi bilik air gosok gigi. Darah keluar tak henti-henti. Bila berkumur-kumur pun sama, darah masih ada.

 

Dok diam kat luar ruang tamu.. terasa darah makin menumpah kat dalam ruang mulut. Apsal ni? Tetiba je.. terfikir kenapa pulak jafi macam ni..

Takpe.. biarkan aje lah.. malas nak telan apa2 ubat atau suplimen. Malas nak pi ambik sebenarnya. MALAS is one of many causes penyakit datang.

LIMPH NODES BENGKAK, RASA MACAM URAT MATA TERTARIK KE BAWAH.

Semalaman tak leh tidur. Berdenyut aje gusi ni. Kadang-kadang ada short-sharp stings.. tu yang paling tak tahan. Terbangun-bangun aje tidur bila sakit gusi ni.

Bila bangun sahur tu, sakit tak mau bercakap sangat. Rasa ada benjolan kat bawah rahang. Limph nodes dah bengkak. Minor facial swollen. Urat mata pun dah tertarik.

Petang, tunggu klinik buka. Pi jumpa dokter gigi. Dokter pelik. Semua gigi cantik. Takde fracture, takde carries, takde plaq nor dental calculus, semua gigi ok.. tapi ada swollen gum.

Ada 1 dead tooth, 1 big deep pocket bila masuk prob scaling tu..

Doc kate dead tooth tu mungkin disebabkan masalah pengaliran darah ke gigi tu. Takde aliran, menyebabkan saraf gigi tu mati.

 

DOC TERTANYA-TANYA, WHY A DEAD TOOTH?

Doc tertanya-tanya, takde carries, takde fracture bahkan gigi semuanya ok free from plaque. Every year awak servis gigi dan gusi.. but why ada dead tooth?

Nampak macam ada hormonal imbalance. Awak maybe stress?

Aku pun jawab, dalam seminggu dua ni kerja banyak.. malam-malam stay up.

Doc pun angguk, tapi dia kata.. ni bukan seminggu dua, sebulan dua.. nak jadi ni bertahun-tahun jugak agaknya, sebab semua gigi awak ok.

Kerosakan gusi tu mungkin berpunca dari kecelaruan hormone, dan kemudian masalah saraf, semua dari arah dalam.

Waktu tu, dan-dan fikiran flash-back, doctor pernah diagnosis aku fibromyalgia, awal 2014.

Waktu tu doctor tu cakap, badan aku dah developed anxiety disorder bertahun-tahun lamanya.. lebih kurang 2-3 years back. Sampai banyak saraf dalam badan haywire. Kalau dibiarkan banyak problem saraf kepada sesuatu masalah kesihatan yang lebih serius.

 

ANXIETY BOLEH BUATKAN SARAF ROSAK TERMASUK SARAF GIGI

Semua tu aku teringat balik.. How chronic anxiety can develop stress dan boleh slowly makan saraf dan seluruh system dalam badan, termasuklah saraf-saraf gusi dan gigi.

Now i really can relate all that dengan stress, as a silent killer.

😞😞😞

Haih..

Gigi upperleft quadrant (2-4) memang cantik lagi. Aku pun tak perasan nape pulak gigi tu ‘gigi mati’.

Hanya doktor gigi yang pandai nak tengok.. dari segi color katanya. Gigi tu coloration dia dah lain dari gigi-gigi lain.

Kalau aku nampak sama aje.

Patutlah last year bulan 1 macam tu pernah kat tempat yang sama rasa sakit gusi.

Tapi waktu tu dalam.2 hari aje. Lepas makan vit c dan omegaguard, b-complex dah ok dah gusi tu.

Tahun ni, lewat sikit dia jadi semula.

Doktor kate.. keadaan ni akan berterusan, dan akan jadi lagi teruk kalau aku tak buang akar gigi yang rotten kat dalam tu.

Gigi tak affected dah.. akan luruh sendiri.

Tapi jangan sampai tunggu luruh sendiri, sebab waktu tu mungkin kesemua gusi dan tulang yang pegang gusi dah affected.

 

KOS UNTUK RAWATAN AKAR GIGI ATAU ‘ROOT CANAL TREATMENT’

Doc kata gigi yang cantik lagi, kalau sayang nak buang boleh buat root-canal-treatment (RCT).

Bila tanya-tanya kat kaunter. Nak buat RCT, 1 batang aje dah RM 500. Aduhai.. mahal giler..

Tu pun sebatang tu kos nak ikat gigi tu kat tenpat lain, lain pulak la kosnya..

Gigi mati tu mostly brittle cepat. Sebab akar dah takde. So dia kena ‘dipegang’ oleh gigi lain.

Kalau tak, setahu dua lepas buat RCT akan menyebabkan gigi tu luruh sendiri. Rugi duit la kan..

Haha.. kalau boleh taknak la rompong awal2.. nak guna gigi ni lama2 lagi..

Pikir nak buat ape agaknya..