GELAGAT ANAK PUASA

Balik sekolah.. dalam keter tadi.. saja mama test kekuatan anak2 mama..🤣

Selalunya bila diorang masuk aje dalam kereta.. routine diorang: terus ambik air basuh tangan bawah seat.. basuh kedua2 tangan kat luar kereta. Masuk semula dalam kereta.. ambik bekal, bismillah dan makan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Hari ni hari pertama puasa..

Mama: okeh, basuh tangan..

Anak: (Terus cari air basuh tangan..lepas tu dua-dua pandang mama tgok mama macam nak makan mama😆😆😆)

#tersasulanak2mama

 

GELAGAT ANAK PUASA (cont.)

Sambungan kisah balik sekolah tadi..

Sempat lah mama ajar anak2 yang tetiba muram, teringatkan makanan dan minuman. Salahkan mama yang bergurau tadi.

Kakak diam memeluk tubuh. Si Alya pula kata teringat-ingat, kalau selalunya masuk aje dalam kereta, beralun2 bau semerbaknya lunch pack dalam kereta.. kali ni takde bau ape2.

Bila tengok anak-anak mama macam ni.. So mama pun pesan macamana ustazah mama dulu pernah pesan kat mama..

Puasa ni, Allah nak ajar kita supaya jadi orang bertaqwa. Salah 1 sebab Allah suruh puasa sebab nak kita tahu betapa orang yang kelaparan, kebuluran, yang miskin, semua tu selalunya jarang dapat makanan.

Bila kita disuruh puasa, tapi asyik teringat makanan.. jadi tak dapatlah hikmah mengingati pada yang miskin dan kebuluran tu.. tak dapatlah kita menghayati keindahan lapar dan dahaga puasa kita tu.

So, sepanjang perjalanan balik, mama sempat ceritakan tentang kisah zaman Umar Al-Khatab..

Tentang seorang ibu yang masakkan batu dalam periuk.. untuk hiburkan anak-anaknya yang kelaparan.

Tindakan ibu tu sebenarnya berbohong masak. Ibu tu buat macam tu supaya anak2 tunggu makanan masak, sampai terlena tidur.

😞Cut short.. anak2 mama habis aje dengar cerita tu.. depa sedih.

Alya sedih, kakak pun sedih.. terus diorang sebut Astaghfirullah sebab rasa bersalah tadi teringatkan makanan, dan marahkan mama pula tu.

Terus Alya ulang-ulang istifar dan kakak pun sama.. terus diorang minta maaf pada mama.. dan minta maaf pada Allah (lafaz betul2). Diorang sempat doa supaya anak2 tu dapat makanan akhirnya..

Sebenarnya, mama dok tengah drive tu.. nak sambung cerita kat diorang, tentang nasib ibu dan anak-anak nya tu terbela oleh Amirul Mukminin Umar alKhatab.. tapi biarlah dulu.. biar diorang betul-betul hayati kisah tadi.

Mama ni tengok kedua-dua ustazah Mia dan Alya ni.. sebenarnya tergelak sakan dalam hati. Tapi kontrol.. taknak gelak.. biar diorang berdua beremosi begitu.

Kat rumah..

Lepas kakak2 mandi dan rehat.. Alya nampak adik kunyah biskut..

Alya urut dada.. cepat-cepat dia lari masuk bilik sambil mulutnya tak sudah-sudah sebut Astaghfirullahalaziim..

(Mama tak tahan.. gelak jugak akhirnya🤣)

Apa pun.. bagus anak2 mama..

Esok, kisah apa pulak kita nak bagi kat budak-budak ni.. supaya lebih menghargai bulan puasa.. dan menghayati lapar dahaga tu..

-Mama anak 4-
Kadang-kadang nakal tu datang juga..