TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

TIPS UNTUK IBU YANG KURANG SUSU

 

Sebenarnya.. bagi ibu-ibu yang boleh menyusui bayinya sepanjang tempoh berpantang..

Atau..

Ibu yang dapat mengenyangkan bayinya dengan susu badannya semasa selepas 3-4 hari bersalin atau dalam tempoh seminggu.

Atau..

Ibu yang pernah bengkak susu semasa tempoh berpantang..

Atau..

Waktu ibu menyusui bayinya disebelah kanan/kiri payudara.. yang sebelah lagi menitis keluar agak banyak dalam sesudu makan..

 

Maksudnya..

 

Ibu itu sebenarnya mempunyai CUKUP SUSU untuk bayinya dan tak ada masalah ‘defect’ pada saluran susu.

 

Jadi..

 

Jika tiba-tiba bayi menangis kerana ‘tak cukup’ susu (kerana kadangkala bayi menangis bukan untuk susu. Baca di sini untuk ketahuinya) dan payudara ibu tidak setegang dahulu.. buat perkara ini:

 

TANDEM PUMPING

1. Buat tandem pumping. Maksudnya ibu susui bayi dengan payudara sebelah kanan/kiri.. sebelah lagi dipump. Otak akan stimulate susu untuk 2 kali ganda susu yang ada pada waktu itu..seolah susu untuk si’kembar’.

 

DOUBLE PUMPING

2. Sekiranya menggunakan double pump. Buat double pumping. Maksudnya. Selepas 1 sesi pump.. mesti rehat 10 minit dan pump sekali lagi sepertimana tempoh pump sebelumnya.

 

Contoh: pump 20 minit: rehat 10 minit (buat urutan lembut masa rehat ni): pump lagi 20 minit.

 

Jika guna single pump.. tak perlu rehat 10 minit. Hanya tukar pump ke sebelah yg lain..dan kedua-dua payudara mendapat 2 kali sesi.

 

INTENSIVE PUMPING

3. Buat intensive pump. Pada setiap jam (pilih waktu bayi kurang minum).. pump sekurang-kurangnya 10-15 minit. Tapi kadang kala tempoh ini hanya ‘foremilk yang banyak’.

 

Boleh terus susukan bayi selepas 15 minit pump. Bayi akan dapat ‘hindmilk’.

 

Kaedah ini juga berkesan untuk tingkatkan berat bayi.

 

POWER PUMPING

4. Power pumping. Pump kedua2 belah Payudara serentak dalam tempoh 20-30 minit.

Seeloknya dilakukan pada sebelah malam. Kerana susu dihasilkan sangat banyak pada sebelah malam.

 

Rehat 10 minit..

 

Dan pump lagi seperti sesi 20-30 minit.

 

Ini dikira 1 set.

 

Buat sekurang-kurangnya 2 atau 3 set secara berterusan, sekurang-kurangnya sehari sekali..

 

Ulang perkara ini sehingga 2-3 hari berturut-turut.

 

Sekiranya ibu telah pun mendapat momentum susunyang mencukupi.. boleh berhenti buat power pumping. Tapi teruskan dengan kaedah 1-3 tadi.

 

DOUBLE PUMPING & MARMET

5. Double pumping dan marmet. Buat seperti kaedah double pumping. Tapi selepas 3 set tadi.. rehat 10 minit dan buat marmet untuk 1 set.

 

IBU MESTI GEMBIRA

Ingat.. kadangkala.. tempoh mengepam mengambil masa yang lama. Dan ibu mungkin penat. Penantian yang lama semasa mengepam juga boleh membuatkan ibu letih dan berasa bosan. Jika ibu mula stress, seeloknya berhenti dari kesemua sesi ini.. dan cuba bertenang dan cari sumber untuk menceriakan ibu semula.

 

Ini kerana, jika ibu stress, susu yang dihasilkan akan menjadi sedikit, dan tidak berkualiti.

 

Bahkan ada juga orang bijak pandai berkata, anak yang minum susu ibu yang tercalit emosi stress akan cepat meragam/cranky kerana tidak mendapat susu yang disukainya.

Mungkin susu yang terhasil ketika stress kurang sedap kot bagi bayi itu.. 😀

 

Jadi semasa sesi mengepam eloklah membaca alquran atau mendengar lagu2 irama yang menenangkan.

 

Atau melakukan perkara2 yang anda minati..

 

Seperti menulis, atau mengait…atau apa sahaja yang boleh bantu anda gembira pada waktu itu..

 

Jika memasak adalah perkara yang anda minati.. cuba cari pump susu yang boleh anda guna sambil melakukan kerja-kerja lain seperti MADELA FREE Style, Freemie.

 

Banyak lagi brand yang membolehkan anda bergerak bebas dan menggunakan kedua-dua tangan anda untuk melakukan kerja-kerja lain semasa anda mengepam susu.

 

Susu akan semakin banyak dan berkualiti apabila anda gembira😊👍🏻👶🏼

 

Kerapkan menyusui bayi secara direct latch (pelekapan langsung) supaya antibodi yang tepat dengan keperluan bayi dapat dihasilkan pada penyusuan tersebut, dan seterusnya.

 

6. Jangan lupa ambil supplement Shaklee iaitu set menyusu untuk susu yang lebih berkualiti.. pekat dan banyak.. serta ibu dapat menangani masalah-masalah seperti osteoporosis, kemurungan dan sebagainya.😊

Set Berpantang Shaklee amat sesuai kepada ibu yang masih menyusu anaknya

Walaubagaimanapun..

 

Jika semua usaha di atas tidak berhasil..

 

Eloklah berjumpa dengan pakar laktasi yang bertauliah..

 

Untuk mengenalpasti masalah ibu dalam menyusu bayinya.

 

Good luck

 

Luv,

Mira..

Pengalaman menyusui yang mendewasakan si ibu..

*Mira ada masalah IGT  (Insufficient Grandular Breast Tissue) iaitu saluran susu yang tidak memuaskan untuk memberi laluan kepada susu. Atau saluran yang bermasalah untuk membuat susu.

 

Walaubagaimana pun, Mira berjaya mengatasi masalah ini dengan bantuan pakar laktasi yang bertauliah.

 

Untuk mengetahui tentang IGT, Boleh google berkenaan topic tersebut.

 

Kalau nak order set menyusu Shaklee, boleh terus whatsapp Mira:

019-2821775

 

#notakesihatanbyMiraHamzah

#tipsbanyakkansusuibu

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

2 thoughts on “TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge