Apa korang buat bila anak-anak tak nak puasa sedangkan dia dah besar panjang. Tu belum mak pak kalut bila anak kata puasa, tapi kat sekolah minum dan makan sampai cikgu report kat mak pak..haha.

 

Ok..macamana caranya kita nak ajak anak-anak kita puasa sampai dia sendiri excited nak puasa:

  1. Ajar Rukun Islam

Ikut pengalaman Mira ni, mula-mula nak ajak anak berpuasa dulu, arwah Atok diorang ni memang siap-siap ajatkan rukun Islam, Rukun Iman dan sebagainya. Waktu tu Mira pun tak tahu, sebab pergi kerja. Balik rumah nanti Kak Long cerita (waktu tu kak long Mia baru umur 2 tahun lebih, tapi petah dah cakap macam orang dah besar).

So senang lah saya mengajarnya puasa sebab dia dah faham orang Islam mesti kena puasa sebab ada dalam rukun Islam. kalau tak bukanlah seorang Islam. kalau bukan orang Islam pastilah tidak ke syurga Allah dan berjumpa dengan nabi junjungan.

 

2. Bila mati tak dapat jumpa Mama Papa

Part ni memang sadis sikit la.. sebab si Kak Ngah memang liat nak solat dan puasa. So, kena main ugut-ugutan sikit. Tapi biarlah kena gayanya. Bukan ugutan sebarangan. Masukkanlah nilai-agama dan fakta dalam al-Quran dan Hadith.

Mira ada cerita kat dia.. kalau nak jumpa mama papa kat padang mahsyar nanti mesti cukup dalam rukun Islam. Kalau tak cukup solat, makanya tak cukup lah tiket nak jumpa Mama Papa nanti.

Pulak tu, kalau Kak Ngah tak cukup solat, puasa dan sebagainya, memang Mama Papa pun tak boleh nak jumpa Kak Ngah sebab Mama Papa mungkin kena buang ke dalam neraka..Nauzubillah.

Waktu ni, Kak Ngah Alya memang sob sob laa… sambil kata

Alya nak jumpa mama papa. Nanti kalau Alya sorang-sorang macamana..Alya takut.

Alya tak nak Mama Papa dibuang ke neraka. Panas dalam tu kesian kat Mama Papa. Alya nak puasa, nak solat.

Huhu.. mama pulak kesiannn. Tapi nak buat macamana.. dah caranya nak ajak si Kak Ngah memang macam itu.

3. Bagitahu Pahala Orang Solat, Puasa, Sahur dan Berbuka

Macam keluarga kami ni, memang jarang-jarang pergi jalan-jalan. Selalu memang kalau jalan-jalan tu pergi dekat-dekat aje, pergi pantai, berkelah bersama family mentua, family mak dan ayah. Kalau nak cuti kena tunggu raya.

So, budak-budak ni ada lah impian mereka. Diorang ni memang nak sangat pergi ke Sunway Lagoon dan Legoland. Takpe..memang ramai yang kata..alahhh..pergi aje lah bukan jauh pun. Mama pulak cakap kalau nak pergi sana kena kumpul duit sekian banyak dan doa banyak-banyak kat Allah. Baru lah boleh beli tiket untuk enjoy kat sana. Kalau tak banyak belanja yang papa nak kena keluarkan. Papa sorang kerja ni, kesian kat papa. Hehe.. ni pun salah satu lapu ajaib yang buatkan budak-budak ni sedih, tapi semangat nak kumpul duit harian.

So, Mira sambung lagi…

Kalau tak solat, tak puasa…doa tersangkut! Tak nak Allah angkat sampai ke atas. Bila solat, puasa, baca Iqra, puasa dan berbuat baik serta doakan Mama Papa, Kak Long dan Kak Ngah akan dapat pahala banyak.

Waktu teringat lagi anak-anak Mira suruh explain macamana bentuk pahala tu. So Mira kena suruh andaikan dapat kumpul points dan points tu tukar dengan tiket ke Sunway Lagoon dan Legoland.

Mira siap tegaskan berkali-kali ini adalah andaian sebab Mama korang tak tahu bentuk pahala tu macamana..hanya Allah yang tahu.

4. Banyakkan cerita kisah Nabi Muhammad S.A.W.

Ceritakan pada anak-anak. keseronokan solat, berpuasa dan ganjarannya, terutamanya waktu Good Night Stories. Macam haritu Mira share tentang dialog Iblis dan Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan puasa.

Lepas tu ada jugak cerita pasal Nabi Muhammad s.a.w. mengikat perut dengan batu ketika perang Khandak. dan waktu peperangan itu berlaku adalah waktu bulan Ramadhan. Bulan di mana semua orang Islam berpuasa.

Tetiba Kak Mia mencelah bila Mama sebut “markah untuk orang berpuasa”

Yang bestnya bila Kak Mia cerita tu, tak ngantok lah kedua-dua puteri ni jadinya.. Hahah. Mama nak kasik korang lekas tidur. Kelaut tidur korang… sudahnya mama yang mengantuk.

5. Sediakan menu berbuka puasa dan sahur mengikut kesukaan anak-anak.

Bila nak tarik minat mereka lagi. Cuba buat menu makanan kesukaan mereka. Buat lain-lain untuk 30 hari pun takpe. Tunjukkan dulu makanan yang dia nak (gambar). Biar dia pilih. Sebab tu pentingnya kita ajak anak sebelum bulan Ramadhan tiba.

6. Berikan ganjaran apabila berjaya berpuasa.

Tak salah bila kita nak berikan ganjaran duit, hadiah atau apa sahaja yang baik, yang anak suka.

Cuma, lepas kita berikan ganjaran, kita kenalah explain balik kenapa kita beri ganjaran kepada mereka. Yang penting biar mereka faham, ganjaran dunia adalah sebagai galakan sahaja untuk buatkan mereka nak terus berjuang untuk dapatkan pahala akhirat.

In shaa Allah, bila mereka dah besar, mereka akan memahami maksud kita tentang ganjaran dan pahala tu… Hehe..

7. Countdown bila Shaitan dan Iblis nak kena diikat.

Ni caranya macam jihad sikit. Waktu ni Mira perasan..anak-anak memang suka sangat countdown berapa hari lagi Shaitan dan Iblis nak kena rantai, sambil mengutuk si Iblis laknatullah tu. Hmm… budak-budak.. memang fikiran mereka straight forward. Sebab tu kita kena selalu ada untuk explain balik apa yang diorang buat tu betul atau tidak.

Part kutuk mengutuk tu memang Mira ada tegur diorang. Mira pesan kepada diorang, Iblis pun dahulunya antara Malaikat dan hamba Allah yang baik, bagus dan disayangi Allah. Tapi sebab kesombongan dan merasa dirinya bagus telah memerangkap dirinya sendiri dan Allah murka kepadanya. Itu sebabnya kita sendiri tak boleh kutuk mengutuk hatta mentertawakan Syaitan dan Iblis yang tak lama lagi akan diikat. Sebaliknya kita kena sentiasa tenang, syukur Allah buat macam tu supaya memudahkan kita berpuasa. Manalah tahu, disebabkan cara kita mengutuk mencaci tadi tu, jiwa kita tak tenang.. puasa pun tak bersungguh dan tak sabar dalam menerima ujian dalam bulan puasa nanti. Akibatnya diri kita sama aje waktu syaitan diikat atau tidak.

Iblis pun dah berjanji dengan Allah untuk perdayakan manusia sehingga hari kiamat tiba. Jadi, kalau kita over-over sangat keji dia, caci dia sedangkan kita lewat perbaiki sikap kita, nampaknya Iblis berjaya meracuni jiwa kita, sebelum dia dirantai lagi.

Tapi Mira explain ikut gaya budak-budak lah. Takde lah ayat ilmiah sangat. Kang  sepatah haram pun tak faham..sia-sia lah…hahah.

……………………………………………………………………………………………………………………….

Ha.. tu lah caranya. Lain orang lain macam nya.  Paling win No 4 dan No. 7. Memang begini lah kalau kita nak ajak anak-anak kita berpuasa.

Alhamdulillah.. anak-anak Mira semakin ok dan seronok nak jumpa dengan Ramadhan.