TAK TAHU PUN HAMIL, TIBA-TIBA KEGUGURAN

“Takkan lah you tak tahu yang you mengandung, sayang?” tanya si suami.

“Takkk… Sofie memang tak tahu abang, sumpah! Sofie tak rasa apa-apa pun. Tetiba aje kat sekolah tadi, waktu turun tangga, Sofie rasa senak perut, lepas tu sakit macam memulas sangat kat pinggang.

Sebab kelas Sofie masih ada 2 masa lagi, Sofie terpaksa makan pain killer. Kebetulan waktu tu yang ada dalam handbag cuma pain killer sakit urat. Itu yang Sofie makan nak legakan sakit perut dan pinggang ni.

Lepas kelas, Sofie pergi tandas, nampak period banyak sangat dari biasa. Bila tanya kawan, dia kata mungkin Sofie keguguran”

Tersekat-sekat suara Sofie dengan sisa tangisan, Sofie cuba jelaskan keadaannya kepada suami. Jauh sudut hati, kesal dan ingin memohon maaf pada suami dan dirinya sendiri, walaupun dia tahu dirinya tidak bersalah.nTapi, kelu lidah suaminya menyebabkan Sofie terkilan dan lebih sedih.

Sofie tertidur. Hasyim keluar dari bilik wad isterinya. Terngiang-ngiang lagi kata-kata doktor yang isterinya telah hamil 7 minggu, tetapi kandungan telah gugur.

Hasyim menahan sedih, pilu dan kesal. Dia tahu tak sepatutnya dia menyalahkan isterinya. Tapi, walaubagaimana pun jauh di sudut hatinya, tetap rasakan kalaulah isterinya tidak ambil enteng perkara kehamilan itu, mereka berdua mungkin dapat menimang cahaya mata sulong setelah menanti selama 7 tahun perkahwinan mereka.

Image result for wanita keguguran

 

KEHAMILAN YANG TIDAK DISEDARI DAN KEGUGURAN

Ada wanita yang memang sedar apabila dia hamil, kerana kelewatan haid atau rasa berdenyut pada bahagian abdomen bawah. Atau pening dan mual. Namun begitu, ramai juga di kalangan wanita yang tidak menyedari bahawa dia sedang hamil.

Macam Mira sendiri, waktu Mira hamilkan anak ke-4 kami. Mira sendiri tak sedar yang Mira sedang hamil. Sehingga usia kandungan hampir mencecah 10 minggu, baru lah Mira tahu Mira hamil. Itu pun setelah pergi ke klinik disebabkan sakit perut dan tak menyangka doktor kata Mira hamil lagi.

Perkara kehamilan yang tak disedari dan keguguran ni sebenarnya memang sering berlaku. Tambahan pula kalau wanita itu seringkali mendapati haidnya tidak lancar atau tidak normal sepertimana sepatutnya.

Jadi seharusnya para suami yang mendapati haid isteri tidak lancar, sepatutnya memahami yang isteri memang tidak tahu keadaan yang dia hamil.

 

GEJALA UTAMA KEGUGURAN YANG SUAMI ISTERI PERLU PERIKSA

  • Muncul pendarahan
  • Krem pada perut
  • Sakit pinggang yang kuat
  • Keluar cairan yang pekat atau ada ketulan yang aneh seperti gumpalan darah.
  • Hilang tanda-tanda kehamilan seperti payudara yang sensitif.
Image result for Keguguran
Keluarnya darah dicelah kelengkang seperti haid tapi lebih banyak daripada biasa.

Sebenarnya keguguran boleh terjadi apabila ada tanda-tanda di atas. Pendarahan ringan memang umum terjadi di kalanagn wanita hamil dalam peringkat trimester pertama. Tapi bukan semua pendarahan itu, akan menyebabkan keguguran.

Jika bertindak cepat, pendarahan ini mungkin boleh diakibatkan oleh rahim yang lemah atau ada gegaran kecil. Suami isteri sepatutnya terus pergi ke klinik berdekatan untuk minta pendapat doktor.

Selalunya jika rahim lemah, doktor akan berikan ubat penguat rahim kepada si ibu untuk komsumsi selama tempoh yang ditetapkan doktor. Pemeriksaan ulangan sangat kritikal waktu ini, untuk memastikan emrio masih berdenyut dan berada di tempat sepatutnya.

 

PUNCA KEGUGURAN

  • Kadang-kadang tak tahu apa punca keguguran tu berlaku.
  • Kadang-kadang disebabkan makanan. ye lah si ibu tak pasti, bahkan dalam kes di atas ni, si ibu tu tak sedar langsung yang sedang hamil 7 minggu. Tiada tanda-tanda pelik atau abnormal bagi dirinya. Sebab itu kadang-kadang pemakanan tak terjaga. Tersilap makan yang pedas atau tajam, memang mudah terjadi pendarahan atau keguguran.
  • Ada juga doktor dan pakar perubatan menafsirkan yang keguguran boleh terjadi disebabkan abnormalitis pada janin yang menempel pada dinding rahim. Perkembangan janin itu tidak terjadi secara normal lalu, keguguran, terutamanya pada trimester pertama.
  • Boleh terjadi juga disebabkan abnormailitis pada kromosom janin itu sendiri. Ini mungkin disebabkan telur lemah atau spema lelaki yang tidak normal.
  • Faktor usia si ibu juga kadang-kadang memainkan pengaruh pada kehamilan yang sihat. Wanita yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai risiko untuk gugur.
  • Kemungkinan juga faktor kesihatan ibu itu sendiri seperti HB yang rendah atau masalah pada dinding rahim, atau seumpamanya.
  • Pemnyakit-penyakit kronik juga boleh menyebabkan keguguran seperti hipertensi, diabetis, penyakit SLE atau lupus.
  • Pengambilan ubat atau kafein yang berlebihan
  • Emosi yang tidak stabil
  • Keadaan terkejut sehingga mengganggu otot-otot rahim.
  • Pergerakan yang aktif.
  • Hamil diluar rahim
  • Hubungan seks semasa awal kehamilan (sekitar 4-7 minggu).

 

ATASI KEGUGURAN BERULANG

Untuk mengatasi masalah keguguran yang berulang juga, pasangan suami isteri perlulah merujuk kepada doktor perubatan.

Selain dari itu, si ibu perlukan rehat selama yang mungkin untuk tubuhnya dapat hamil semula. Pada tempoh ini seeloknya pasangan isteri mendapat sokongan dari suami supaya isteri tidak mudah berasa tertekan. Emosi yang tidak stabil juga boleh menyebabkan isteri sukar untuk hamil sekali lagi.

Suami isteri hendaklah mengamalkan pemakanan sihat disamping cara hidup yang sihat.

Elakkan pengambilan minuman keras, atau rokok atau makanan yang tajam atau tidak berkhasiat sepanjang tempoh ini, untuk memastikan tubuh si ibu cukup nutrisi dan berupaya hamil semula.

Manakala si ayah dapat menjaga kesihatan dan pemakanan dirinya sendiri untuk memastikan kuantiti sperma cukup dan kualiti sperma adalah normal.

 

SUPLIMEN TERBAIK UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI

Sebagai langkah pertama untuk menunggu kehamilan seterusnya, bakal ibu dan ayah hendaklah memastikan pemakanan yang baik dan suplimen yang mencukupi.

Ini kerana sebaik mana pun pemakanan, kadang-kala tidak cukup untuk menghasilkan proetin yang sempurna dan sel sihat yang sempurna. Oleh itu, saya mencadangkan suplimen berikut untuk ibu dan ayah sebagai persediaan untuk kehamilan semula.

Semua suplimen yang dicadangkan ni boleh dikongsi oleh suami isteri.

*Disclaimer/Penafian: Ini bukan ubat untuk merawat atau menyembuhkan, tetapi ini adalah cadangan suplimen untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, justeru meningkatkan tahap kesuburan suami isteri.

 

Untuk maklumat lanjut dan konsultansi berkenaan produk Shaklee, sila hubungi:

Nor Hazmira Mihamzah (Mira)

Whatsapp: 019-2821775

 

Jangan lupa singgah di:

Page: Pengedar Shaklee Sijangkang Telok Panglima Garang

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

 

 

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge