Articles tagged with: bisnes vitamin

Carilah rezeki, amal baik dan beribadahlah selagi tubuh masih mampu

Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu.. kann..

 

Dengan harga barang yang meningkat..

 

Kos sara hidup yang tinggi..

 

Waktu Mira balik ke Kulim naik bas sensorang haritu.. Mira nampak ramai gelandangan yang tidur bawah jejantas.. bawah jambatan.. dan yang sedihnya kebanyakan mereka tua-tua dah umurnya..

 

Waktu bebaru ni balik kulim pulak.. Allah beri kesempatan duduk sebelah makcik dan pakcik tua yang sama-sama tunggu giliran waktu kat KK.. saja sembang-sembang dengan diorang sementara Mira tunggu nombor mira dipanggil..

 

Rupanya makcik pakcik tu masing2 dah umur 68 dan 73 tahun. Duduk rumah sendirian.. anak ada 7 orang.. tapi masing2 berumahtangga dan kerja di kejauhan. Jadi untuk tampung perbelanjaan kedua-dua suami isteri ni kerja.

 

Makcik tu buat kuih. Pakcik pulak jadi guard kat sebuah kilang.

 

“Bukan anak-anak makcik tak bagi duit kat kami.. tapi diorang pun tak cukup. Masing-masing buat dua kerja nak tampung rezeki kat kota.. Kesian… bukan mudah nak senang lenang sekarang ni”

 

Bagusnya makcik dan pakcik ni..sentiasa fikirkan anak cucu.. Diorang jadi contoh kepada Mira.. iaitu berusaha sungguh2 selagi ada kudrat.. selagi ada tulang 4 kerat.

 

Teringat kat mak ayah mira.. diorang pun, bila anak-anak dah balik ke rumah masing2.. sedih aje deme dua..

 

Disebabkan tu.. big why Mira untuk maju dalam Shaklee semain membara. In shaa Allah.. tua-tua nanti ada lah duit simpanannya.. ameen.

 

Mira

019.2821775

 

#fathonahamazing #Shakleeamazing #tsunamishaklee #amazing10

 

  • www.mirahamzah.com