Articles tagged with: bisnes online

Carilah rezeki, amal baik dan beribadahlah selagi tubuh masih mampu

Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu.. kann..

 

Dengan harga barang yang meningkat..

 

Kos sara hidup yang tinggi..

 

Waktu Mira balik ke Kulim naik bas sensorang haritu.. Mira nampak ramai gelandangan yang tidur bawah jejantas.. bawah jambatan.. dan yang sedihnya kebanyakan mereka tua-tua dah umurnya..

 

Waktu bebaru ni balik kulim pulak.. Allah beri kesempatan duduk sebelah makcik dan pakcik tua yang sama-sama tunggu giliran waktu kat KK.. saja sembang-sembang dengan diorang sementara Mira tunggu nombor mira dipanggil..

 

Rupanya makcik pakcik tu masing2 dah umur 68 dan 73 tahun. Duduk rumah sendirian.. anak ada 7 orang.. tapi masing2 berumahtangga dan kerja di kejauhan. Jadi untuk tampung perbelanjaan kedua-dua suami isteri ni kerja.

 

Makcik tu buat kuih. Pakcik pulak jadi guard kat sebuah kilang.

 

“Bukan anak-anak makcik tak bagi duit kat kami.. tapi diorang pun tak cukup. Masing-masing buat dua kerja nak tampung rezeki kat kota.. Kesian… bukan mudah nak senang lenang sekarang ni”

 

Bagusnya makcik dan pakcik ni..sentiasa fikirkan anak cucu.. Diorang jadi contoh kepada Mira.. iaitu berusaha sungguh2 selagi ada kudrat.. selagi ada tulang 4 kerat.

 

Teringat kat mak ayah mira.. diorang pun, bila anak-anak dah balik ke rumah masing2.. sedih aje deme dua..

 

Disebabkan tu.. big why Mira untuk maju dalam Shaklee semain membara. In shaa Allah.. tua-tua nanti ada lah duit simpanannya.. ameen.

 

Mira

019.2821775

 

#fathonahamazing #Shakleeamazing #tsunamishaklee #amazing10

 

  • www.mirahamzah.com

Kisah abam macho tak jadi

 

Teringat dulu kat universiti..

 

Waktu tu aku dok satu kelab nih.. ada satu cik abe macho nih.. kalau dia tak capai target haritu selalu dibilang “alah..dah rezki harini banyak tu aja.. terima lah..kita redo lah..” haha..terus tak macho bila dia said lagutu..Manager teruih tepuk meja!

 

Manager kami yang ni final year student..cengei bak hang (garang). Setiap hari akan tanya sorang demi sorang (round table) capai target ke tidak.. kalau capai macamana next target pulak.. kalau tak capai pasaipa? Bagi sebab.

 

Kelab yg aku maksudkan bukan kelab malam (ketuk kang).. kelab tu persatuan lah.

Depa ajaq cari duit, buat marketing bagai.. method cari duit.. berniaga, telemarkerting, shop to shop, house to house, back to back.. haha..

 

Matlamat cari duit: Kami nak bayaq fee naik kapai terbang Mas (waktu tu air asia baru nak diperkenalkan..). Nak pi buat amal untuk anak2 sekolah rendah yang perlukan khidmat kami.

 

Setiap sen nak kena cari utk naik kapai terobang tu..

 

Setiap cara nak kena buat untuk kami sampai kat destinasi kami nak tuju tu.. pastu dok kat tempat yang sesuai..selama seploh hari (10 hari kay)

 

Mana nak cekau duit..Kalau tak cari bebetui.. waktu tu ingat lagi kat kalender..dah tinggal 7 hari aje.. tolak sabtu ahad orang tak kerja.. tinggal 5 hari. Abam manager suh gak approach orang hari sabtu ahad tuh. Yang penting bawak balik duit.. tapi bukan mencurik la…kami pecah2 ikut patner.. kene pi shop to shop cari duit. Berniaga sambil beramal.

 

Aku dan partner pi shop to shop… last2 jumpa Datuk mustafa maarof (dah arwah dia.. innalillahiwainnalillahi rajiun)

 

Pelakon veteren yang hensem tuh.. siap dia bagi rm 70 kat kami.. production guy dia.bagi sorang rm10.. total kami keluar dari production house tu was rm 100.. siap dapat gambo ngan arwah Datok mustafa maarof tuh huhu.. best..best..

 

Arwah Datuk sempat pesan kat kami dua orang.. “Jaga diri elok2. Hati2 jalan tu..kat sini bahaya.. budak perempuan macam korang kena hati-hati” “Belajar sungguh2.. buat kerja apa pun biarlah ikhlas.. in shaa allah kita akan berjaya”

 

Tapi apa pun kami berjaya kumpul duit lebih dari cukup.

 

Kami pi sana dan balik.. siap pi bercuti2 lagi.. huhaa.. ada yang siap dapat adik angkat, mak angkat kat sana.

 

Bagus abam manager tu…yang manage kami buat duit banyak2 tuh.. banyak pahala dia dapat berkoyan2.. ameen.

 

Haih.. sebenaqnya nak habaq.. nak ajak korang yang berbisnes nih.. kita toksahlah jadi macam abe macho-tak jadi tuh.. jom kita semua jadik macam abam manager tuh..hihi

 

*gambar arwah Datuk jadi inspirasi.. kata2 arwah Datuk masih segar diingatan. Arwah adalah seorang yang sangat baik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

8 Tips Supaya Anak Suka Bisness

💙Selalu kaitkan anak dengan aktiviti bisnes. Contoh, pergi berjumpa dengan client dan restok barang. Biar dia tengok cara kita berbisnes, cara kita berukhuwah dengan client.

 

💙Perkenalkan anak kita kepada bisnes client atau bisnes partner sebagai rakan bisnes. Anak yang mula faham kata2 kita akan mula bertanya, memahami dan rasa berbangga kerana kita letakkan diri dia dengan bisnes. Contoh perbualan jumpa customer: “Hai anie.. apa khabar? Kenalkan ni anak saya, bisnes partner saya..”

 

💙Ajar anak matematik mudah. Contoh selepas customer beli barang (yang anak nampak barangnya apa, contoh produk shaklee. Tunjukkan harga barangan dan jumlah wang yang dapat daripada customer. Jadi lama2 dia akan faham.. sistem jual beli)

 

💙Suka bersedekah. Dalam bisnes bukan sahaja elemen pendapatan tapi juga elemen pemberian perlu diajar, dididik dan ditunjukkan kepada anak.

 

💙Simpanan dan pembahagian modal pusingan. Tunjukkan kepada anak, duit yang dapat dari pelanggan, perlu diasingkan mengikut keperluan. Waktu ini terapkan method ‘7 jars system’ kepada anak. Jadi lama2 dia akan faham.. duit hasil perniagaan yang mulanya nampak banyak akan menjadi terbahagi mengikut keperluan. Ini akan didik nilai tanggungjawab dan pelan awal.

 

💙 Walau apa jua bisness yang diceburi, Sentiasa dulukan Allah dalam apa jua keadaan, contohnya mendahulukan solat semasa masuk waktu solat, biarpun waktu itu tgh dalam perbincangan dengan klien.

 

💙Jangan menipu dalam bisnes… Walaupun kata-kata “tak ape.. itu tipu sunat”.. Sebab ini akan pengaruhi sikap anak dalam bisnes.. kerana dia akan rasa itu adalah salah satu elemen penting dalam bisnes

 

💙Sentiasa ajar anak untuk bertawakal kepada Allah setelah usaha bersungguh2 dalam bisnes dan jugak apa jua urusan. In shaa Allah anak akan mula memahami akan bisnes kerana mencari redho Allah taala. Bukan sekadar menjual dan mencari keuntungan semata-mata.

 

Tips dan nasihat, ikhlas dari

 

MIRA Shaklee.. 😀

019-2821775

 

#tsunamishaklee #amazing10 #Shakleeamazing #pts327jan2017 #fathonahamazing