Tak Mahu Hamil Lagi

Waktu dah bersalin anak keempat, Mira buat keputusan untuk bertanya kepada doktor untuk membuat suntikan perancang 3-bulan buat sementara waktu.

 

Walaupun pernah satu ketika dulu Gynea Mira menasihatkan untuk Mira tak lagi mengambil perancang jenis hormon, tapi kali ini Mira terpaksa kerana takut sekiranya Mira bertangguh, Mira hamil sekali lagi seperti pengalaman hamil yang Mira ceritakan dalam entry selepas ni.

Image result for family planning

Cukuplah anak dah 4 orang. Kalau boleh dah tak nak hamil lagi.

 

Sebenarnya suntikan hormon yang Mira buat ni adalah suntikan Depo-Provera iaitu ubat jenis hormone yang mengandungi satu jenis sintetik hormon iaitu depot medroxyprogesterone acetate (DMPA). Suntikan ni disahkan oleh doktor dapat mencegah kehamilan dengan sangat berkesan sehingga 99%.

 

Suntikan ini diberikan kepada wanita selepas hari ke 5 haid. Ini penting untuk memastikan wanita itu benar-benar tidak hamil ketika suntikan diberikan. Pencegahan kehamilan akan berkesan selama 3 bulan, dan wanita itu harus mengambil semula suntikan itu sekiranya berniat untuk teruskan merancang.

Image result for family planning injection

Suntikan perancang dan menyusu

Waktu ini doktor dan nurse nasihatkan Mira supaya teruskan mengambil perancangan jenis ini sebab ianya tidak akan mengganggu kuantiti dan kualiti susu ibu.

Kesan pengambilan suntikan

Banyak kajian menunjukkan bahawa jika seseorang wanita itu lebih lama mengamalkan suntikan perancang kehamilan Depo-Provera (depo), lebih sukar hamil atau mengambil masa yang lama untuk hamil semula.

 

Walau bagaimana pun, wanita yang ingin hamil boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mencari kaedah kehamilan semula.

 

Kebanyakan wanita yang menggunakan suntikan depo boleh mendapat kesan sampingan. Antaranya adalah:

  1. Mengalami pendarahan faraj yang tidak pasti puncanya.
  2. Mengalami masalah yang berkaitan dengan fungsi organ dan hati.
  3. Mengalami kanser payudara.
  4. Mengalami masalah ‘darah beku’
  5. Terjadinya vericose vein (urat simpul atau urat banir di permukaan kulit wanita, selepas kehamilan.
  6. Kitaran haid yang tak menentu, atau bilangan hari yang semakin sedikit atau semakin bertambah.
  7. Mengalami sakit kepala
  8. Rasa berdebar-debar atau mengalami masalah anxiety.
  9. Masalah jerawat yang sukar surut.
  10. Perubahan selera makan, makin lapar atau susah nak lapar.
  11. Penambahan berat badan atau sebaliknya, bergantung kepada individu.
  12. Pertumbuhan bulu pada badan dan muka
  13. Keguguran rambut
  14. Kereputan pada tulang (osteoporosis)

Image result for suntikan perancang

Perkara 4 hingga 14 tu memang Mira alami. Dan Mira juga risau perkara 1 hingga 3 itu. Mira pulak sebelum ni memang ada masalah tulang belakang yang herniated (L3, L4, L5, S1), dan penyakit fibromyalgia dari masalah anxiety yang kronik.

 

Darah beku

Pasal darah beku pulak, bila Mira ingat-ingat balik, seorang nurse yang sambut anak ketiga Mira pernah beritahu Mira.

Katanya darah beku Mira masih banyak dalam rahim. Wajtu tu nurse tu macam merungut ketika dia cuba mengeluarkan sisa darah dari rahim, sebelum buat jahitan pada luka episiotomi.

 

Dan ketika Mira berpantang anak ketiga di rumah mama Mira, seketul darah beku yang lama keluar sebesar 1 genggam, jatuh ke lantai.

 

Dan permukaannya ketulan darah tu dah berlubang-lubang seperti permukaan span (macam permukaan badan spongebob gitu.. berlubang-lubang).

 

Mama kata itu maksudnya ketulan darah beku yang dah lama melekat di rahim, akhirnya dah keluar. Kalau darah beku yang masih baru, permukaan darah beku tu licin, bukan berlubang-lubang macam tu.

 

Ada juga doktor gynae yang mengatakan kitaran haid Mira akan kembali stabil selepas 1 tahun atau lebih penggunaan hormon ini. Tapi nampaknya menjadi sebaliknya.

 

Mira memang dah tak datang haid dengan teratur. Bahkan hanpir setahun tak datang haid.

 

Mira utarakan masalah ni kepada doktor. Bahkan Mira buat 2nd opinion ubtuk buat ultrasound di klinik swasta. Penerangan doktor tetap sama. “No problem, rahim awak ok. Awak tak hamil atau ada masalah lain”

 

Doktor tu jugak pernah kata, sekiranya masalah haid berlarutan, doktor sarankan agar menghentikan suntikan ini, dan berbincang dengan doktor kaedah perancang kehamilan yang lain.

 

Ini kerana pengambilan hormon ini terlalu lama iaitu lebih dari 2 tahun, boleh merisikokan kehilangan kepadatan tulang, akhirnya mendapat osteoporosis.

 

Keputusan

Jadi kami suami-isteri mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilan hormon ini, dan mencuba kaedah perancang yang lain.

 

Untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan keluarga, pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di klinik atau hospital swasta, atau boleh berhubung dengan pihak LPPKN.

 

Bagi yang nak berhubung dengan LPPKN, boleh terus ke laman web ini untuk maklumat lanjut:

www.lppkn.gov.my

 

Rujukan:

Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

Depo Provera and Bone Mineral Density