Apa itu GERD?

GERD dan Simptom
Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

GERD atau nama panjangnya adalah Gastroesophageal Reflux Disease adalah suatu penyakit di mana keadaan asid refluks sering terjadi.

Asid Refluks adalah keadaan di mana asid dari kawasan perut ternaik ke atas kawasan esofagus berulang-ulang kali (setiap kali makan) menyebabkan kerengsaan di kawasan tersebut sehingga menyebabkan terjadinya Penyakit GERD.

GERD menyebabkan individu sering terasa panas dada, sesak di bahagian dada, rasa sempit atau ketat dada apabila menarik dan menghembuskan nafas.

Lebih teruk lagi apabila gejala sesak nafas atau sukar bernafas dengan baik sering terjadi.

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Kisah Anxiety Saya

Bagaimana Saya Nak Tahu Saya Ada GERD ?

Anda perlu tahu simptom-simptom biasa Asid Refluks.

Sekiranya Asid Refluks sering terjadi, bermaksud anda mengidap penyakit GERD.

Sebaiknya anda pergi mendapatkan pemeriksaan di klinik dan maklumkan tentang simptom-simptom yang anda rasai supaya doktor dapat mengenalpasti penyakit yang anda hidapi.

 

Bagaimana Nak Atasi ?

Makan ubatan pun sudah, makan suplimen pun sudah. Apa lagi yang saya perlu buat untuk legakan sakit dan ketidakselesaan saya ini ?

12 Simptom Asid Refuks dan GERD

Adakah anda pernah mengalami keadaan di bawah?

1. Pedih Ulu hati – Rasa seperti sesuatu menekan di bahagian belakang tulang dada. Kadangkala rasa panas membahang atau mencucuk-cucuk.

 

2. Terasa masam dan adakalanya pahit seperti asid termasuk ke dalam hujung mulut (di kawasan hujung lidah).

 

3. Kerap Sendawa dan Mengeluarkan Angin

 

4. Berjumpa dengan doktor dan doktor mengesahkan anda mempunyai Gastrik atau kadang-kala Doktor lebih suka sebut ‘angin’

 

5. Apabila mengambil ubatan antasid anda akan berasa lega.

 

6. Anda sering berasa loya sebelum atau selepas makan.

 

7. Anda mudah berasa cepat lapar walaupun baharu sahaja makan.

 

8. Anda sering sakit leher, rasa tegang hingga ke bahu ketika waktu bangun pagi. Adakalanya ketegangan leher dan bahu ini membawa ke petang dan malam. dan tidak hairan jika ia kekal berhari-hari. Simptom ini juga orang tua-tua panggil ‘Salah Bantal’

 

9. Bangun pagi selalunya rasa tekak kering, loya atau batuk.

 

10. Adakalanya rasa sukar bernafas, seperti dada terasa ditekan, atau sempit.

 

11. Telinga terasa berdengung. Adakalanya hingga menimbulkan panic.

 

12. Badan seringkali letih lesu selepas bangun pagi, atau selepas membuang hajat.

Sampai Tak Tahu Nak Makan Apa?

Setiap kali makan jadi triggered. Sampaikan saya tak tahu nak Makan Apa?

 

Hai ! Saya Mira Hamzah. Bagaimana boleh saya Bantu Anda ?

Selesa dengan panggilan ‘Kak Mira’. Yang dah berusia lebih 40 tahun boleh panggil saya ‘Mira’ sahaja.

 

Bertahun – tahun saya mengalami simptom-simptom di atas, berjumpa dengan doktor, dan turut berubat cara kampung. Stress kerana tidak tahu apa penyakitnya, lalu saya pasrah dan biarkan sahaja.

 

Kesan dari itu, saya menghidapi banyak masalah kesihatan terutama berhubung dengan saraf.

 

Jadi, ingin saya kongsikan dengan anda semua. Cara Tepat dan Cepat dan Mudah untuk sembuh dari penyakit ini.

 

Jika tidak pun, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan simptom sedia ada. dan dapat hidup seperti biasa, tanpa gangguan dan rasa tidak selesa. Tanpa UBAT. 

 

Bagaimana Nak Atasi ?

Makan ubatan pun sudah, makan suplimen pun sudah. Apa lagi yang saya perlu buat untuk legakan sakit dan ketidakselesaan saya ini ?

Saya Kenal Pasti Apa Anda Selalu Makan

Daripada simptom, dan apa yang anda makan setiap hari, saya akan lihat bagaimana pemakanan anda mempengaruhi sakit yang anda alami.

Keaktifan Anda Setiap Hari

Dari Gaya Hidup anda dan cara anda Kekal Aktif Setiap Hari juga akan mempengaruhi kualiti Kesihatan Anda.

Vitamin & Suplimen

Dari sini saya akan lihat, suplimen yang sesuai atau tidak sesuai. Dan bagaimana anda (selalunya) dah makan segala suplimen dan vitamin, tapi masih sakit dan tidak selesa.

Berat Semakin Turun atau Semakin Bertambah

Walaupun dah makan banyak, tapi berat semakin turun, hingga tampak semakin kurus dan tidak bermaya.

 

Atau pun, makan dah kurang, tapi berat badan masih bertambah hingga merisaukan anda.

Apa Itu GERD

Tentang Diri Penulis

Saya Mira Hamzah. Didiagnose sakit Anxiety dan Depresi pada tahun 2013, dan saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa pun disekeliling saya.

 

Appointment saya dengan doktor bermula dengan sakit tulang belakang dan sendi kronik, kemudian dipanjangkan kepada doktor Pakar Psikiatri.

 

Simptom Anxiety dan Depresi menggangu hidup saya, dan orang-orang tersayang disekeliling saya.

 

Malahan pula, apabila saya beritahu beberapa orang penting dalam hidup saya, segala perasaan, pengalaman anxiety GERD ini tidak diendahkan, malahan saya dikatakan terlalu mengikut perasaan.

 

Saya hampir putus asa. Namun, demi anak-anak, saya bangkit dan mula belajar apakah punca yang membuatkan saya sakit begini, dan bagaimana saya boleh bangkit untuk hadapi sakit saya.

 

Beberapa tahun selepas itu, saya mendapat perkongsian dari rakan saya yang turut mendapat nasib yang sama.

 

Dan saya mulakan cara hidup sihat, menjaga pemakanan saya, dan mencuba teknik-teknik yang disarankan sebelum mengambil apa-apa vitamin dan suplimen.

 

Saya juga tidak lagi mengambil ubatan doktor dan bebas dari sakit-sakit yang saya alami setiap hari dulu.

Gastrik GERD Anxiety

Jom saya Bantu Anda

 

Blog Berkait Gastrik GERD Anxiety & Detoks

Kesan Buruk Boba Tea

Kesan Buruk Boba Tea

Kesan Buruk Boba Tea Masya ALLAH.. BOBA TEA SAJA PUN DAH BANYAKKK ! Ya Puan² dan Tuan2 sekalian. Boba Tea yang sekarang ni tengah trending sesangat. Tapi ramai tak tahu Kesan Buruk Boba Tea ni. Siapa yang minum Boba Tea memang betul2 uptodate lah. Kata satu tokoh...

Simptom Leaky Gut (Perut Bocor)

Simptom Leaky Gut (Perut Bocor)

Simptom-Simptom Leaky Gut (Perut Bocor) Seringkali kita mendengar tentang orang yang mempunyai masalah-masalah kesihatan seperti Sakit Perut, Gastrik, Gerd, Asid Perut Yang Rendah, Ulser Perut dan sebagainya. Selain dari semua yang saya sebut ini, ada satu lagi yang...

Detoks Parasit

Detoks Parasit Tak kenal maka tak cinta tau. Nak kenal dengan Detox Parasit ni, mestilah kena kenal istilahnya dahulu. Apa itu Detoks Parasit Perkataan Detoks ni ada dua perkataan iaitu de- dan Toxic maksudnya Membuang Toksik atau Menyah Toksik. Parasit pula bermaksud...