Kisah abam macho tak jadi

 

Teringat dulu kat universiti..

 

Waktu tu aku dok satu kelab nih.. ada satu cik abe macho nih.. kalau dia tak capai target haritu selalu dibilang “alah..dah rezki harini banyak tu aja.. terima lah..kita redo lah..” haha..terus tak macho bila dia said lagutu..Manager teruih tepuk meja!

 

Manager kami yang ni final year student..cengei bak hang (garang). Setiap hari akan tanya sorang demi sorang (round table) capai target ke tidak.. kalau capai macamana next target pulak.. kalau tak capai pasaipa? Bagi sebab.

 

Kelab yg aku maksudkan bukan kelab malam (ketuk kang).. kelab tu persatuan lah.

Depa ajaq cari duit, buat marketing bagai.. method cari duit.. berniaga, telemarkerting, shop to shop, house to house, back to back.. haha..

 

Matlamat cari duit: Kami nak bayaq fee naik kapai terbang Mas (waktu tu air asia baru nak diperkenalkan..). Nak pi buat amal untuk anak2 sekolah rendah yang perlukan khidmat kami.

 

Setiap sen nak kena cari utk naik kapai terobang tu..

 

Setiap cara nak kena buat untuk kami sampai kat destinasi kami nak tuju tu.. pastu dok kat tempat yang sesuai..selama seploh hari (10 hari kay)

 

Mana nak cekau duit..Kalau tak cari bebetui.. waktu tu ingat lagi kat kalender..dah tinggal 7 hari aje.. tolak sabtu ahad orang tak kerja.. tinggal 5 hari. Abam manager suh gak approach orang hari sabtu ahad tuh. Yang penting bawak balik duit.. tapi bukan mencurik la…kami pecah2 ikut patner.. kene pi shop to shop cari duit. Berniaga sambil beramal.

 

Aku dan partner pi shop to shop… last2 jumpa Datuk mustafa maarof (dah arwah dia.. innalillahiwainnalillahi rajiun)

 

Pelakon veteren yang hensem tuh.. siap dia bagi rm 70 kat kami.. production guy dia.bagi sorang rm10.. total kami keluar dari production house tu was rm 100.. siap dapat gambo ngan arwah Datok mustafa maarof tuh huhu.. best..best..

 

Arwah Datuk sempat pesan kat kami dua orang.. “Jaga diri elok2. Hati2 jalan tu..kat sini bahaya.. budak perempuan macam korang kena hati-hati” “Belajar sungguh2.. buat kerja apa pun biarlah ikhlas.. in shaa allah kita akan berjaya”

 

Tapi apa pun kami berjaya kumpul duit lebih dari cukup.

 

Kami pi sana dan balik.. siap pi bercuti2 lagi.. huhaa.. ada yang siap dapat adik angkat, mak angkat kat sana.

 

Bagus abam manager tu…yang manage kami buat duit banyak2 tuh.. banyak pahala dia dapat berkoyan2.. ameen.

 

Haih.. sebenaqnya nak habaq.. nak ajak korang yang berbisnes nih.. kita toksahlah jadi macam abe macho-tak jadi tuh.. jom kita semua jadik macam abam manager tuh..hihi

 

*gambar arwah Datuk jadi inspirasi.. kata2 arwah Datuk masih segar diingatan. Arwah adalah seorang yang sangat baik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Looking for a good opportunity in taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health related business: Shaklee online business.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge