Cerita Semalam

˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚

 

Alhamdulillah.. kebelakangan ni ade sahabat yang berkongsi kisah suka duka..

 

Rupanya ada kawan kepada kawan kami yang tak berapa rapat waktu di U dulu menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

 

Dengan 3 orang anak. 1 bersekolah, 1 di tadika dan 1 masih kecil.. dikelek setiap pagi ke sekolah dan ke rumah pengasuh. Menghantar nasi lemak di 6 buah kedai. Dan kemudian bersiap2 ke gerai makcik, tumpang berniaga nasi lemak dan kuih di waktu pagi di jalan kampung. Habis berniaga balik ke rumah untuk siapkan nasi lemak sebelah petang pulak.

 

Tengahari berkejar untuk ambil anak dari sekolah dan bawa pulang ke rumah. Bergegas2 siapkan makan untuk anak dan keluar lagi hantar anak ke sekolah petang pula. Jam 5 kalut pulak hantar nasi lemak di 6 buah kedai makan pada waktu petang pula. Dan kalut ambik anak balik sekolah petang pula. Anak2 kecil dah terbiasa makan dan minum serta tertidur dalam kereta.. menunggu ibu habis tugasannya..

 

Lewat petang balik ke rumah.. sambil menyiapkan bahan2 berniaga esok, sambil-sambil tu lah ibu ajar anak buat kerja sekolah bersama-sama dilantai dapur waktu ibu siapkan kuih lengat. Sebab ibu sibuk kat dapur, anak sebesar darjah 2 dah pandai seterika baju sekolahnya sendiri, buat susu adik dan tidurkan adik waktu adik dah mengantuk nak pelukan si ibu.

 

Ibu ni bangun seawal 3 pagi setiap hari untuk pastikan semua urusannya haritu berjalan lancar. Mungkin ada satu rahsia keberkatan.. si ibu jarang sekali solat subuh sendirian. Mesti berjemaah dengan anak sulongnya. Dan berkat doanya dan anak2 nya. Anaknya pelajar terbaik di sekolah sejak darjah 1.

(Tak sempat nak habiskan cerita. Eden dah kalut nak masak plak anak2 nak balik sekolah…To be continue)

4 thoughts on “Ibu Tunggal Sara Anak

Leave a reply

required

CommentLuv badge